October 21, 2011

Pengetua, Felo berkampung di Kelantan 3 hari

Tanjong Malim, 21 Okt. – Semua pengetua kolej kediaman dan felo Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan berkampung di Kota Bharu Kelantan selama tiga hari bermula hari ini bagi menghadiri Bengkel Profesionalisme Pengetua & Felo Kolej Kediaman.

Program 3 hari yang bermula hari ini sehingga 23 Oktober dijadual akan diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu Kelantan yang melibatkan semua Pengetua dan Felo kolej-kolej kediaman UPSI yang baru dilantik.

Kegagalan peserta menghadiri program tersebut tanpa surat kebenaran dikatakan akan diambil tindakan tegas oleh Timbalan Naib Canselor hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEP&A) dengan merekodkannya di dalam fail peribadi peserta.

Program tersebut dikatakan bakal membincangkan strategi pelaksanaan dasar-dasar HEP&A dan perkembangan semasa yang melibatkan Jabatan HEP&A UPSI.

1 comment:

Anonymous said...

bagus ar...
fikirlah untuk kebajikan semua pelajar dan tidak bercanggah dengan norma norma fitrah manusia...
bukan datang dari bertuankan nafsu