October 6, 2011

Pensyarah khalwat akan diambil tindakan

Tanjong Malim, 6 Okt. – Isu seorang pensyarah di sini yang ditangkap khalwat dilaporkan akan diambil tindakan lanjut bagi membersihkan nama UPSI daripada kes-kes yang melanggar etika sebagai kakitangan awam.

Penjelasan tersebut disampaikan kepada UPSIkini melalui upsikini@gmail.com oleh pegawai yang mendakwa bertanggungjawab terhadap isu tersebut selepas terdapat desakan supaya pensyarah terbabit diambil tindakan.

Dalam penjelasan tersebut, beliau akan mendapatkan penjelasan lanjut dan membuat siasatan penuh bagi mempertimbangkan tindakan yang wajar diambil.

Sementara itu, pegawai terbabit turut meminta agar semua pihak tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan pelbagai spekulasi terhadap kes tersebut.

12 comments:

student said...

kalau pensyarah kahwin student masih belajar, salah sorg kena berenti kan? tu yg aku tau la. Dalam kes ni macam mana?

Anonymous said...

Alhamdulillah, langkah sewajarnya mula dibuat. Cuma harapan semua orang agar penyiasatan dibuat secara telus dan adil. Jika benar-benar terbukti salah, hukumlah seadilnya agar jadi pengajaran kepada yang lain. Jika tidak bersalah, berilah penjelasan kepada semua agar jelas segalanya.

Anonymous said...

bgus mmg ptt dambil tindakan yang sekeras2nya terhadap pensyarah dan pelajar terbabit... jika dibiarkan ianya akan lebih mencemarkan nama UPSI... semua ini akan dapat memberi pengajaran supaya tidak semua orang berkedududkan boleh melakukan kesilapan sesukahati...

Anonymous said...

elok la tu..amik tindakan utk dua2 skali..tepuk sblh tgn x jadi..lect tu je yg kena tak patut gak..yg student tu pun ptt kena..niat masuk upsi ni nk study ke nk mgatal????..utk stdnt lain..INGAT!NAWAITU KITA..DTG NK BLAJO!!!BUKAN NK RUNTUHKAN MASJID ORG!!!

Anonymous said...

kalau tak bersalah apa pula hukuman kepada yang menyebarkan berita fitnah ini. dalam aktau auku dan pekeliling perjawatan awam mana kata berkahwen tu haram..hukum islam mana dan undang undang auku mana yg kata haram..budak upsi ni mmg bodoh kot agaknya..benda yg sekecil begini pun xbleh beza mana yg baik mana yg buruk,mana yg fitnah mna yg betul..ni lah namanya membangkang bodoh..auku dan undang undang perjawatan awam pn xtahu kononnya nk bercakap pasal politik..ciit pooorah

Anonymous said...

kepada jr upsi sume...aku cadangkan korangterutamanya mpp tuh wut satu CERAMAH YANG MENYEDARKAN TENTANG BAHAYANYA CINTA YANG BERLEBIH-LEBIHAN KEPADA YANG TIDAK SEPATUTNYNA..kesian kat budak2 pompuan tu...lelaki blah je

Anonymous said...

1. Lu la mangkok ... hang tak tau ka pensyarah kahwin dengan pelajar akan menyebabkan pelanggaran Etika Pensyarah dan Etika K********* malahan boleh menyebabkan perlanggaran OSA
2. Ok cuba lihat, mengikut sumber dalaman Bahagian akademik semua pensyarah terlibat dalam panel pembinaan soalan final dan mid-term. Samada utk kursus sendiri ataupun jabatan
3. Panel mesyuarat ni bertindak dalam hal-hal membincangkan apakah soalansoalan yang akan ditanya dalam peperiksaan akhir, penyediaan jawapan, membincangkan markah final dan keputusan akhir. Semuanya ini diletak di bawah OSA (Oath Security Act) barang siapa yang melanggarnya bermakna mereka telah membocorkan rahsia rasmi dan pihak universiti boleh mengambil tindakan undang2 ke atas individu yang terlibat.
bersambung...

Anonymous said...

4. Ayoyo amaaa, kalau macam ini, kita para student sudah ada dengar khabar angin dulu dan kini dalam kalangan pelajar-pelajar di bawahnya , apa dia? Khabarnye angin-angin soalan akhir seperti telah diketahui sebelum melangkah kaki ke dewan peperiksaaan (saya harap khabar angin ini tidak benar).
5. Susah gak nak explain citer ni? Tapi analoginya begini, kalau dulu sebelum kawin ngan student sudah ada gossip menjela-jela seperti ini... mungkinkah sekarang bila dah kahwin dengan student, khabar angin –khabar angin cam dulu tidak akan muncul semula?
6. Aloo sir.. bini baru memang muda, manja dan manis. Lagipun la ni cinta dan kasih sayang sir terhadapnye tengah meluap-luap maklumlah baru kawin atau cakap orang muda sekarang zaman “kentut wangi” hehehe. Hemm kalau dia pujuk sikit dengan godaan yang fuyoooo... pun agaknye dah cair hati dan mungkin terkeluar hint-hint soalan. Tapi paling mengharukan kalau Sir kaki mengigau dan suka bercakap dalam tidur ...hancussssss ...soalan final boleh jadi open secret la...
bersambung...

Anonymous said...

7. Ada pelbagai telahan dan jangkaan dapat dibuat tentang pensyarah mengahwini pelajarnya a.k.a anak murid sendiri. Itulah sebab dalam perkhidmatan awam contohnya di sekolah, sekiranya pengetua tu suami/isteri dan guru atau kakitangan suami/isteri akan ditukarkan kesekolah lain. Ape sebabnya...akan jadi macam-macam penyalahgunaan kuasa.
8. Dalam kes pensyarah ni, jangan kami para student bertindak jadi gila babi sudahla...contohnye melaporkan perkara ni kepada SPRM ke, polis ke atau pihak atasan. Sebabnya dengar-dengar citer ada dalam kalangan student ni yang telah merakamkan percakapan beliau dalam kelas tentang banyak hal ...ini evident beb.
9. Hemm kita golongan student ni memang tak mau campur hal beliau, tapi bila terbongkar peranannya yang banyak merugikan student dan UPSI, kami tak rela universiti ini diperlekehkan oleh orang luar kerana mempunyai pensyarah yang tidak menghayati 6 nilai Bitara UPSI.
10. Buat masa ini bagi student yang cintakan ilmu, contoh yang baik ialah Naib Canselor UTM, Prof Dato Dr Ir Zaini Ujang,. Walaupun jalan kerjayanya banyak bergantung kepada perdana menteri. Tapi saya sebagai pelajar melihat keupayaannya dan kecemerlangan beliau dalam bidang akademik khususnya in his specialization dan dalam mengendalikan UTM sudah teruji dan begitu unggul. Yang paling hebat dan membanggakan serta perlu diketahui oleh pelajar beliau juga merupakan aktivis pelajar yang aktif sewaktu zaman belajar dulu. Dalam hal ini dia begitu konsisten menegakkan ideologinya tentang idea sebuah universiti.
11. Sehubungan itu saya bukan memperlecehkan NC UPSI yang baru iaitu Prof Zek. Dalam hal ini saya menjangkakan Prof Zek juga tidak kurang hebatnya. Cuma selama ni dia tidak diberikan ruang untuk bertindak ke arah merekasayakan UPSI. Kita boleh melihat dan membuat penilaian tentang hal ini dalam tempoh 100 hari lagi sebagai NC.
12. Pandangan saya terhadap pensyarah kami tu, Kalau nak jadi ahli politik biarlah tiru macam Dato Saifuddin Abdullah. Ada visi dan misi, ilmu serta ideologi tersendiri yang realistik. Bagi saya peranan, kredibliti dan kepimpinan beliau akan terus mekar harum mewangi menyelubungi Kementerian Pengajian Tinggi.
10. Oleh itu siasatlah sampai ke akar umbi kes ini. Jangan main tangkap muat aje. Dan yang paling penting jangan diamkan perkara ini, kerana peristiwa ini sudah mencemar nama UPSI.
Adios amego...

Anonymous said...

Ye ke fitnah? Ye ke dah kawin? Yg marah sgt tu makan cili ker sampai terasa pedasnya. Sedap2 mulut kata org bodoh, awak tu pandai sgt ke? Pandai sgt smpi boleh putar belit cerita.

Anonymous said...

Berita terkini....pasangan pensyarah tersebut kemalangan selepas meninggalkan rumah menuju ke Tg Malim....kereta terbabas hingga terbalik.....

Anonymous said...

Tu semua Allah suruh beringat la supaya jangan ckap orng je muhasabah diri ckit... Kalau buat benda tak betul mmg Allah xredha... Moga jadi ingatan tok kita dan di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman.. Aminnnnn...