Tanjong Malim, 19 Okt. – Status kampus baru Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terletak di Proton City mula dipersoalkan di kalangan mahasiswa selepas pengoperasiannya seringkali ditunda atas sebab-sebab yang tidak diketahui.
Menurut Mohd Zahar Mohamed Nor, Exco Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, kampus baru UPSI yang terletak di Proton City telah lama dibangunkan namun pengoperasiannya sering tertunda atas sebab yang kurang jelas.
“Kampus UPSI di Proton City sudah lama dalam pembinaan tapi masih belum boleh digunakan sedangkan tarikh projek itu sepatutnya siap sudah lama. Ini menimbulkan tanda tanya kepada kami sebagai warga UPSI”,katanya.
Tambahnya lagi,”Kita tidak mahu isu penyelewengan, korupsi menjadi sebab kepada masalah tersebut dan pihak pentadbiran UPSI di bawah pimpinan Prof Dr. Zakaria Kasa perlu membuat penjelasan tentang perkara ini.”
3 comments:
pakgad ckp mkan setaun lg bru pinda...tu pon scra bperingkat
korupsi-lah. apa lagi? Wang rasuah yang kita makan tu akan mengalir dalam darah kita dan juga isteri/suami dan anak-anak kita. anyway,doakanlah bumbung tak runtuh, bangunan tak roboh bila kami menghadiri kuliah nanti.
maaf, keluar tajuk sket. takde ke analisis dibuat tentang calon-calon profesor yang telah memohon untuk jawatan Timbalan Naib Canselor Akademik? Kami tertunggu-tunggu analisis tersebut walaupun kami sudah dengar 2 orang (ataupun mungkin lebih) dari upsi yang memohon. Boleh kami tokok tambah tentang calon-calon tu.
"Mahasiswa persoal status kampus baru"..ala itu hanya helah Mohd Zahar Mohamed Nor, Exco Majlis Perwakilan Pelajar UPSI..untuk alihkan isu sebenar.. nak tarik kembali sokongan setelah kantoi beberapa kali..Cuma nak ingatkan janji-janji semasa berkempen dulu belum lagi ditunaikan lagi...
Post a Comment