Penulis terpanggil untuk memberi maklum balas kenyataan Naib Canselor, Prof Dr Zakaria Kasa yang menyentuh tentang analisis yang saya buat. Penghargaan daripada penulis kepada Prof Zack kerana mengambil perhatian atas tulisan tersebut. Penulis meneliti setiap ayat yang diperjelaskan Prof Zack dan penulis dapati tidak ada satu fakta jelas yang menunjukkan tulisan analisis tersebut salah. Apapun penulis ingin lontarkan beberapa persoalan terhadap kenyataan Prof Zack.
As Salam. Saya dah kembali ke Malaysia drp Australia. Saya terkejut analisis perlantikan saya sebagai NC dipaparkan dalam UPSIkini sedangkan maklumat sebenar tiada siapa yang tahu.
Jawapan penulis : Mungkin Prof yang tak tahu bahawa kami/penulis tahu. Dan analisis ini tidaklah mengatakan semuanya kami/penulis tahu.
Saya sendiri tuan empunya diri tidak memohon ke jawatan ini. Yang lain pun begitu. Hanya apabila dipanggil YB Menteri baru dimaklumkan yang saya dipilih sebagai NC. Jika tidak tuan empunya diri tidak tahu apa-apa kecuali ada khabar mengatakan kita mungkin salah seorang calon. Jadi sebagai orang terpilih, saya tidak tahu di belakang apa yang berlaku.
Jawapan penulis : Oleh sebab itu, analisis ini tajuknya Prof Dr Zakaria Kasa, NC tanpa kabel. Buktinya Prof sendiri mengaku yang Prof tak tahu dipilih sebagai NC. Dan bila tak tahu sebab itu tak gunakan kabel.
Orang boleh mengatakan, si A disokong si B. Betul ke?
Jawapan penulis : Ya, betul. Pihak risikan mengatakan Prof bukan seorang yang kuat menyokong UMNO. Ini menyebabkan pihak KPT membuat risikan semula supaya naib Canselor yang dilantik adalah yang benar-benar penyokong kuat UMNO. Dan siapa yang memberi jaminan Prof adalah penyokong kuat UMNO itu? Penulis sudah nyatakan dalam siri analisis tersebut.
Tidak ada pertandingan dlm proses pemilihan ini, setahu saya. Saya tidak tahu siapa mencalonkan saya. Yang saya tahu, nama saya disebut-sebut sebagai salah seorang calon. Saya tak ambil peduli sangat sebab bukan suatu kenyataan sehingga pejabat YB Menteri menyatakan saya dilantik sebagai NC.
Jawapan penulis : Pertandingan secara zahir memang tiada. Tetapi pertandingan di belakang tabir memang ada. Bentuk pertandingan?Itu rasanya ramai boleh agak.
Pada tahun sudah saya dipanggil bersama-sama beberapa orang lagi Profesor membentangkan hala tuju dan strategi UPSI jika dipilih sebagai NC. Itu saja. Sudah tentu untuk memastikan seseorang yang dipilih itu pro kerajaan, latar belakang calon perlu disiasat. Itu perkara biasa. Takkan kerajaan memilih pembangkang sebagai ketua dalam organisasi kerajaan. Ini kena faham sebab banyak perkara dapat berjalan dengan lancar jika ketuanya sehaluan dengan pemerintah. Jika tidak banyak yang dibuat ditentang dan menyekat pembangunan institusi berkenaan.
Jawapan penulis : Untuk jadi NC perlu pro kerajaan. Itu penulis setuju tetapi benarkah yang dipilih itu hanya perlu pro kerajaan?Atau pro kerajaan itu bermaksud pro UMNO. Apakah ada perbezaan antara pro kerajaan dan pro UMNO? Kerajaan takkan memilih pembangkang untuk dilantik menjadi ketua dalam organisasi kerajaan. Adakah tidak pro UMNO itu bermaksud tidak pro kerajaan? Adakah pembangkang (yang dimaksudkan Prof itu) tidak pro kerajaan? Penulis kira ramai lagi yang masih keliru antara pro kerajaan dan pro UMNO. Professor pun kadang-kadang gagal menjelaskannya dan membezakannya. Tetapi penulis melihat ramai yang pro kerajaan tetapi tidak pro UMNO dalam sektor awam.
Oleh itu, tak payah menganalisisi perlantikan saya sebagai NC sebab saya sendiri terkejut apa yang dikatakan kerana kita tidak tahu perkara sebenarnya.
Jwapan penulis : Menganalisis adalah satu kriteriia penting dalam dunia akademik. Menganalisis boleh memberi maklumat kepada kita untuk membuat keputusan yang baik dalam satu-satu perkara. Saranan Prof untuk menghentikan budaya menganalis adalah bertentangan dengan amalan seorang ahli akademik. Sepatutnya Prof mengambil maklumat yang ada hasil daripada analisis ini sebagai panduan ataupun sebagai nasihat kecil daripada orang bawahan kepada Prof. Soal sama ada Prof nak terima atau tidak itu terpulang kepada Prof.
Ada JK pemilih yang menjalankan tugas mereka untuk memilih seseorang calon itu. Di universiti di US sekali pun ada "search committee" yang diamanahkan mencari calon terbaik untuk memimpin universiti berkenaan.
Jawapan penulis : Itu di US. Di Malaysia, siapa agaknya yang berada di dalam search committee itu? Adakah benar-benar bersih daripada campur tangan politik?
Bagi saya yang penting ialah menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kita untuk jalankan. Bukan senang mendapat kepercayaan orang untuk kita memimpin sebuah organisasi yang sudah lama wujud. Ini masanya kita lakukan yang terbaik.
Jawapan penulis : Betul. Masa untuk jalankan tugas. Tetapi kalau awalnya sudah bercampur dengan perkara yang bukan-bukan, yang tidak membantu kepada kemajuan universiti, bagaimana mahu lakukan yang terbaik?
Jika anda sekelian mempunyai idea untuk membangunkan universiti sila kemukakan idea kepada pengurusan UPSI. InsyaAllah jika idea berkenaan boleh dijayakan dan boleh membawa kejayaan pengurusan UPSI akan laksanakan. Tak guna mengkritik tetapi baik jika memberi cadangan penambahbaikan. Ini untuk kebaikan bersama.
Jawapn penulis : Kritikan adalah cermin. Cermin tidak boleh beritahu macam mana mahu dilihat segak. Cermin menunjukkan apa yang tidak molek. Kritik juga begitu. Tetapi jika disusuli dengan idea, Alhamdulillah. Tetapi jika tidak, jangan dihalang untuk mengkritik. Syukurlah ada yang mahu menegur. Idea dari penulis, singkir Junaidi atau nama manjanya DDJ. UPSI tidak sesuai untuknya. Jika tidak, Prof akan lihat UPSI tidak seperti yang Prof mahukan. Kemajuan universiti juga bergantung kepada mentaliti dan pembangunan mahasiswanya. Namun jika orang yang diamanahkan untuk memajukan mahasiswa bukan orang yang sepatutnya, Prof akan lihat sesuatu yang sangat mendukacitakan. Itu cadangan penulis.
7 comments:
Dear respectful writer,
Your writings reminds me of a famous quote by Franklin D Roosevelt, "One thing is sure. We have to do something. We have to do the best we know how at the moment... If it doesn't turn out right. We can modify it as we go along..." & Sir Winston Churchill.."Criticism may not be agreeable, but it is necessary. It fulfills the same function as pain in human body. It call attention to an unhealthy state of things."
Please allow Prof Zack to make his own decision based on his analysis and judgement. Always remember the more you try to defend yourself the more you expose who you really are.
I wrapped up my comment with this famous quote by John F Kennedy,
"A nation that is afraid to let its people judge the truth and falsehood in an open market is a nation that is afraid of its people."
Best of Luck.
Inilah satu penulisan yg jelas berminda kelas rendah. Kalau ini mahasiswa yang tulis, anda memang tidak layak masuk mana2 universitipun terutama upsi. Sekiranya anda staf upsi yang menulis lebih baik letak jawatan aje dan mengendalikan blog anda sendiri dari rumah. Sekiranya anda bekas keluaran upsi dan sudahpun berposting, bersyukurlah kerana upsilah anda berada sekarang. Kalau anda penulis yang diupah, carilah bahan lain untuk ditulis dan jangan memalukan upsi amnya dan pelajar2 upsi khasnya. Sungguh memalukan. Nampaknya apa yang anda tulis lebih berbentuk personal. Lebih baiklah secara terus anda menulis surat kpd prof zakaria @ sesiapa sahaja yang anda tidak puas hati. Tak payahlah tulis di blog haram dgn penulisan haram seperti ini. Jelas anda umpama setan@iblis nyata yang sentiasa melaga2kan pentadbiran Upsi agar berpecah belah. Kalau ada ramai orang spt anda rasanya akan kacau bilau sesuatu pentadbiran@negara. Lebih baik anda buat penulisan yang membawa manfaat pada orang lain. Bukannya melaga2kan orang dan membuat fitnah. Analisa yang anda lakukan ini akan meletakkan anda setaraf di bawah tapak kaki aje. Tidak sedikitpun ada unsur akademianya.Penjual pisang goreng pisang di tepi jalanpun boleh lakukan. Lebih baik lagi penjual pisang gogeng krn mereka tahu tidak seperti kamu yang umpama syaitan yang berusaha membuat fitnah dan melaga2kan sesama manusia. Ingatan saya carilah kerja lain yang lebih baik yang boleh memberi kebaikan pd semua orang lain.
i see it is very good to have people who are very concern about political issue in upsi.
i know a little bit about prof zack, and frankly speaking you are deserve to be NC prof! no doubt.
the people who have been criticized must be professional to see beyond the eyes on that issue. keep it up!
i'm waiting for next analysis.
ex- upsi
Kalau tak berani nak siarkan komen2 pedas dan membina daripada mahasiswa/i upsi, lebih baik tak payah menyediakan ruangan komen. Baguslah..hanya menyiarkan komen2 yang menyokong anda sahaja. Jelas anda merupakan blog haram dan pengecut. Mahasiswa UPSI 2011.
Menteri mana pulak yang komen speaking London.. hahaha.
Korang rasa boleh ke Prof Zack ambil sebarang tindakkan pada DDJ? Aku tengok Prof Zack tak lebih dari KUDA TUA yang bermasalah jantung menunggu masa untuk disembelih hahaha atau seekor KAMBING yang menanti masa untuk diHITAMkan. Bila Aspirasi kalah teruk sekali lagi maka disaat dan ketika itulah Prof Zack akan dimangsakan.. Prof Zack bukan ada kekebalan seperti DDJ. DDJ datang dengan tiket politik atau lebih enak bunyinya tiket UMNO. Hanya orang yang memegang tiket ini boleh berbuat apa saja tanpa dikenakan tindakan. Berjoget lambaklah berkaraoke lah. Siapa yg berani membangkang tindakan DDJ akan mendapat malapetaka. Lihat sendiri apa yang telah berlaku di HEP&A.. habis ditukarnya pengetua, pegawai-pegawai yang tidak sealiran. Prof Datuk Aminah pun tunduk kepada kehendak DDJ sehinggakan membenarkan pesta berunsur maksiat dilakukan...hahaha Apakah kau yakin Prof Zack tu berani... DDJ telah membuktikan kekebalannya... apa yang aku yakin.. analisis dan jawapan kau ni hanya sedap dibaca dan merupakan impian yang tidak akan jadi kenyataan. DDJ akan terus berkuasa.
Siapa UPSIKINI?
Apa agenda dia/mereka/awak?
Kalau nak analisa kelas atasan, kena bagi analisa bodek dan puji melambung hingga tiada cacat celanya. Apakah itu dimaksudkan.
Sekurang-kurangnya UPSIKINI mampu mendedahkan apa yang berlaku disebalik bangunan bersejarah yang tersergam di Tanjong Malim ini.
Blog murahan, pengecut dan sebagainya korang baca juga kerana perasaan ingin tahu.
Kalau fitnah pastinya pihak pentadbiran UPSI dan para peguamnya akan mengambil tindakkan undang-undang keatas UPSIKINI. Akta memang sudah tersedia ada. Kenapa pihak pentadbiran UPSI tidak berbuat apa tindakkan. Mungkin ada 2 sebab. 1) Memandang remeh apa yang diwar-warkan di UPSIKINI dan mereka yakin ianya tidak akan membawa apa-apa kesan kepada mereka. 2) Apa yang diwar-warkan benar berlaku, jika diambil tindakan umpama meludah ke langit.
Ini hanya satu analisis, ianya berdasarkan kajian penulis, maka terpulanglah kepada pembaca untuk menghakiminya.
Pendedahan yang dilakukan oleh UPSIKINI sekurang-kurang memberitahu Pegawai-pegawai UPSI "anda diperhatikan". Pendedahan bukan bermakna melagakan tapi membuka minda. Apakah harus berdiam diri apabila maksiat berlaku didepan mata supaya pecah belah tidak berlaku?
Jika benar UPSIKINI menabur fitnah, seharusnya diambil tindakan. KENAPA PIHAK PENGURUSAN UPSI TIDAK MENAFIKANNYA?
Saya minta pihak pengurusan UPSI membuat kenyataan akhbar utk memberitahu bukan hanya warga UPSI tetapi masyarakat bahawa:
1. Pesta karaoke & joget lambak hingga jam 2.00am di Kolej Za'ba merupakan satu fitnah dan pembohongan oleh UPSIKINI dan komen-komen dari pembacanya.
2. Sessi Karaoke dibangunan HEP&A hingga ke Subuh (dibulan Ramadhan) bersama pegawai perempuan HEP. merupakan satu fitnah dan pembohongan oleh UPSIKINI dan komen-komen dari pembacanya.
JIKA IANYA FITNAH BANGKITLAH MELAWAN FITNAH INI. SEKURANG-KURANGNYA JELAS DIKETAHUI SIAPAKAH SETANNYA.
Post a Comment