October 3, 2011

Zakaria sangkal analisis, tak tahu dicalon NC

Tanjong Malim, 3 Okt. – Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Zakaria Kasa menyangkal analisis yang mengaitkannya dalam siri “Prof Dr Zakaria Kasa : NC tanpa kabel?” yang disiarkan UPSIkini.

Dalam kenyataan balasnya, Zakaria mendakwa beliau sendiri tidak mengetahui dirinya akan dilantik sebagai Naib Canselor sehinggalah Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin memanggilnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa beliau dan beberapa professor pernah dipanggil untuk membentangkan hala tuju dan strategi UPSI sekiranya diberi jawatan sebagai Naib Canselor.

Jelasnya lagi, siasatan yang dibuat ke atas sesiapa yang dicadang untuk menerajui sesebuah institusi kerajaan adalah perkara biasa bagi memastikan individu tersebut adalah pro kerajaan dan bertujuan memastikan perancangan yang dibuat berjalan dengan baik.

Berikut merupakan emel yang dikirimkan beliau ke upsikini@gmail.com



3 comments:

Anonymous said...

JANGAN DILAYAN UPSIKINI. MEMBURUKKAN NAMA UPSI JE...BANYAK LAGI URUSAN KEBAJIKAN PELAJAR YG BOLEH DIKETENGAHKAN. HANYA MENYIBUKKAN HAL PERLANTIKAN PEGAWAI UNIVERSITI DAN PENSYARAH JE..

Anonymous said...

Aik, si anonymous bawah ni dok Tak kena jer......Wei matang le sikit

Anonymous said...

Ntahnya....kalau tak nak layan jangan la masuk blog ni...apa daaa