October 4, 2011

RPA : Junaidi tak hadir, program diteruskan

Tanjong Malim, 4 Okt. – Program Rakan Penggerak Ad-Din (RPA) diputuskan untuk terus dijalankan dengan pemantauan daripada felo-felo kolej kediaman. Keputusan tersebut dibuat dalam satu mesyuarat khas yang diadakan petang semalam di Pusat Islam.

Keputusan tersebut disepakati semua ahli mesyuarat; Pengarah Pusat Islam, Dr Ibrahim bin Hashim, Pengetua-Pengetua Kolej Kediaman UPSI dan Jawatankuasa RPA. Walau bagaimanapun Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEP&A), Datuk Paduka Dr Junaidi Abu Bakar dilaporkan tidak hadir dalam mesyuarat tersebut.

Mengulas keputusan tersebut, Pengerusinya, saudara Amirul dipetik sebagai berkata, keputusan tersebut adalah sangat positif dan menggembirakan ramai pihak terutamanya mahasiswa yang cintakan majlis ilmu.

Tambahnya lagi, pihak Jawatankuasa RPA tidak ada masalah sekiranya pihak kolej ingin memantau program RPA malah mengalu-alukan pihak kolej untuk turut serta dalam program tersebut.

Isu RPA menjadi perhatian ramai mahasiswa di sini selepas ura-ura memansuhkannya tersebar luas beberapa minggu lalu.

2 comments:

Anonymous said...

Saya kurang bersetuju dengan keputusan RPA ini di teruskan tanpa ada mesyuarat bersama sama TNC... TNC merupakan "KETUA" paling besar dalam upsi... dan sepatutnya beliau perlu hadir bersama - sama dalam mesyuarat tersebut...tanpa beliau maka upsi akan " senyap"...sepatutnya beliau kena tunjukkan komitmen yang bagus dan seimbang, jika meting untuk program karoke beliau dapat hadir maka sepatutnya meting RPA perlu hadir... nampaknya TNC kita menolak dalam senyap ni...setuju dalam diam.... hmmmm, kena kaji balik keputusan persetujuan ini.... di bimbangi pada keesokkan hari RPA akan berubah wajah.... so care full ok

Anonymous said...

Berprasangka baik sahajalah. Jika beliau merasakan bahawa RPA ini punya unsur-unsur pembangkang, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk membuktikan telahan beliau salah.
Semoga Allah senantiasa memberkati RPA.