October 6, 2011

NC cabar pengkritik kemuka idea, mahu bakal TNC A&A faham misi & visi UPSI

Tanjong Malim, 6 Okt. – Perkembangan semasa pentadbiran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang diterajui Naib Canselornya, Prof Dr Zakaria Kasa semakin mendapat perhatian bukan sahaja di kalangan warga UPSI malah seluruh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang melihat UPSI kini berada dalam fasa transformasi.

Berikutan itu, timbul beberapa kritikan di kalangan warga UPSI yang melihat pentadbiran UPSI perlu dijauhi daripada campur tangan politik dan siri analsis yang menyentuh perlantikan jawatan tertinggi pentadbiran UPSI mencuri perhatian ramai pihak.

Mengulas perkembangan tersebut, Prof Dr Zakaria Kasa mengeluarkan kenyataan mencabar kepada semua pengkritik agar tampil untuk memberi idea bernas bagi membangunkan UPSI.

Beliau dijangka akan membentangkan perancangan strategik UPSI selepas 100 hari perlantikannya dan menjemput seluruh warga UPSI bersama-sama berkongsi idea pada hari tersebut.

Menjawab persoalan siapa yang bakal diletakkan sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa (A&A), beliau walau bagaimanapun tidak menamakan mana-mana pihak dan hanya berharap individu yang diletakkan seorang yang memahami visi dan misi UPSI di samping berpengetahuan dalam penggubalan kurikulum serta hal-hal berkaitan akademik.

Selain itu katanya, TNC A&A memerlukan seorang yang pernah mentadbir dan mengetahui keperluan Lembaga Akredetasi Negara (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam menambahbaik sistem akademik yang ada di UPSI.

Untuk rekod, sebanyak 21 program pengajian berjaya diperkenalkan sepanjang Zakaria diberi tanggungjawab sebagai TNC A&A menjadikan UPSI kini mempunyai 51 program pengajian dan 15 lagi masih dalam proses penggubalan.

3 comments:

Anonymous said...

Bodohlah saya jika tidak mengharapkan pembaharuan dari NC yang baru. Lebih sedekad UPSI wujud, namun skop pendidikan tidak pernah dipenuhi. Takrifan pendidikan hanya berkisar pd bidang perguruan yang mana bidang perguruan ini adalah satu dari banyak cabang pendidikan. Jika hanya inilah kefahamannya maka adalah lebih afdhal Universiti Pendidikan Sultan Idris ditukar kepada Universiti Perguruan Sultan Idris. Masalah-masalah yang timbul dikalangan pelajar hanya tertumpu kepada posting di sekolah-sekolah, ini menunjukkan bahawa mereka ini tidak didedahkan kepada bidang pendidikan yang lain sedangkan dalam kerancakan industry pendidikan, tenaga kerja dalam bidang ini amat diperlukan. . UPSI seharusnya mampu melahirkan graduan yang tidak hanya menjadi guru disekolah-sekolah tapi juga mampu menjadi pensyarah dan tenaga pengajar di kolej atau university lain.
“Open Market” yang dicanangkan oleh UPSI hanyalah sebagai pemenuh kuota. Maka tidak hairanlah jika jumlah pelajar yang menerima tawaran belajar semakin sedikit. “Open Market” yang sebenarnya tidak “Open” pun kerana matapelajaran yang diajar sama dengan yang “Close Market”. Bagaimana mereka akan bersaing dengan graduan dari Universiti lain yang mana matapelajaran kursus mereka lebih komprehensif mengikut kehendak industry.
UPSI harus menilai semula kursus-kursus yang ditawarkan. Apa yang dilihat UPSI lebih cenderung mewujudkan kursus dari matapelajaran sekolah-sekolah contohnya kemahiran hidup dan pengajian Malaysia. Ini menyebabkan bidang kerja mereka amat terhad. Merombak semula subject kursus, terutama kursus yang memerlukan kemahiran. UPSI perlu mengenal pasti kehendak dan keperluan industry. Jika ianya tidak diperbaiki maka KPM akan terus mewujudkan kursus seperti DPLI/KPLI kerana UPSI tidak mampu memenuhi kehendak KPM. Prasarana yang sesuai amat vital untuk memberikan pelajar pendedahan awal kepada keperluan industry. Tenaga pengajar haruslah seimbang bukan hanya tertumpu kepada pengalaman akademik semata-mata tapi hendaklah mempunyai pengalaman dari industry itu sendiri.
Mungkin UPSI harus memikirkan twining program untuk beberapa kursus yang ditawarkan, terutama pada pelajar “Open Market”. Dengan cara ini akan meningkatkan daya saing pelajar dalam industry pekerjaan.
Diharapkan mendapat perhatian sewajarnya dari NC dalam merangka halatuju UPSI.

Anonymous said...

"Tenaga pengajar haruslah seimbang bukan hanya tertumpu kepada pengalaman akademik semata-mata tapi hendaklah mempunyai pengalaman dari industry itu sendiri."

Ini merupakan komen yang baik. Ini kerana ramai pensyarah UPSI yang tidak berlatar belakangkan pendidikan. Tak mengapa asalkan mereka ajar bidang pengkhususan mereka masing-masing. Masalah yang dihadapai kami ialah terdapat golongan pensyarah ini yang bukan sahaja tak berpengalaman tetapi tak ada kelayakan dalam pendidikan sedang mengajar kami macam mana nak mengajar. Ya Allah, bagaimana ini boleh berlaku di UPSI? Tolong NC supaya kami tidak dibimbing oleh orang yang tidak ada kelayakan dalam pendidikan, baik dalam latihan mengajar, mahupun dalam projek penyelidikan pendidikan.

Pensyarah-pensyarah konten ini sering berkata, walaupun mereka tidak mempunyai kelayakan pendidikan, tapi mereka pernah disandar selama 3 bulan di sekolah. Jadi mereka sudah layak. Kalau pensyarah mempunyai logik macam ini, maka semua guru ganti tak berkelayakan yang mengganti guru-guru terlatih yang cuti bersalin semuanya akan menjadi guru yang layak lepas 3 bulan. Begitu juga, semua pembantu perubatan dan jrurwat yang membantu di hospital selepas 3 bulan akan menjadi seorang doktor berkelayakan. bodoh punya pensyarah. Nak jadi pendidik atau doktor, mesti ada kelayakan dalam bidang pengkhususan.

Anonymous said...

Sorrylah..pelajar upsi bukan sahaja tidak layak menjadi pensyarah, menjadi gurupun tak layak. Taklah semua. Bayangkan setiap kali result keluar semuanya mendapat keputusan yang amat tidak diduga. Mengapa ye? Berlambak2 mendapat 3.5 ke atas. Anugerah dekan jangan cakap.Hinggakan sijil anugerah ada yang tertinggal kat kedai makan pun ada. Mengapa ye? Mungkin pensyarah malas nak menjawab jika gagalkan pelajarnya@takut nanti penilaian pelajar terhadapnya buruk..lebih mudah bagilah semua lulus. Bila pergi praktikum, mcm2 dapat komplain daripada pihak sekolah.Tu belum posting lagi. Di upsi pelajarnya sibuk berpolitik. Asyik membangkang je.Yang asyik membangkang ni cakap je pandai. Buat kerja teruk.Yang hebatnya jumpa pensyarah asyik cium tangan je. Baguslah gitu menghormati pesyarah. Belakang kutuk habis. Lepas tu dapat A. Tulah sikap kawan2 aku yang asyik membangkang je. Silap2 aku keluar nanti tak dapat posting.