Tanjong Malim, 20 Okt. – Mengulas berkenaan isu kampus baru Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Proton City yang dibangkitkan seorang Exco Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, Mohd Zahar Mohamed Nor, Naib Canselornya Prof Dr Zakaria Kasa menejelaskan 97% pembinaan kampus tersebut telah pun siap.
Katanya lagi, sebahagian daripada keseluruhan bangunan kampus baru tersebut telah pun diserahkan kepada UPSI dan penyerahan sepenuhnya dijangka dibuat pada hujung tahun ini.
Walau bagaimanapun, jelasnya lagi, penggunaan kampus baru tersebut hanya akan bermula pada semester hadapan.
Namun, persoalan berkenaan kelewatan penggunaan kampus tersebut tidak dijelaskan.
No comments:
Post a Comment