October 3, 2011

Mahasiswa Pendidik sangsi pendirian Zahar

Tanjong Malim, 3 Okt. – Mahasiswa Pendidik (MP)yang merupakan salah sebuah kumpulan mahasiswa dalam organisasi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mendakwa mereka kini sangsi dengan pendirian orang kuatnya, Mohd Zahar Mohamed Nor yang dilihat semakin rapat dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEP&A), Datuk Paduka Dr Junaidi Abu Bakar sejak akhir-akhir ini.

Kenyataan itu dikeluarkan salah seorang ahli kumpulan terbabit yang mula merasai perubahan sikap Zahar dalam menangani beberapa isu.

Dalam kenyataannya, beliau mendakwa, Zahar dilihat seolah-olah lantang membantah penangguhan RPA tapi pada masa yang sama beliau sering keluar bersama Junaidi atas urusan yang tidak dimaklumkan kepada mereka.

Dalam pada itu katanya,Zahar didakwa telah membocorkan banyak maklumat kumpulan MP sehinggakan banyak perancangan mereka tergendala.

Untuk rekod, sebanyak 7 ahli MP menganggotai MPP pada sesi kali ini.

No comments: