October 6, 2011

Zafauzan wakil UPSI ke Brunei

Tanjong Malim, 6 Okt. – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menghantar Muhammad Zafauzan bin Husin, satu-satunya wakil dari universiti ini ke Pertandingan Pidato Pendidikan Islam Peringkat Pengajian Tinggi Serantau.

Pertandingan yang dijalanakan di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan itu adalah sempena Majlis Konvokesyen Kali Pertama kolej universiti tersebut.

Zafauzan, pelajar jurusan Pendidikan Islam Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan akan menyertai pertandingan tersebut yang akan diadakan pada 21 Oktober ini.

Beliau dijangka akan diterbangkan ke Bandar Seri Begawan, Brunei beberapa hari sebelum pertandingan dengan tajaan penuh pihak penganjur.

No comments: