Tanjong Malim, 6 Okt. – “Saya akui hubungan rapat dengan TNC namun prinsip perjuangan takkan tergadai,..”. Itulah reaksi Koordinator Kumpulan Mahasiswa Pendidik (MP), Mohd Zahar Mohamed Nor selepas salah seorang daripada ahli kumpulan terbabit melahirkan rasa sangsi terhadap tindakannya yang dilihat agak rapat dengan Datuk Paduka Dr Junaidi Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI baru-baru ini.
Zahar menjelaskan perkara tersebut melalui laman facebok kumpulan ‘Kami Sokong Mahasiswa Pendidik’ Selasa lalu mengakui beliau agak rapat dengan TNC HEP&A namun prinsip beliau memperjuangkan beberapa isu mahasiswa tidak diketepikan.
Dalam pada itu, beliau turut membuat penjelasan kepada UPSIkini bahawa hubungan rapatnya dengan TNC HEP&A adalah bertujuan menyampaikan masalah mahasiswa dan bukan atas tujuan lain.
"Hubungan rapat dengan TNC bukan bermakna saya menyokong semua tindakan beliau, yang mana baik saya sokong namun yang mana bertentangan dengan prinsip saya, prinsip rakan-rakan lain, kita akan suarakan secara terus kepada beliau termasuklah dalam isu RPA", katanya.
Ditanya mengapa kumpulan MP tidak mengetahui perkara tersebut beliau berkata ini adalah perkara biasa dan tidak menyangka ada ahli yang membuat persepsi salah atas perkara tersebut. Namun katanya perkara tersebut telah dijelaskan dalam mesyuarat bulanan Mahasiswa Pendidik.

3 comments:
Inikah dinamakan kebebasan? Nak berkawanpun kena ikut pandangan uspsikini? Suka hatilah nak berkawan dgn siapapun? Itu sebabnya pengikut upsikini tertutup minda dan akalnya, sebab menghadkan hubungan persahabatan. Tak semestinya kita berkawan dgn orng tertentu akan mengubah prinsip kita. Mungkin golongan ini takut kot..sebab golongan ini bila berkawan ada agenda tersendiri. Spt mungkin berkawan nak sesuatu..entahlah mungkin pemikiran mahasiswa/i upsi dah terbantut sbb baca upsikini blog sepahan yang patut tempatnya dlm tong sampah. Dinasihatkan pelajar upsi carilah tempat yang sesuai untuk mendapatkan maklumat. Kalau tak jadilah spt penulis upsikini yang mindanya nampak kuman seberang laut. Yang ada dpn mata buat tak reti aje..buta mata dan akal..Sia2 aje kita ambil subjek pembangunan sahsiah. Jelas dari segi penulisan menunjukkan betapa rendahnya sahsiah@akhlak penulisnya. Wallahulam..
Zahar, teruskan berukhuwwah daripada berkonfrontasi tak tentu pasal...
Biasalah bila dah nak posting mulalah ubah haluan...yang penting diri sendiri..
Post a Comment