Tanjong Malim, 20 Okt. – Rakan Penggerak Ad-Din (RPA) perlu berhadapan dengan satu lagi kerenah birokrasi apabila semua Pengerusi di peringkat kolej akan dimansuhkan bagi meletakkan persatuan tersebut berada di bawah pihak pentadbiran kolej.
Ketetapan itu dibuat oleh semua Pengetua Kolej Kediaman UPSI bagi menyekat peranan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa RPA di peringkat kolej menjalankan peranan mereka seperti biasa.
Mengulas perkara tersebut, seorang mahasiswa yang tidak mahu namanya didedahkan berkata perkembangan ini menunjukkan pentadbiran kolej terutamanya Pengetua-Pengetua masih ragu dan tidak jujur dengan keputusan yang dibuat sebelum ini untuk membenarkan aktiviti RPA dilaksanakan seperti biasa dengan pemantauan daripada pihak kolej.
Katanya lagi, tindakan tersebut secara tidak langsung mengganggu perjalanan RPA yang sebelum ini dikendalikan dengan baik oleh jawatankuasa yang dilantik.
“ RPA adalah baik untuk mahasiswa tetapi sering disalah anggap oleh pihak tertentu dan mengaitkannya dengan perkara-perkara yang tidak benar”, ulasnya.
No comments:
Post a Comment