October 4, 2011

Analisis : Prof Dr Zakaria Kasa, NC tanpa kabel? (Siri 4)

Siri ini disambung.

Ramai melihat dengan pendedahan siri analisis ini, hipotesis awal yang dapat dibuat - DDJ adalah King yang sebenar. Mungkin ini hanyalah dakwaan. Kalau ditanya pada DDJ sudah pasti dia menjawab “tuduhan itu tidak berasas”. Tidak berasas kerana tidak ada bukti sahih yang mengatakan semuanya dikawal oleh Junaidi. Tak apa lah. Jawapan orang politik memang begitu bunyinya. Kita soroti pendedahan ini satu per satu.

DDJ ini sebenarnya mempunyai hubungan yang baik dengan Timbalan Perdana Menteri kita sekarang ini (sampai bila tak tahu lah, bulan 11 Pilihan Raya dengarnya), Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mungkin lesen inilah yang digunakan DDJ untuk mengangkatnya setinggi JUSA B dari DS 52. Orang lain bersusah payah membuat penyelidikan, menang anugerah itu dan ini, bekerja siang dan malam, tak dapat. Si DDJ ini berkaraoke siang dan malam, boleh dapat JUSA B.

Mungkin ramai yang bertanya, mengapa agaknya DDJ dengan yakin memberi pengesahan kepada pihak KPT bahawa Prof Zack ini bersih, berdarah UMNO, dan pilihan terbaik untuk diangkat sebagai NC.

Ya, di sinilah politiknya.

Ramai yang tahu bahawa Prof Zack ini begitu lurus orangnya. Di UPM rakan-rakannya menganggapnya sebagai seorang Pak Lawak yang menceriakan suasana. Ramai rakan-rakannya di UPM tidak menyangka bahawa Prof Zack ini bakal diangkat sebagai Naib Canselor. Ada beberapa sumber juga agak tidak percaya dengan pengumuman tersebut kerana dari sudut pengurusan, Prof Zack bolehlah diberi gred B. Tapi mungkin itu pendapat minoriti. Namun, dalam budaya akademik, pendapat minoriti juga perlu diambil perhatian. Tak apa lah, sekurang-kurangnya dia tidak datang ke UPSI membawa budaya samseng dengan staf lain, tidak melalak berkaraoke sampai ke pagi, berjoget lambak dengan isteri orang sesuka hati, halang program agama dan lain-lain seperti yang dibawa DDJ.

DDJ menyedari akan hal tersebut. Dia tahu di mana kelemahan Prof Zack. Prof Zack ini ada sakit jantung. Dia tahu bagaimana mahu memanipulasi keadaan supaya yang baik-baik berpihak kepadanya, yang tidak baik diarahkan kepada Prof Zack. DDJ ada cop pengesahan dan dia juga ada ‘report kad’. Arahan tidak bermemo bisa saja diaju kepada Prof Zack dengan nada sebagai seorang yang mahu menolong Prof Zack. Tapi tahukah anda, DDJ ini bermuka-muka orangnya. Di hadapan dia kata mahu tolong, namun di belakang dia akan kata kerja mudah pun tak dapat nak urus. Maka mesej-mesej ini ke mana sampainya kalau tidak ke Pak Menteri. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mungkin sahaja boleh menapis berita-berita seperti ini, namun bagaimana yang lain itu. Ini adalah perancangan yang mungkin tidak diduga oleh ramai orang.

Apa sebenarnya hasrat DDJ? DDJ mahu ke Parlimen. Dia mahu bertanding dalam pilihan raya. Di kerusi mana, itu tanyalah pada dia. Dia dah cerita pada ramai orang dia punya hasrat untuk menjadi ahli parlimen. Kelayakan?Tolak ke tepi. Yang penting ada kedudukan dan kewangan. Al-maklumlah sekarang ini kalau calon yang bertanding itu ada gelaran Dr dikira sebagai seorang yang berpendidikan dan dihormati. (Tapi banyak yang dapat Dr beli. Kalau nak tahu harga tanya Nordin Kardi berapa sekilo). Tambah pula ada ura-ura BN akan letak calon payung terjun. DDJ sudah memasang angan-angan dia adalah salah seorang yang dimaksudkan.

DDJ sudah ada perancangannya. Bagaimana kalau tak dapat bertanding?Tak dapat bertanding tak apa. Namun jawatan tertinggi di UPSI berikan padanya. Naib Canselor adalah sasarannya. Bolehkah seorang TNC HEP&A menjadi NC? Apa tidak bolehnya. USM sudah buktikannya. Prof Dato’ Dr Umar Osman hanya 3-4 tahun menjadi TNC HEP USM, tahun ini diangkat jadi NC USM. Mengapa tidak di UPSI. 3 tahun bukannya lama. Silap hari bulan tak sampai pun 3 tahun.

Inilah perancangan DDJ. Meskipun dia berada di kerusi TNC HEP&A tetapi ramai melihat dia adalah pra NC. NC jadian. Prof Zack perlu berhati-hati dengan beliau. Atau Prof Zack sebenarnya telah menyedari akan hal ini, namun untuk tidak merumitkan keadaan, pendekatan menang menang digunapakai dan membiarkan sahaja DDJ berfoya-foya dengan JUSA Bnya itu. Itu terpulanglah kepada Prof Zack untuk menggunakan kebijaksanaannya.

Maka penulis ingin mengingatkan kepada Prof Zack dan seluruh warga UPSI, waspada dengan DDJ. Dia ke sini bukan untuk menaikkan UPSI tetapi adalah untuk menaikkan dirinya. Orang begini tidak ada tempat di UPSI. Kita tunjukkan jalan pulang kepada DDJ. Baliklah ke Indonesia atau ke universiti lain. Rasanya UUM banyak tempat untuk orang sepertinya. Tanya Nordin Kardi bagaimana nak ke sana. Nak berniaga Phd pun boleh di sana.

Penulis merupakan salah seorang warga UPSI yang cenderung menganalisis campur tangan politik dalam pentadbiran UPSI.

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi UPSIkini

3 comments:

Anonymous said...

Sekalung Tahniah kepada penulis Analisis ini. Walaupun ianya nampak cenderung kepada pendedahan. Tahniah juga kpd UPSIKINI yang kelihatan semakin matang, saluran alternatif utk warga-warga UPSI khususnya dan masyarakat setempat amnya.
Kepada pembaca yang merasakan ianya satu fitnah maka fitnahlah ia. Namun sekali sekala kita harus melihat sesuatu isu itu dari prespektif yg berbeza. Pada saya penulis analisis ini menulis perkara yang benar berlaku tidak hanya di UPSI tetapi dlm semua sektor pekerjaan. Susun atur organisasi dan kenaikan pangkat secara teorinya memang sangat indah tapi hakikat sebenarnya kronisme amat menebal. Kita tidak perlu melihat jauh, apa yg kita perlu ialah scroll balik tajuk paparan cerita di UPSIKINI ini. Pertukaran pegawai-pegawai dan kakitangan sokongan kerana tidak sehaluan dengan mrk. Selepas ini kita boleh melihat ada pegawai atau kakitangan sokongan yang dinafikan seniority atau dipinggirkan. Bukan disebabkan tidak boleh bekerja atau menunjukkan prestasi yang baik tetapi disebabkan mrk ini bukan dari kroni mereka. Inilah hakikat pahit yg terpaksa ditelan oleh org bawahan. Pengampu dan pak sanggup yang akan jadi kesayangan, walaupun jika difikirkan logik, jika mrk ini punya banyak masa mengadu dan melepak bersama boss, sudah pastinya mrk ini sebenarnya tidak bekerja. Betul tak?

Didoakan agar Prof Zack dapat melaksanakan amanah & tanggungjawab dengan baik. Semoga Allah senantiasa memberkati dan melindungi beliau.

Berdasarkan paparan cerita berkaitan DDJ:-
Isu: Karaoke/Joget Lambak

Budaya yang cuba dibawa oleh DDJ telah memakan dirinya sendiri. Ini secara tidak lansung membuktikan kepada kita bahawa usaha-usaha penerapan nilai-nilai Islam yang dinaungi oleh TNC HEP&A sebelum ini telah membuahkan hasil.Budaya karaoke & joget lambak yang bercanggah disisi Islam ditolak oleh Warga UPSI.

Jika apa yg ditulis diUPSIKINI hanyalah fitnah, mengapa tiada sebarang penafian dibuat, sedangkan kita tahu DJJ sgt akrab dengan media.

Impak dari budaya yang DDJ bawa juga menyebabkan imej jabatan HEP&A tercalar teruk dimata pelajar dan imej UPSI dimata masyarakat setempat. Cerita-cerita berkaraoke sampai ke subuh dan berjoget lambak menjadi perbualan dikalangan penduduk tempatan. DDJ lupa Tanjong Malim ini bukanlah sebesar Jakarta. Mungkin dia tidak peduli semua ini kerana cukup tempoh kontrak beliau akan pergi. Manakala kakitangan ini yang akan terus berada diUPSI sehinggalah tempoh tamat perkhidmatan, yang akan menerima sindiran sinis masyarakat.

Budaya karaoke & joget lambak ini juga menyebabkan kakitangan mengalami tekanan kerana kehilangan kepercayaan dari suami/isteri. Mana tidaknya mesyuarat ditengah-tengah malam membawa ke hampir subuh. Dengan cerita negatif yang tersebar dan tiada usaha-usaha penafian dibuat oleh pihak terbabit ini menyebabkan kakitangan berada didalam dilemma.
Impak paling teruk dirasai oleh kakitangan perempuan yang bersuami.

Persoalannya, apakah yang akan berlaku seterusnya? Siri 5, 6 atau?

Apakah DDJ terlalu kebal hinggakan tidak perlu proactive action untuk memperbaiki keadaan?

Anonymous said...

panas! panas1 ...goreng pisang panas! panas!... goreng pisang jenis PHD ni,mari beli.beli satu dapat dua..kalau tak beli nanti kena pancung.... panas! panas! masih panas ni....

Jika kajian ini menepati suasana UPSi, sudah pasti UPSI berada dalam zon yang membahayakan pendidikan negara kita... umpama air terjun... kita tak mampu membersihkan air yang di bawah agar jernih tetapi air yang di bawah datang dari atas... kalau air di atas bersih, sudah pasti yang di bawah juga bersih...

cerminan kepimpinan di atas sangat berkait rapat dengan yang di bawah... kalau atasan acuannya bagus, sudah pasti yang di bawah begitu jugak...

kepada Prof Zack yang di hormati,anda berdiri berpayungkan kepada ilmu yang dipelajari, gelaran prof bermakna anda tahu yang mana betul dan yang mana salah, berpegang teguhlah pada agama nescaya akan selamat dunia dan akhirat..." umpana falsafah permainan chess dan Dam.... permainan chess" walaupun kuat mempunyai sistem yang tinggi, ada queen, tembok, kudanya tetapi jika king di checkmatekan maka akan lumpuh semuanya..king itu kuat berpegang pada agama...jika agama lumpuh maka akan rosak kesemuanya" ... jika Dam,inilah permainan melayu yang paling memalukan... "dam" jika nak naik " haji" selalu makan kawan,,, dah naik haji pun still makan kawan... memenangkan kroni sahaja sehingga abis musuh di cantas... jika kita golongan berilmu, berpijak pada perkara yang benar adalah itu yang di ajar...maka perlu di ikut, hidup ini perlu berubah....perubahan bukan pilihan tetapi satu kemestian, maka perubahannya hanya ada dua... baik atau tidak baik...tiada yang lain...sama juga di akhir hidup manusia tiada pilihan, kesyurga or ke neraka....
di keji kerana kebenaran lebih bermaruah daripada di puji kerana kebanggan kesalahan itu seperti anjing yang mengikut tuannya...

Anonymous said...

La ingatkan endingnya menarik sgt lah.. cuma nak bagitau keburukan junaidi jer.. cehh!!!
So what next? Bawak isu ni ke media massa? KPT? KPM? PM? TPM? Tuntut Junaidi meletak jawatan?

UPSIKINI minta dijelaskan.

Wei Anony! Pegawai-Pegawai HEPA patut kena bala. Pergi siasat dulu baru nak sokong. Ada sekor pegawai tu memang kaki maki hamun, tanyalah MPP dari LMP & MP...bodoh! bangang! tu dah biasa tapi kalau puak sealiran, cover baik punya. Kami memang dah lama menyampah dgn perangai mrk ni. Junaidi tu cuma top-up lagi jer masalah yg sediada.