Tanjong Malim, 4 Okt. – UPSIkini hari mengeluarkan kenyataan penghargaan kepada Prof Dr Zakaria Kasa, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) atas sikap terbukanya dalam memberikan respon secara langsung berkenaan siri analisis yang mengaitkannya kepada UPSIkini melalui emel di upsikini@gmail.com.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarang UPSIkini yang melihat Zakaria sebagai seorang yang peka dengan keadaan semasa dan bersedia melayani media baru.
“Prof Zack sememangnya seorang yang memang mudah didekati dan sikap terbukanya ini seharusnya dicontohi warga UPSI yang lain. Beliau nampaknya memahami saranan pihak kerajaan yang melihat media baru adalah saluran penting untuk menyampaikan maklumat”, katanya.
Tambahnya lagi,” Mungkin apa yang dilakukan oleh Prof Zack ini boleh dijadikan contoh kepada warga UPSI yang lain dalam menyampaikan maklumat dan pandangan mereka”.
Untuk rekod UPSIkini merupakan blog informasi alternatif warga UPSI sejak ditubuhkan 3 tahun yang lalu.
No comments:
Post a Comment