October 20, 2011

Tujuh panel tolak Junaidi

Tanjong Malim, 20 Okt. – Meskipun sudah hampir 4 bulan Datuk Paduka Dr Junaidi Abu Bakar memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEP&A), namun isu perlantikan yang dikatakan tidak direstui ramai pihak masih hangat diperkatakan.

Terbaru UPSIkini dimaklumkan seorang sumber mendakwa perlantikan Junaidi ke jawatan tersebut turut mengejutkan panel penilai kerana seramai 7 orang panel penilai bagi mencari calon terbaik mengisi jawatan tersebut menolak Junaidi untuk dilantik sebagai TNC HEP&A.

Sumber turut mendedahkan 6 daripada 7 panel tersebut menolak Junaidi selepas melihat rekod beliau manakala hanya seorang daripadanya memilih untuk meletakkan beliau sebagai calon pilihan kedua bagi jawatan tersebut.

Jelas sumber itu lagi, perlantikan Junaidi sememangnya mempunyai kaitan langsung dengan suasana politik semasa dan hubungannya dengan beberapa ‘orang politik’ di peringkat pusat.

No comments: