October 5, 2011

Mustamam, Shaharudin intai kerusi TNC A&A

Tanjong Malim, 5 Okt. – Dua mantan Timbalan Naib Canselor, Prof Dr. Shaharudin Abd Aziz dan Prof. Dr Mohd Mustamam Abd Karim yang masing-masing sebelum ini pernah menjadi TNC Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan TNC Penyelidikan & Inovasi, dikatakan sedang mengintai kerusi TNC Akademik & Antarabangsa UPSI yang dikosongkan penyandangnya sebelum ini Prof Dr Zakaria Kasa selepas dilantik menjadi Naib Canselor UPSI.

Kedua-dua mantan TNC itu sebelum ini pernah bersama-sama Prof Dr Zakaria Kasa menjadi TNC semasa UPSI diterajui Prof Dr. Aminah Ayob.

Sumber yang menyampaikan makklumat tersebut kepada UPSIkini mendakwa kedua-dua calon tersebut adalah calon popular dan berpotensi berdasarkan pengalaman mereka di UPSI.

Namun, terdapat ura-ura mengatakan kerusi tersebut bakal diisi calon dari luar yang lebih berpengalaman.

2 comments:

Anonymous said...

Maaf, penilaian saya terhadap kedua-dua mantan TNC tersebut adalah RENDAH, kerana tak ada umph. Waktu "berkuasa" dulu pun tak banyak perubahan. Shaharudin tu nak naik lagi ke? Kami ingat dia dah naik isteri baru kan dah cukup puas? D)

Anonymous said...

sori bro. upsikini agak tak kini-lah. dengar khabar seorang pengarah pusat pun memohon. betul ke? jika ye, ape penilaian korang utk calon itu?