October 21, 2011

Ambil tindakan terhadap ‘pensyarah khalwat’, Zainal Kling seperti Aziz Bari

Tanjong Malim, 21 Okt. – Kes penggantungan Prof Dr Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berikutan pandangan beliau mengenai tindakan Sultan Selangor dalam insiden penyiasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) turut mendapat perhatian ahli akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Dalam beberapa pandangan yang dihantar kepada upsikini@gmail.com, mereka menuntut agar kes salah laku pensyarah yang didakwa berkhalwat bersama pasangannya yang merupakan seorang pelajar di sini turut diambil tindakan sama seperti mana yang dilakukan oleh UIA terhadap Prof Dr Aziz Bari.

Dalam ulasan pengirim terbabit, pensyarah tersebut bukan sahaja menjatuhkan maruah sebagai seorang ahli akademik malah merosakkan imej UPSI yang terkenal sebagai institusi pendidikan terulung negara.

Dalam pada itu, seorang pengirim lain turut berpandangan kenyataan Prof Datuk Dr Zainal Kling yang menimbulkan kekeliruan ramai pihak mengenai penjajahan British di Tanah Melayu juga harus diberi perhatian dan diambil tindakan sama.

Dalam kenyataannya, pengirim mendakwa, kenyataan Zainal Kling jauh lebih berat apabila beliau secara tidak langsung menafikan peranan pejuang kemerdekaan yang menuntut negara ini bebas daripada penjajahan British.

4 comments:

Anonymous said...

Pensyarah tu mmg patut diambil tindakan. Kebal betul dia yer....patutlah berlagak sgt...nak ambil tidakan pun teragak2 hhmmmmm

Anonymous said...

siapa ckp prof zainal kling blagak??awk pnh blaja ngn dia ker??biarlah..itu pndpt dia..hormatilah pndpt org..lgpn dia da mintk mf pn pasal ckp isu pnjajahan tu..tk pyh la terikut2 ngn apa yg terjadi kat u lain tu..faham??

Anonymous said...

sapa? betuii ke? ada 4 saksi ke? atau ada video aje?

Anonymous said...

kalau ada video pun mana boleh pakai sebagai bukti ..sebab dia besi, takde mata takde telinga " kata hadi awang "