Tanjong Malim, 13 Sept – Bahang pilihanraya kampus makin
terasa apabila JHEPA telah mengeluarkan notis tarikh pilihanraya yang akan
dilakukan pada 25 Sept. nanti.
Dalam pada itu, persiapan daripada ‘kumpulan’ yang akan
bertanding juga nampaknya rancak dipromosikan melalui facebook mahupun edaran bahan bercetak.
Namun, terdapat persoalan yang timbul melalui khabar angin
bertiup mengatakan Mahasiswa Pendidik tidak akan menyertai pilhanraya pada kali
ini.
Pihak upsikini masih berusaha mendapatkan penjelasan
daripada pihak Mahasiswa Pendidik namun masih gagal mendapat respon balas
berkaitan perkara berkenaan. Jika betul maklumat ini, maka pihak aspirasi sudah
pasti bertepuk tangan menyambut kemenangan awal untuk mereka.
No comments:
Post a Comment