Tanjong Malim, 14 Sept –
Selang beberapa jam selepas isu Mahasiswa Pendidik tidak akan sertai
pilihanraya kali ini, mereka mengeluarkan dakwaan balas melalui laman sosial
facebook rasminya.
" Kami akan teruskan
perjuangan," respon balas ringkas yang ditulis oleh mereka petang tadi.
Pihak upsikini turut
menghubungi wakil Mahasiswa Pendidik untuk mendapat penjelasan berkaitan
pendirian MP untuk berdepan dengan PRK yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Namun, mereka masih belum
memberi gambaran melainkan hanya memberitahu supaya menunggu kejutan
yang akan diumumkan nanti.
“ saya tak boleh nak
komen lebih, tunggu je lah nanti,” katanya dengan nada berseloroh.
Untuk rekod, sejak
tahun 2008 barisan Mahasiswa Pendidik sentiasa meletakkan calon-calon mereka mengisi
kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya kampus UPSI.
No comments:
Post a Comment