Tanjong Malim, 21 Sept - Mantan Exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sesi 2011/2012 , Herwana Herman menyatakan bahawa pilihan raya kampus (PRK) pada tahun 2011 tiada calon yang dibatalkan pencalonan disebabkan tidak mengisi ruangan manifesto pada borang.
Katanya menerusi Facebook 'Pilihan Raya Kampus tahun lalu ada 7 borang kosong tanpa manifesto semua (layak) bertanding, 4 berjaya menjadi MPP UPSI 2011/2012, 3 kecundang (dalam pemilihan).
Berbeza sada sesi pemilihan kali ini, 6 mahasiswa dinafikan pencalonan disebabkan tidak mengisi ruangan manifesto sedangkan perkara tersebut dikatakan tidak termasuk dalam syarat pemilihan.
Dalam hal berkaitan, tinjauan UPSIkini mendapati rata-rata mahasiswa menganggap bahawa tindakan menafikan pencalonan 6 mahasiswa atas sebab teknikal kecil tersebut sebagai cubaan pihak tertentu untuk mematikan demokrasi kampus.
No comments:
Post a Comment