Tanjung Malim, 22 Sept :
Mahasiswa Pendidik telah memulakan siri kempen yang pertama pada malam tadi. Selesai
proses penamanaan calon yang memakan masa sehingga 8.30 malam memperlihat enam percalon
daripada Mahasiswa Pendidik dibatalkan. Sehubungan dengan itu, masih lagi
tinggal empat calon yang masih lagi sah untuk bertanding pada Pilihan Raya
Kampus (PRK) kali ini, manakala seorang calon Mahasiswa Pendidik menang tanpa
bertanding.
Rapat umum bagi siri kempen PRK
kali ini bermula di kafe KUO (kampus baru), kelihatan barisan calon Mahasiswa Pendidik yang memberi ucapan pada malam tadi. Dalam ucapan dihadapan
kira-kira 70 orang pengokong MP, calon Mahasiswa Pendidik antaranya Shahrul
Hazri, Maghfur Ibrahim (calon umum) dan Muhammad Syafiq (calon FBK)
masing-masing memberi penerangan berkenaan dengan proses penamaan calon yang
penuh dengan penyelewengan dan tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Semetara itu, melihat kepada
pekembangan semasa laman sosial KSMP, dijangkan Mahasiswa Pendidik akan memulakan
siri menggantung poster berdekatan pintu timur. Pihak MP dimaklumkan oleh pihak
HEP poster akan dikeluarkan sekitar jam 10 bagi calon yang bertanding.
No comments:
Post a Comment