Tanjong Malim, 25 Sept.
– Proses membuang undi (e-voting)
bagi para mahasiswa UPSI bermula pada jam 9.00 pagi tadi. Naib Canselor, Prof.
Dato’ Dr. Zakaria Kasa telah membuka sistem online
di pusat pengundian Dewan Sri Tanjong bagi membolehkan pusat pengundian yang
lain turut beroperasi.
Mahasiswa boleh
menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di beberapa pusat pengundian yang
dibuka iaitu ;
1) Dewan Sri Tanjong
2) Bitarasiswa
3) Bangunan E-Learning
4) Dewan Kolej Za’ba
5) Dewan Kolej Ungko
Omar, dan
6) Foyer Blok 2 KHAR
Dalam pada itu, pihak
Upsikini dilaporkan bahawa pusat pengundian terutamya di Dewan Kolej Za’ba
mengalami banyak masalah termasuk sistem online
yang tergendala dan persiapan yang kurang sempurna.
Pihak Suruhanjaya dan
Sekretariat yang telah dilantik diharap dapat menangani permasalahan yang
berlaku ini bagi melicinkan proses pengundian yang sedang berlangsung.
No comments:
Post a Comment