Tanjong Malim, 21 Sept - Pilihanraya kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menyaksikan 6 mahasiswa dinafikan pencalonan bagi merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2012/2013.
Daripada 37 borang pencalonan yang diterima, terdapat 8 bantahan dibuat oleh beberapa kumpulan yang terlibat. Manakala 6 daripada bantahan tersebut telah diterima oleh Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI.
Menurut sumber yang diterima UPSIkini, bantahan diterima disebabkan kesilapan tidak mengisi borang pencalonan dengan lengkap. Namun, wujud dakwaan mahasiswa bahawa pembatalan pencalonan tersebut tidak munasabah dan dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk menafikan pencalonan.
Dalam hal berkaitan , kesemua bantahan tersebut dikatakan melibatkan calon dari kumpulan Mahasiswa Pendidik.
No comments:
Post a Comment