September 21, 2012

Mahasiswa Pendidik anjur Solat Hajat Perdana malam ini


Tanjong Malim, 21 Sept – Mahasiswa Pendidik akan menganjurkan solat hajat perdana sempena pilihanraya kampus yang bakal berlangsung dalam minggu ini.

Laman facebook rasminya mengeluarkan hebahan program tersebut yang akan dilakukan di Masjid Induk Kampus Sultan Azlan Shah yang akan bermula pada pukul 6.30 petang.

Seluruh mahasiswa yang beragama Islam dijemput untuk mengimarahkan lagi program tersebut supaya perjalanan pilihanraya kali ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan kesulitan.

Sebagai umat Islam, kita harus yakin dengan pertolongan Allah dan doa adalah senjata bagi orang mukmin. Sebarang ketentuan adalah milik Allah yang disandarkan dengan usaha dan tawakkal daripada kita sebagai khalifah di muka bumi ini
.
Oleh itu, kepada kumpulan Aspirasi juga dijemput untuk sama-sama turun bermunajat kepada Allah supaya setiap tindakan kita terbimbing dengan rahmat Allah dan tidak berlandaskan nafsu semata-mata.

Pihak Media Upsikini juga berdoa dan berharap supaya semuanya berada didalam keredhaan Allah.

1 comment:

Anonymous said...

sejak bila upsikini ni ingat ALLAH..Sebelum ni selamba je kutuk dan fitnah orang..dosa fitnah pasal pensyarah dan mantan pengetua yg kononnya berkhalwat pun belum termaaf lagi rasanya...kesian kena fitnah buta mcmtu je pensyarah tu..awat pejabat agama xbawa kes dia ke mahkamah woi..sebab masa tu depa dah kawen pun..upsikini fitnah dan serang pesnyarah tu pun krn dia leihat pro kpd UMNO..sembahyang hajat la mohon pensyarah tu maafkan dosa fitnah hangpa ni yg lebih besar dari membunuh..PASNI SAPO LAGI LA YG hngpa nk fitnah lagi ni..fitnah hangpa telah merebak kepda fitnah warga upsi lain kepada pensyarah tersebut..hangla la yg mulakan fitnah tu..besar dosa hangpa woi..tgu la depan neraka nnt..ALLAH tau siapa admin upsikini ni..tanggong la dosa besaq hangpa ni..