September 23, 2012

Mahasiswa Pendidik hantar memorandum bantahan esok


Tanjong Malim, 23 Sept. – Mahasiswa Pendidik dilaporkan akan menyerahkan memorandum kepada Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai bantahan terhadap keraguan yang berlaku dalam proses penamaan calon pada 21 Sept. lalu.

Mereka dilaporkan akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Sekretariat Pemilihan MPP yang bertanggungjawab menyelia sepanjang tempoh kempen berlangsung seperti termaktub di dalam peraturan kempen, Bahagian VI Perkara 25(1).

Memorandum tersebut diberi tempoh 12 jam oleh mereka supaya Naib Canselor, Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa menjawab tuntutan berkenaan sebelum tindakan selanjutnya dilakukan.

Terdapat empat tuntutan yang terkandung di dalam memorandom tersebut adalah seperti berikut;

  1. Bersihkan Pilihanraya Kampus UPSI.
  2. Membersihkan Kredibiliti Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2012.
  3. Menuntut Proses Penamaan Calon Diadakan Semula.
  4. Menolak Campurtangan Dalaman dalam Pilihanraya Kampus

Dalam pada itu, Koordinator Mahasiswa Pendidik, Shahrul Hazri ketika dihubungi telah mengesahkan bahawa mereka akan menghantar memorandum pagi esok sebagai reaksi kepada ketidakadilan yang berlaku dalam proses penamaan calon sebelum ini.

“Kami akan menghantar memorandum kepada Ybhg. Dato’ Naib Canselor dan kita menunggu respon 12 jam daripada beliau, katanya.”

“Saya berharap Naib Canselor dapat memberikan kerjasama yang baik kepada kami supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan cara baik, tambahnya lagi.”

Dalam hal berkaitan, mereka dijadualkan akan menyerahkan memorandum tersebut sekitar jam 9.30 pagi esok. 

3 comments:

Anonymous said...

dari awal sejak DDJ@Junaidi TNCHEP masuk ke UPSI, aku da agak dah apa akan jd pada PRK UPSI. haha juak UMNO jd TNCHEP n urus PRK, bole caye ke? hahaha

Anonymous said...

tak da guna ko bantah. sendiri punya bodo tak isi borang lengkap. cakap salah org...

Anonymous said...

tak de kerja, study lg baik. buang masa ja..mahasiswa tak layan la wei kes2 bodo macam ni..haha