Tanjong Malim, 23 Sept.
– Mahasiswa Pendidik dilaporkan akan menyerahkan memorandum kepada Naib
Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai bantahan terhadap
keraguan yang berlaku dalam proses penamaan calon pada 21 Sept. lalu.
Mereka dilaporkan akan
menyerahkan memorandum tersebut kepada Sekretariat Pemilihan MPP yang
bertanggungjawab menyelia sepanjang tempoh kempen berlangsung seperti termaktub
di dalam peraturan kempen, Bahagian VI Perkara 25(1).
Memorandum tersebut
diberi tempoh 12 jam oleh mereka supaya Naib Canselor, Ybhg. Prof. Dato’ Dr.
Zakaria Kasa menjawab tuntutan berkenaan sebelum tindakan selanjutnya
dilakukan.
Terdapat empat tuntutan
yang terkandung di dalam memorandom tersebut adalah seperti berikut;
- Bersihkan Pilihanraya Kampus
UPSI.
- Membersihkan Kredibiliti
Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2012.
- Menuntut Proses Penamaan Calon
Diadakan Semula.
- Menolak Campurtangan Dalaman
dalam Pilihanraya Kampus
Dalam pada itu, Koordinator Mahasiswa Pendidik, Shahrul Hazri ketika dihubungi telah mengesahkan bahawa mereka akan menghantar memorandum pagi esok sebagai reaksi kepada ketidakadilan yang berlaku dalam proses penamaan calon sebelum ini.
“Kami akan menghantar
memorandum kepada Ybhg. Dato’ Naib Canselor dan kita menunggu respon 12 jam
daripada beliau, katanya.”
“Saya berharap Naib
Canselor dapat memberikan kerjasama yang baik kepada kami supaya masalah ini
dapat diselesaikan dengan cara baik, tambahnya lagi.”
Dalam hal berkaitan, mereka dijadualkan akan menyerahkan memorandum tersebut sekitar jam 9.30 pagi
esok.
3 comments:
dari awal sejak DDJ@Junaidi TNCHEP masuk ke UPSI, aku da agak dah apa akan jd pada PRK UPSI. haha juak UMNO jd TNCHEP n urus PRK, bole caye ke? hahaha
tak da guna ko bantah. sendiri punya bodo tak isi borang lengkap. cakap salah org...
tak de kerja, study lg baik. buang masa ja..mahasiswa tak layan la wei kes2 bodo macam ni..haha
Post a Comment