September 21, 2012

Terkini di lokasi penamaan calon


Tanjong Malim, 21 Sept – Proses penamaan calon pilihanraya kampus UPSI berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan dan provokasi daripada kedua-dua kumpulan.

8.45 pagi : Kelihatan sekumpulan mahasiswa yang memakai tema baju kuning berkumpul di ruang bangunan     e-learning

8.50 pagi : Calon-calon MP yang ingin menghantar borang pencalonan kelihatan tiba dengan berpakaian kemas

9.00 pagi : mereka mula berarak menuju ke bangunan bitara siswa dimana tempat berlangsungnya proses penamaan calon. Kedengaran laungan keramat ‘Hidup Mahasiswa’ dan ‘Bangkit Mahasiswa’ daripada gerombolan yang berarak.

9.15 pagi : Calon menunggu kedatangan Dekan Fakulti untuk membuat pengesahan borang pencalonan setiap calon yang bakal bertanding.

Unit berita Upsikini masih lagi menunggu maklumat bilangan calon yang akan dihantar Mahasiswa Pendidik bertanding dalam PRK kali ini. Ikuti perkembangan terkini daripada kami.

10.12 pagi : Calon-calon masih berada di dalam dewan bitarasiswa menunggu proses penamaan calon. Para penyokong setia menunggu di luar dewan bagi memberi sokongan moral kepada calon mereka.

Proses penamaan calon dijangka akan ditutup pada pukul 11.00 pagi.


3.30 petang : TNCHEP Dato' Junaidi sedang mengumumkan calon-calon yang layak bertanding. 37 orang diumumkan senarai layak bertanding. Waktu bantahan dibuka.

4.00 petang : Banyak borang rayuan yang dihantar dan Jawatankuasa Rayuan & Bantahan sedang menilai bantahan-bantahan yang telah dihantar.

5.08 petang : Jawatankuasa mengumumkan menerima 8 bantahan. 6 daripadanya adalah disebabkan kesilapan tidak mengisi borang dengan lengkap. Kesemua bantahan tersebut adalah kepada calon Mahasiswa Pendidik.

5.15 petang : Proses rayuan dibuka sehingga jam 5.45 petang.

5.20 petang : Calon Aspirasi kelihatan ceria dengan berjaya membuat bantahan terhadap calon MP

6.00 petang : Calon MP yang menerima bantahan dipanggil mengadap jawatankuasa seorang silih berganti. Calon MP kelihatan tenang keluar daripada bilik jawatankuasa rayuan.

6.40 petang : Semua calon dan penyokong masih sabar menunggu keputusan rayuan dikeluarkan pihak jawatankuasa.

7.15 petang : Keputusan diumumkan dengan menolak kesemua rayuan daripada calon MP. Sekaligus tidak melayakkan 6 orang calon MP bersaing dalam pilihanraya kampus.

Keputusan jawatankuasa ini amat mengejutkan banyak pihak kerana terdapat unsur sabotaj kepada calon MP kerana kesilapan teknikal tersebut adalah tidak menjadi kemestian bagi setiap calon mengisi manifesto masing-masing.

No comments: