September 21, 2012

Zahar: 'Sejarah PRK paling buruk'


Tanjong Malim, 21 Sept - Mantan Koordinator Mahasiswa Pendidik yang juga merupakan Exco MPP sesi 2011/2012, Mohamad Zahar (gambar) mendakwa bahawa pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti  Pendidikan Sultan Idris(UPSI) pada kali ini adalah yang terburuk dan paling tidak demokratik

Katanya, sepanjang berada di UPSI, inilah sejarah politik kampus terburuk yang berlaku di UPSI apabila 6 calon ditolak kerana kesilapan teknikal yang terlalu remeh dan tiada dalam peraturan pencalonan.

Ujarnya, pembatalan pencalonan tersebut jelas mempunyai agenda tersembunyi dan mempunyai unsur manipulasi yang jelas untuk membatalkan pencalonan mahasiswa dari mencabar calon Pro-Aspirasi UPSI sekali gus memenangkan calon Pro-Aspirasi.

Sebelum ini, kesilapan teknikal yang lebih berat masih diberi peluang oleh Jawatankuasa Pemilihan kepada calon bertanding untuk meneruskan proses pemilihan bagi menghidupkan dan memeriahkan demokrasi kampus sekaligus melahirkan kepimpinan berkualiti.

Katanya, 'saya amat meragui kewibawaan Jawatankuasa Pemilihan pada kali ini atas keputusan membatalkan 6 calon Mahasiswa Pendidik atas sebab teknikal yang sangat kecil.'

Dalam hal berkaitan, 6 calon Mahasiswa Pendidik dinafikan pencalonan pada hari ini hanya kerana tidak mengisi ruangan maklumat manifesto di borang pencalonan.


No comments: