September 22, 2012

Mahasiswa Pendidik isytihar 'perang'


Tanjong Malim, 22 Sept – Mahasiswa Pendidik hari ini mengisytiharkan 'perang' menghadapi  Pilihan Raya Kampus (PRK) disebabkan wujud kezaliman melampau dalam proses penamaan calon semalam.

Koordinator MP, Shahrul Hazri
Koordinator Mahasiswa Pendidik (MP), Shahrul Hazri menyatakan pihaknya tidak rela dengan perbuatan tersebut dan akan berusaha untuk mendapatkan hak mereka.

“Saya berjanji akan lakukan usaha yang termampu agar nasib kami terbela dek kelicikan musuh yang menggunakan kuasa 'ghaib' dan  berdepan dengan kami, katanya."

Ketika ditanya apakah perancangan MP selepas ini, beliau menjawab ‘permainan baru sahaja bermula, dan kami telah bersedia.’

“Kita akan gunakan pentas pidato untuk menerangkan kepada mahasiswa agar mereka mengetahui perkara sebenar yang berlaku, ujarnya lagi.”

Dalam hal berkaitan, calon  Pro-Aspirasi dilaporkan turut menerima bantahan menipu maklumat diborang  pencalonan yang mempunyai jawatan yang sama, dalam program yang sama, tetapi orangnya berlainan.

Namun mereka tidak digugurkan pencalonan. Ini adalah penipuan yang ketara yang sepatutnya dibasmi oleh jawatankuasa pemilihan. Tetapi bantahan tersebut diketepikan begitu sahaja.

4 comments:

Anonymous said...

salam..saya ingin bertanya benarkah ada pndapat mngatakn jika mengundi pro-M kelangsungan posting akan trgnggu..

Anonymous said...

siapa Shahrul ni hahaha...muka cam hensem..:)

Anonymous said...

Mahasiswa Pendidik terdesak, tak da modal politik la tu..

Anonymous said...

effy harith org kuat aspirasi pun xposting2 sampai skrg. isu lapok la derr, sokong pro-m xdpt posting.