Tanjong Malim, 24 Sept.
– Calon Umum, saudari Husnil Khatimah Hussin berjanji akan berusaha sedaya
mungkin untuk berjuang meletakkan kebajikan mahasiswa sebagai perkara utama
apabila dipilih menjadi salah seorang penyandang kerusi kabinet MPP.
Dalam siri rapat umum
yang dilalui, beliau kelihatan begitu yakin menyampaikan manifestonya kepada
rakan mahasiswa lain yang akan membuang undi pada 25hb nanti.
“saya akan menjadi
medium pengantara di antara mahasiswa dengan pihak pentadbiran untuk
menyelesaikan masalah yang timbul kepada mahasiswa, katanya.”
Beliau merupakan
satu-satunya calon Pro-M perempuan yang layak bertanding kerana seorang lagi
calon Siti Nur Syuhada telah dibatalkan pencalonan semasa proses penamaan calon
baru-baru ini.
Pertembungan pentas
kempen antara Pro-M dan Pro Aspirasi meyaksikan gelombang kuning dan merah
bagaikan minyak dan air yang tidak boleh bersatu kerana dasar perjuangan yang
dibawa jauh berbeza.
Malam ini merupakan saat
akhir bagi semua calon memikat hati mahasiswa yang akan membuat pengundian pada
hari selasa (esok).
2 comments:
wow, comelnya ..hak hak,
izzit semua course yg ditawarkn di upsi tu open market?....wat is effects 4 tis open market courses to students...?
Post a Comment