January 10, 2012

Siri Keenam: Penyelewangan hak awam yang disembunyikan ?

Sedar tak wahai saudaraku warga UPSI. Berapa ramai kakitangan HEPA yang mengambil kesempatan di atas pembangunan tersebut untuk memperolehi keuntungan peribadi. Sedar tak wahai saudaraku, berapa ramai daripada kakitangan HEPA pada waktu itu yang membeli rumah daripada pemaju yang membangunkan kolej tersebut dengan harga yang lebih murah daripada orang lain.

Sedar tak berapa banyak tajaan-tajaan yang diberikan oleh syarikat berkaitan kepada beberapa individu tertentu sama ada dalam bentuk lawatan keluar negara atau sebagainya. Penulis yakin ramai yang tahu, tapi tidak berani membuat laporan, kerana individu tersebut begitu licik mengaturkan segala penyelewengan yang berlaku hinggakan ia tidak dapat dibuktikan. Tapi yakinlah wahai saudaraku, Allah itu maha melihat dan tunggulah waktunya nanti akan diseret di hadapan pengadilan, jika anda selamat di dunia jangan lupa anda akan dihitung di sana.

Penulis sengaja mengembalikan ingatan pembaca kepada era tersebut, kerana penulis yakin perkara yang sama akan berlaku. Sedar tak wahai saudaraku, tiga kolej baru sedang dibangunkan di Proton City. Pertukaran perjawatan yang berlaku di HEPA sekarang ini ada kaitan rapat dengan perancangan individu tertentu untuk mengaut keuntungan peribadi daripada pembangunan ketiga-ketiga kolej kediaman tersebut.

Untuk mendapat maklumat secara lebih lanjut, penulis menasihatkan semua pembaca menyiasat siapa penaja bengkel peningkatan profesionalisme pengetua dan felo yang diadakan baru-baru ini di Kota Bharu, munasabah atau tidak pihak HEPA menjemput Raja Muda Perlis untuk merasmikan bengkel (klik) itu.

Apa kaitan Raja Muda Perlis dengan UPSI, HEPA, Pengetua, Felo atau negeri Kelantan. Mungkinkah ada kaitan invidu tersebut dengan syarikat yang memperoleh tender bagi membekalkan perabot untuk ketiga-ketiga kolej tersebut? Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Penulis juga membangkitkan isu pertukaran ini kerana ia melibatkan penyalahgunaan kuasa pihak-pihak tertentu. Pertamanya penulis dikhabarkan bermula bulan Oktober 2011 Pusat Islam telah menerima dua orang pembantu tadbir, sedangkan dalam waran perjawatan yang diluluskan oleh universiti Pusat Islam hanya diluluskan seorang pembantu tadbir. (jika maklumat yang diberikan oleh pegawai Bahagian Sumber Manusia yang sampai kepada penulis ini benar. Jadi penulis mohon pembaca buat semakan di BSM).

Mungkin jawapan akan diberikan adalah untuk sementara waktu, dua atau tiga bulan sahaja. Mungkin persoalan yang boleh dibangkitkan kenapa pertukaran itu dilakukan serta-merta? Adakah pertukaran itu benar-benar diperlukan atau untuk melindungi operasi individu tertentu di unit lamanya agar tidak dilaporkan keluar. Mohon budi bicara pembaca untuk membuat siasatan lanjut…

Pertukaran ini juga dilihat melebihi bidang kuasa yang dibenarkan oleh pegawai atasan yang terlibat dalam pertukaran tersebut. Adalah diingatkan bahawa Pusat Sukan dan Pusat Islam bukan di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar tetapi di bawah TNC HEPA. Oleh itu pada pandangan penulis ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar tidak ada kuasa untuk menukarkan mana-mana kakitangan di bawah kedua-dua pusat itu. Apatah lagi pertukaran itu tidak diperlukan kecuali untuk melindungi operasi rahsia di Blok B.

Dengan ini, penulis dengan secara rasminya menjemput pihak pengurusan universiti untuk menyiasat isu ini. Wahai Ketua Unit Audit Dalam, jalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan, jangan takut dan jangan gentar sehingga terpaksa memilih bulu untuk disiasat.

Penulis juga secara rasmi menjemput pihak Suruhanjaya Pencegah Rahsuah Malaysia (SPRM) untuk berkunjung ke UPSI. Tumpukan siatan di Kolej Harun Aminurrashid yang dilaporkan menjadi pusat operasi penyelewengan itu. Pesan penulis, jangan lupa untuk siasat akaun rahsia yang diwujudkan untuk membiayai individu tertentu mengikuti program keluar negara.

Bersambung ke siri seterusnya..


*Ikuti siri pendedahan UPSIkini terhadap campur tangan 'orang politik' dalam perlantikan TNCHEPA yang akhirnya melahirkan kecelaruan dalam pentadbiran UPSI, Siri 1, Siri 2, Siri 3, Siri 4, Siri 5.

8 comments:

Anonymous said...

Penulis juga secara rasmi menjemput pihak Suruhanjaya Pencegah Rahsuah Malaysia (SPRM) untuk berkunjung ke UPSI.

Ini saya SETUJU! Yang lain macam mana?

Anonymous said...

setuju!

Anonymous said...

Kenapa jemput, bukan buat laporan?

Anonymous said...

mmg sgt setuju... sokong 100%

Anonymous said...

Betul ker ni admin.. jnagan dok suka2 buat cerita... dah lama aku keje kat hepa ni.. tak nampak pun apa yg korang cakapkan ni.. jangan sedap2 mulut ja..

Anonymous said...

ada bukti ke yop? gambar, dokumen rasmi? fitnah itu lebih teruk dari membunuh...

Anonymous said...

Firman Allah yang bemaksud :

" Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar." (Surah al-Nur, ayat 11)

- Tak takutkah anda dengan azab yang dijanjikan Allah di akhirat kelak jika ianya adalah satu fitnah untuk menganiayai orang lain?

- Apakah bukti yang menyokong kenyataan anda itu? Atau sekadar mendengar cakap-cakap orang lain?

Rumusan saya setelah mengikuti siri-siri sebelum ini, terdapat banyak pembohongan yang telah ditulis jika dibandingkan dengan kebenaran. Ia lebih kepada perasaan dendam dan sakit hati penulis yang sengaja ingin menjatuhkan nama baik HEPA tetapi menggunakan atas nama agama untuk kepentingan peribadi penulis sendiri. Tak baik begitu wahai si penulis..sudah cukupkah pahala anda untuk diberi kepada insan2 yang anda telah aniayai itu di akhirat kelak?@ tanggunglah dosa-dosa mereka nanti..

-sekadar teguran dan pandangan-

Anonymous said...

memetik:
"Tumpukan siatan di Kolej Harun Aminurrashid yang dilaporkan menjadi pusat operasi penyelewengan itu. Pesan penulis, jangan lupa untuk siasat akaun rahsia yang diwujudkan untuk membiayai individu tertentu mengikuti program keluar negara."
................................
..saudara penulis,
siapa yg sdr. maksudkan??.. apa TNC, Felo, Pengurus asrama atau Jmk khar???...
...................
cuma pandang: mungkin penulis tak pernah berprogram utk mendapatkan dana sesebuah organisasi...
klo hanya menulis artikel yg berunsur 50/50 baik sdr penulis siasat betul2..
... takut akhirat sdr penulis gundah resah akibat memburukan induvidu yg terbabit...