January 2, 2012

TNCHEPA ugut bar 'exam', dibuang kolej serta merta

Tanjong Malim, 2 Jan- Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI, Datuk Paduka Junaidi Abu Bakar (DDJ) mengugut seorang mahasiswi UPSI dari mengikuti peperiksaan akhir ekoran terlibat dengan gerakan menuntut kebebasan akademik, mansuhkan AUKU dan bebaskan Adam Adli tempoh hari.

Mangsa, Yuyu Luna (gambar) melaporkan kepada UPSIkini bahawa beliau diugut oleh TNCHEPA, katanya "Saya memang dah awal-awal lagi di ugut oleh TNCHEPA Datuk Paduka Dr Junaidi untuk di bar dari ambil 'exam'.."

Dalam pada itu, Yuyu Luna juga telah dibuang kolej berkuat kuasa malam ini atas arahan orang atas yang memusuhi beliau dan mahasiswa.

Menurutnya "tindakan so far, di halau dari kolej serta merta berkuat kuasa malam ini atas arahan "orang atas " yang berkepentingan atau pun "membalas dendam atas kederhakaan "

Walaubagaimana pun beliau dilihat masih bersemangat dan menganggap ia satu pencabulan yang di lakukan ke atas mahasiswa, katanya ini satu permulaan, revolusi pasti berlaku.

10 comments:

adam adli fan said...

wahai datuk junaidi,

sekarang datuk berkuasa dan bertindak kejam terhadap orang lain. di padang mahsyar nanti jawablah datuk depan tuhan.

Anonymous said...

dah jadi pandai..teringin pulak nak jadi bodoh.. Allah bagi peluang untuk menuntut ilmu dan mengembirakan hati mak pak..ini tak lupa tujuan asal.. hai blajar dulu.. nak hidup pun masih perlu dibantu.. keja tinggi-tinggi dulu pastu kau demonstrasi la abes-abes.. ni dah la perabih duit biasiswa/tajaan..ngabehkan duit mak pak..pastu nak jadi pahlawan.. biol betul..

Anonymous said...

ada ilmu sahaja tak cukup tuan. ilmu perlu digunakan utk kebenaran.

apa yg anda faham tentang keadaan negara kita sekarang?

seorang Prof di UIA tak boleh melontarkan idea atas dasar ilmu..

universiti dkuasai oleh orang politik UMNO...

negara tanggung hutang 450 bilion..

pemimpin songlap duit negara..

kalau kamu mahasiswa bodoh kamu hanya dungu lihat dan hangguk sahaja atas segala kebodohan yg berlaku dalam negara ini.

sekurang-kurangnya Yuyu Luna memahami kesakitan yg ada dalam negara ini dan berjuang.

bukan hanya memenuhi perut sendiri mcm kamu

Anonymous said...

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dah beri idea.. Kalau tak puas hati terhadap sebarang tindakan mana-mana pihak berkaitan dengan kebebasan suara mahasiswa.. sila buat laporan kepada SUHAKAM.. Mahasiswa bukan sekadar belajar untuk jadi pandai.. malah perlu sensitif terhadap persekitaran ... dan.. mahasiswa sudah matang untuk jadi pemilih dalam pilihan raya.. Lebih penting lagi, mahasiswa bukan budak sekolah!!! Kalau sekadar nak belajar.. kat mana-mana pun boleh.. Nak tahu peranan universiti sila rujuk di sini.. http://en.wikipedia.org/wiki/University

Anonymous said...

ni bukan berjuang. ni cari pasal tak kena tempat bhai...

Anonymous said...

Harap2 Yuyu Luna ada bukti sahih tentang perkara ini. Seharusnya Yuyu membuat laporan polis kerana diugut.
Jika kenyataan sebegini dibuat tanpa sebarang bukti.. Yuyu Luna boleh diambil tindakan undang2 kerana memfitnah Datuk Junaidi.

Hati2 yer... jgn sebab nak meraih simpati sampai terjerat diri sendiri.

Anonymous said...

Bagus padan muka. Macm ni nak didik anak aku. Mlm2 pun asyik lepak dgn jantan sibuk nak perjuangan hak.

fadhil baserah said...

sampai bila lah mahasiswa nk jadi seperti katak di bawah gelas..duk nampak dah kehidupan msyrakat isu negara byak celaru tapi hanya seorg yang tnpa rasa tngungjawab tuk bersuara terhadap kerajaan dan pembangkang.ak tk lihat ini suatu aspek bert seblh pihak.kerjaan wat salah,mahasiswa tegur.klo pembgkang wat teruk,mahsiswa tegur..bru nampak cm kita nie berada ditgh2..masyarkt baru akn nampak kita nie sebgai mahasiswa yg bertanggung jawab untuk memperbetulkan segla aspek isu2 masyarkat malaysia/.nie klo pas tgur kerjaan.suma kta fitnah suma.kerjaan tegur pembgkang,kata fitnah..klo mahasiswa tgur..namapka keberkesanan di situ..:-)

Anonymous said...

yuyu cntk...^^ sukaaa...

Anonymous said...

kalau tak suka itu dan ini mengenai AUKU...mengapa masa hari orentasi pie tandatangan perjanjian AUKU kalau sendiri tak iktiraf? By the way sebelum masuk uni tau ke pasal AUKU ni....sigh

Kalau gatal sangat nk berpolitik...belajar degree tu bagi habis dulu...pastu nk berpolitk sampai mati pun boleh...

sebagai seorang bekas pelajar upsi...saya tak pernah rasa diri ini ditindas, dinafikan hak untuk mengunakan kemudahan yang ada. menyertai persatuan dan kelab yang disediakan.

universiti adalah tempat untuk menimba ilmu yg bermanafaat untuk mengalas tanggungjawab sebagai seorang guru (dalam konteks upsi)....dalam masa yang sama universiti memjadi platform kepada mahasiswa untuk membina kualiti sebagai seorang pemimpin...
sekiranya pandai mengambil peluang dan ruang...pasti kemanisan berada di universiti tidak akan dilupakan....