January 9, 2012

Zahar pengecut - Zahuri

Tanjong Malim, 9 Jan – Pengetua Kolej Za’ba, Mohd Zahuri Khairani menuduh saudara Zahar sebagai seorang pemimpin pengecut kerana beliau tidak sertai demontrasi 01012012 di hadapan UPSI baru-baru ini.

Kenyataan tersebut dikatakan dikeluarkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) bersama pengetua semalam.

Beliau sebaliknya berbangga dengan Adam dan Yuyu Luna kerana berani tampil dan bercakap dalam himpunan tersebut.

Beliau dikatakan bengang dengan sikap Mohd Zahar yang hipokrit kerana cakap tidak seperti bikin.

Saudara Zahar, pemimpin Mahasiswa Pendidik (MP) dikhabarkan hilang pada malam kejadian menyebabkan peserta himpunan tidak ramai. Para penyokongnya juga tidak kelihatan kerana mendapat arahan supaya tidak turun.

Sehubungan itu, salah seorang pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah membuat teguran terbuka terhadap sikap Mahasiswa Pendidik kerana tidak memberi sokongan kepada mereka.

Dalam pada itu, Zahar telahpun mengeluarkan pendiriannya berkaitan isu tersebut sebelum ini yang menyatakan bahawa beliau tidak menyokong cara himpunan tesebut dibuat menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk tidak turut serta.

3 comments:

Anonymous said...

konfirm komen aku,admin xkan publish sbb aku akan sebut nama zahar...lepas nie aku nak tgk ckit pe Zahar akan komen nape dia xjoin???sbb phimpunan tue xbtamadunke???atau sbb nak jage periuk nasi utk "posting". Ape la agaknye alasan yg diberi..mst salahkn SMM or geng2 Adam Adli...papepun lu memang "langsi"

Anonymous said...

Memang pengecutpun..cakap je lebih. Apapun tak de sumbangan kepada kebajikan pelajar upsi. Cakappun gagap2..menyampah aku.

Anonymous said...

posting? Last year, kata akan dapat posting bulan nie. Skrg dah 11 hb jan, habuk pun tarak. Nak jadi baik baru dapat posting? Kerajaan nie, hendak bagi seribu daya, tak hendak bagi seribu dalih. Tak guna kita cuba menjadi "alim" dan "baik" semata-mata untuk dapat posting. Menyampah lihat ada pelajar upsi yang tampal sepanduk warna yang besar dengan terpampangnya Saya SAYANG PM, dan sentiasa berada kat belakang (?? Liwat ke?) PM. Kalau tulis saya sayang Malaysia, saya 1001% sokong!! Hidup Malaysia.