January 16, 2012

Guru interim mengajar tak ikut opsyen

Tanjong Malim, 16 Jan - Pengambilan guru interim oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak sepenuhnya mengikut opsyen pengkhususan graduan pendidikan, sebaliknya mengikut kekosongan guru yang ada.

Menurut sumber, setakat ini beberapa negeri seperti Johor, Sabah, Selangor, Kedah dan beberapa negeri lain telah memulakan proses pengambilan guru interim (guru sementara). Namun, tidak semua mereka akan mengajar mengikut pengkhususan yang diambil semasa pengajian.

Menurut beberapa graduan, wujud keadaan dimana graduan pendidikan ekonomi dan bukan bersekolah aliran agama diberi tugasan untuk mengajar Pendidikan Islam sewaktu melaporkan diri.

Selain itu, sebahagian yang lain terpaksa mengajar subjek Bahasa Inggeris, MUET walau pun hanya mendapat Band 2 dalam MUET semasa pengajian di universiti. Manakala, sebahagian yang lain terpaksa mengajar subjek Sivik , Kemahiran Hidup dan beberapa subjek lain yang bukan pengkhususan mereka.

Mereka menyifatkan, keadaan tersebut tidak sepatutnya berlaku, seorang guru yang tak mahir dalam bidang yang tak pernah dipelajari di universiti terpaksa mengajar subjek tersebut. Bagaimanakah mereka hendak mengajar? Ini juga menyebabkan penganaian kepada guru tersebut.

Hal ini akan merugikan murid-murid disamping kualiti pendidikan yang diterima tidak berjaya memenuhi kehendak yang sepatutnya.

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sewajarnya memikirkan insiatif segera dengan mempercepatkan penempatan graduan pendidikan mengikut opsyen masing-masing agar masa depan pendidikan pelajar disekolah tidak diperjudikan dengan mengambil guru yang bukan mengikut opsyen mereka.

13 comments:

Anonymous said...

guru intrim kat sekolah saya smk labis ajar ikut opsyen, harap maklum

Ahlan Was-Sahlan said...

Saya bersimpati dgn keadaan mereka. Tetapi itu lah realiti pendidikan d sekolah skrg. Guru terpaksa mengisi kekosang yg ada dahulu. Soal opsyen akan cuba d susun semula kemudian. Anda patut bersyukur kerana d beri peluang menjadi guru interim. Kalo d beri subjek yg bukan opsyen, terima shj. Jgn bnyk soal. Guru perlu serba boleh. Mcm saya, kat upsi blaja bio. Sampai sek. ajar english. Pd thn pertama ajar english, bkn sy paham sgt teknik ajar subjek bhs. Blum masuk lg bhg fonotik, struktur bhs, sastera english dll. Sy blajar dr zero melalui bantuan guru senior. Skrg ni sudah masuk thn ketiga sy mengajar english dan thn ni sy d beri tanggungjwb ajar english pmr. Apa pun, cuba buat sehabis baik. Xfhm kena bnyk tanya. Beli bnyk buku rujukan dan ulangkaji semula. Gunakan pengalaman ini sehabis baik supaya jika hal yg sama berlaku d sek. lain, anda x terkejut sgt dgn budaya kerja sprt ini.

Anonymous said...

inila msa kita utk belajar benda bru...sbg seorg guru kita harus bersedia utk menjdi seorg guru yg versatile.. guna kn pengetahuan yg ada...bhs inggeris tu knn dh amik dri drjh satu ditmbah lgi dgn kursus inngeris kt University..dulu belum dpt posting bisig2..skrg dh dpt posting ckp kena aniayai..sbr k? guru interim tu tiga bulan jer...dlm tiga buln tu sma2 la kita belajar...nk tau..? aku pun bakal guru interim..aku dulu pnh jd guru ganti pernh ajar math dlm bi, moral, Bm, ...aku dri upsi gak..opsyen ku music...bru2 ni dpt guru gnti ajar sivik sejarah n ICT dlm bi...aku tk pernh ajar ict ..pertu..??>?> dri music ke ICT??? tp belajar la...benda2 tu tklah susah klu luangkn ms untuk bljr somemre kita ni graduan universiti yg kita nk ajar tu sek menengah..teruk sgt ke?..jgn rigidkn otak....klu gunakn msa yg ada tu untuk mengeluh ...meratapi nasib y not gunna msa yg da tu blajar n wt revision n persediaan sblum msuk kels untk ajar benda yg kita kta susah tu..???bersabar la dulu utk tiga buln...sahut cabaran tu.....aku dh tiga minggu dh jd guru ganti...sronok pla bljr benda bru...minggu ni tunggu penemptn guru interim pla....pengetua sekolah tu tk nk lepaskn sy siap kol jpn minta sy post kt situ..buat kn diri anda berharga supaya pemergian anda tidak direlakan...bukti kn pd msia UPSI melahirkn pendidik yg bukan calang2 org.... jgn mudah megeluh..kerja guru bukan mudah n bukan setakat pd gaji,,,letih tengok bakal2 guru asyik mengeluh...cuba wat diri kita berharga...mcm na??? dgn attitude dn sikap kita tu...

Permata_UPSI

Anonymous said...

Guru sandaran tidak terlatih boleh buat...ni kn pula guru sandaran terlatih..tiada apa yg musyahil..yakin boleh

pian said...

Inilah kebodohan upsikini & ahli2nya..ini mcm pun nak komplen..bila kita kata upsikini bodoh..marah..tapi nilah bodoh upsikini punya moderator...belum posting..tak tau nak citer..tadah jer citer org..bangang...

Anonymous said...

alor setar paling teruk keadaan , apa perlantikan dan interview pun tidak ada#$%@#$%

Siti Shamsiah Binti Sani said...

memang kita lebih yakin kalau mengajar subjek opsyen kita...tapi kalau diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek lain...jangan mudah melenting sebaliknya anggaplah ianya satu cabaran. dalam masa yang sama dapat belajar benda yang baru...:) selamat mendidik guru2 keluaran upsi

Anonymous said...

aduhai berlagak giler bebudak upsi time masuk sekolah wei... terutama budak intterim..... bangang nak mampus..... mmg patut kene kutuk pun...

EzaaN FauZaN said...

ini bukan masalah menganiaya...
pada pandangan saya..kalau tak diberi opsyen guru terbabit..inis atu pembaziraN..kalau nak dikatakan GSTT pon boleh ajar macam2..baik tak payah wujudkan UPSI atau ISMP pendidikan. better ambik je terus budak lepasan SPM bg masa tiga bulan.pas tue terus ngajaR... ni bukan masalah tak yakin atau tidak..tapi ilmu yang major tue labih dikuasai..bukan hanya memudahkan guru..ia juga akan merugikan murid..guru ajar bukan opsyen bermaksud pengetahuan chegu terhadap sesuaru pebelajaran tue terbatas.daripada kita buang masa.baik kita letak seseorang tue ikut kepakaran dia...
inilah masalh sisteM. patutnya benda semacam ini dilakukan dengan teliti.. bukan hentam keromo..kita mempertaruhkan nasib anak bangsa kita...jgn main2...

Anonymous said...

Ape ade hal mengaja bulan opsyen..rezeki masing2 la..berkhidmat biar ikhlas demi agama,bangsa dan negara.

Anonymous said...

salam,saya nak tanya,pengambilan guru interim nih utk guru sandaran terlatih sahaja ke?gstt xbleh ke?

Anonymous said...

wei geli wei guru enterime... entah apa2... xreti wat kerja... nih ker yg dikatakan kerja 4 tahun... cam bodo jer

Anonymous said...

kalau nak berkira sangat ngaja bukan opsyen kenape nak sangat jadi cikgu??? sekarang ni guru interim ni diambil untuk mengisi kekosongan yang ade kan??? terutamanya sekolah menengah yang banyak kekosongan dan sekolah-sekolah daerah pedalaman yang kekurangan guru....setahu saya masa program LPBS mula-mula sekali diperkenalkan pada tahun 2003 tak ada pun isu guru sementara yang diserap mengadu atau protes diorang kena ngaja subjek bukan opsyen tanpa kerelaan...walaupun subjek yang diajar lari dari opsyen yang asal...ni apehal ntah guru-guru baru sekarang asyik nak komplen inilah..itulah..apelah...padahal suruh buat kerja pentadbiran sikit suka nak merungut-rungut...tahulah ada ijazah....yang cikgu lama-lama yang setakat ada sijil perguruan pun masih lagi aktif buat macam-macam kat sekolah...ok macam mana guru-guru baru ni nak perform kat sekolah kalau baru diarah sikit tanpa kerelaan tahu nak merungut saja...ini memang banyak berlaku kat sekolah...tapi tak semua guru baru macam tu....lagi satu sebagai contoh kalau guru kpli cuma ada opsyen kemahiran hidup dan mengajar di sekolah rendah....tapi dia diarah untuk mengajar matematik...ok lah tu sebab kemahiran hidup cuma subjek elektif...padehal matematik adalah subjek teras...kalau kekurangan guru untuk mengajar matematik di sekolah...guru tu patut ambil peluang untuk mengajar subjek matematik tu...betul tak???tak payah nak berkira-kira sangat lah...