January 15, 2012

Bukti akan didedahkan jika perlu – Zahar

Tanjong Malim, 15 Jan – Segala bukti akan dikeluarkan jika perlu. Begitulah respon ringkas Koordinator Mahasiswa Pendidik (MP), Mohd Zahar Mohamed Nor berkaitan isu dua orang pelajar yang dibuang kolej.

“saya akan berikan bukti jika masih ada lagi suara sumbang yang menyokong tindakan khianat tersebut. Saya mempunyai rekod percakapan penuh beliau (Mohd Zahuri Khairani) semasa mengeluarkan arahan pembuangan tersebut, katanya.”

“Arahan tersebut memang jelas mereka dibuang hanya kerana terlibat dalam lakonan video pendek, ujarnya.”

“Jangan cabar kita kerana jika saya dedahkan perkara tersebut nescaya masih banyak lagi isu akan timbul. Oleh itu harapan kita agar beliau lebih berhati-hati dalam setiap tindakan selepas ini, tambahnya lagi.”

Dalam perkembangan lain, Pengetua kolej berkenaan (Mohd Zahuri Khairani) masih membisu kerana malu dengan tindakan tidak bermaruah tersebut. Isu ini sudah mendapat liputan meluas oleh media dan rata-rata mengutuk tindakan tersebut yang menzalimi hak mahasiswa.

1 comment:

Anonymous said...

Every action, there is an equal reaction. Api lawannya air, bukan api juga. Org tua kenalah bertindak cara org tua, berhikmah.