January 13, 2012

Siri Khas 2: Hantu Pak Indon serang bangunan canselori ?

Kekalutan melanda pihak pengurusan tertinggi universiti pada ketika ini. Penulis ada terdengar dari jauh, ada khabar daripada Bangunan Canselori yang bertiup kencang ada hantu Pak Indon serang bangunan canselori?

Penulis amat bersimpati kepada individu terbabit yang terpaksa buat kerja di bilik orang lain lantaran ganguan 'Hantu Pak Indon' di bilik sendiri. Penulis lagi kesian kepada orang lain yang tak ada kena mengena juga disampuk 'Hantu Pak Indon'. Entah lah, penulis tak tahu nak kata apa, kerana penulis bukan tok bomoh hantu.

Dengan kekalutan yang berlaku sebenarnya memudahkan kerja-kerja DD… untuk mencapai matlamat peribadinya. Yang terbaru penulis terdengar perkhabaran pihak universiti telah meluluskan permohonan DD… untuk ke Indonesia dengan peruntukan kewangan universiti walaupun pemergiannya bukan atas urusan universiti tetapi urusan POLITIK (perancangan menjadi calon parlimen).

Jika perkhabaran ini benar, jangan tunggu sampai DD… gunakan duit zakat untuk bayaran guaman melawan Adam Adli untuk bertindak. Bertindaklah sekarang jangan takut sangat dengan Hantu Pak Indon. Cuma penulis nak ingatkan, jangan sampai DD… bawa pulang kroni Hantu Pak Indon ke UPSI.

Untuk makluman pembaca, penulis akan merehatkan penerbitan siri sebelum ini bagi memberi peluang kepada mahasiswa UPSI berehat. Nantikan kemunculan siri-siri yang lebih hangat bermula akhir bulan Februari nanti. Penulis juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada individu yang tidak bersalah tetapi terheret dengan penulisan ini.

Sekali lagi penulis tegaskan, Siri ini adalah untuk mendedahkan salah laku DD… dan juak-juakya agar pihak berkaitan mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum kehancuran yang lebih serius malanda UPSI. dan kepada mereka yang pernah melakukan kesilapan penulis doakan semoga pintu taubat sentiasa terbuka untunya.


Tamat.


4 comments:

Anonymous said...

cayalah mr azman..

Anonymous said...

pendedahan berani...

Zahar said...

Terima kasih Sofian atas maklumat anda

Anonymous said...

Tak perlu lah nak menghukum orang dengan JIKA2 saje, buat fitnah, timbulkn kemarahan orang...tak pasal tambah dosa ke neraka...kita sesama islam nasihat menasihati... Awak ni agama ape yee??