January 5, 2012

Pendirian MP berhubung demonstrasi UPSI

Tanjong Malim, 5 Jan – Mahasiswa Pendidik (MP) hari ini mengeluarkan pendirian rasmi mereka terhadap kejadian 01.01.2012 yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.

Pimpinan Mahasiswa Pendidik (MP), Mohd Zahar Mohamed Nor ketika dihubungi berkata mereka menyokong kesemua tuntutan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) yang meminta tiga perkara ;

1) Mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara memohon maaf secara terbuka kepada semua mahasiswa yang menjadi mangsa kekejaman pihak polis.

2) Mendesak agar surahanjaya siasatan khas ditubuhkan bagi meneliti semua keganasan yang dilakukan oleh pihak polis.

3) Mendesak agar Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara meletak jawatan dengan segera atas kegagalan mengawal dan mengambil tindakan terhadap kekejaman pihak polis.

“Kita juga akan turut serta untuk menyerahkan laporan himpunan kepada SUHAKAM dan kita harap siasatan dapat dijalankan oleh badan bebas ini agar keadilan mahasiswa terbela," katanya.

“Pihak Polis sepatutnya tidak menggunakan kekerasan semasa menyuraikan himpunan tersebut kerana mereka berdepan dengan sekumpulan mahasiswa, bukannya penjenayah terancang, saya percaya bahawa polis kita cekap dan masih punyai cara lain bagi mengelak masalah tersebut berlaku," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Zahar menolak cara himpunan yang dibuat sebelum ini yang disifatkannya sebagai keterlaluan.

“Cuma saya agak terkilan dengan cara yang dibawa oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang datang ke UPSI dengan melakukan cara sedemikian. Saya tegaskan disini bahawa mahasiswa UPSI sebagai bakal pendidik belum lagi dapat menerima pendekatan tersebut sebagai cara untuk kita menuntut, tegasnya.”

“Saya mewakili suara MP menyokong penuh perjuangan membawa kebebasan akademik tetapi bukan dengan cara sedemikian," tegasnya dengan nada yang tinggi.

“Fokus kita adalah untuk memberi kefahaman menyeluruh kepada mahasiswa UPSI khususnya tentang ‘academic freedom’ supaya mereka jelas tentang perkara yang kita perjuangkan dan selepas itu baru mereka boleh menyokong," katanya lagi.

“Kita akan bergerak untuk jayakan misi tersebut dan kita yakin mahasiswa kita boleh menerima dan dapat memahami" tambahnya lagi.

14 comments:

Anonymous said...

Dpd rakaman video yg ditengok, ada unsur2 luar (pembangkang)yang lebih2, student upsi tak buat benda2 macam tu.. kesannya nama baik upsi juga yg terjejas.

Anonymous said...

saya sokong cara MP yang sangat menitik beratkan etika dan adab..kita bakal menjadi pendidik bangsa..pendekatan seperti memanjat pagar pukul 2, 3 pagi bukanlah etika yang dipejuangkan MP..I'Allah saya menyokong penuh cara profesional MP dalam tindakannya.." mATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA"

salman said...

Saya tegaskan disini bahawa mahasiswa UPSI sebagai bakal pendidik belum lagi dapat menerima pendekatan tersebut sebagai cara untuk kita menuntut, tegasnya.”

BELUM DAPAT TERIMA KER???
ADA NIAT NAK TERIMA LA TU...BODOH PUNYA MPP UPSI...

gamaan85 said...

Apakah selari motto "Rebel with Attitude" bila kita memanggil orang lain sebagai anjing? Bila menentang dianggap pejuang, bila mengikut dianggap anjing?

Adab berbicara tidak mencaci,
Adab meminta merendah diri,
Adab menghukum adil teliti,
Adab menurut berhati-hati.

MHafM said...

Politik luar? Macam mana pulak dengan demo UMNO depan kampus, cuba check gambar, ada budak UPSI join.. Umno bukan politik luar? Dan saya tak faham di mana ada unsur2 luar?

Anonymous said...

Perjuangan demo yg dilakukan oleh Mahasiswa jelas didokong oleh politik luar. Menjadi persoalan siapakah ketua2 mereka yg demo tu? Mahasiswa ke? Mcmana kami student upsi nak sokong. Panjat pagar mcm berok aje.Sungguh memalukan. Memalukan nama ibu kandung suluh budiman je. Alumni upsi pun satu hal, keluarlah sedikit kenyataan.

Anonymous said...

salman..ko lagi BODOH BAHALUL..kaji balik sejarah..kalau dah terpaksa, bukan setakat gegar panjat pagar jee, korbankan nyawa pun jadi wajib untuk jatuhkan sistem yang ZALIM..tapi sekarang masih BUKAN MASANYA!!!

sedap cakap orang bodoh, tapi sendiri pun bodoh berganda2...

Anonymous said...

Ehhh terkejut saye dengan statement Zahar hehehehe...adakah kamu takut dengan perjuangan LMP. sebab dorg bran dari MP...sudahlah, carlah su yang laen, xyahlah nak kate bukan2 ck Zahar oii...koraNG kate nak bjuang2 same2, alih2 LMP yang kene..Bonggooookkk pastue nak cover peruk nas sndri...TALAM DUA MUKA LA BRADER ZAHAR n the geng hahahahaha..LMP BESTTTTT

MOHD YATIM HARON (D20102046106) said...

Belajar dulu jgn terburu-buru nafsu,perselisihan dan demont.. saudara syaitannnnn.

Anonymous said...

zalim apanya, belajar pas tu terus keje...ko pegi la cari kerajaan yg bg mcm tu...bla baru nk kenal agama tba2 sabotaj balik...mpp n admin pun sama x penah selama ni sy tgk bg berita yg adil semua protes je dgn upsi, kalo x puas hati x yah la bljr berenti je bljr or keje..buktikan yg korang berani berenti sekarang jngn setakat melalak...majoriti kami nk keamanan di upsi bkn kebodohan segelintir pempimpin yang inginkan publisiti murahan hinggakan nasib pelajar upsi terabai..apa yg korang dh buat dengan upsi..buktikan300x...smpai sekarang habuk pun x de, bla tidak bersyukur dengan apa yg kita ada kita akan ditimpa balasan itu hukum karma...kalo nk islam bumi malaysia bukannya dengan tonjolkan keganasan seperti asia barat (smpai skrg dorg x aman)..kita perlukan kedamaian otak..kalo nk sgt berpolitik tggu pilihanraya korang pangkah je la mna2 pun..mustahil kerajaan leh menang dengan undi hantu kalo berjuta2 mengundi pembangkang..sekarang ni jangan la tunjuk bodoh sangat..plz la...jngn burukkan upsi lagi..

Anonymous said...

bercakap ttg sistem yg zalim...korg yg menzalimi diri sendiri..xsedar ke?...belajar pun tak habis lagi,sibuk nak berpolitik..kalau politik profesional takpela..ni politik jalanan..berdemo dan jadi keldai pembangkang..LOSER!..berjasa dulula kat mak bapak.

Anonymous said...

BUDAK SEKOLAH..BAIK KORANG SKOLAH KASI HABIS DULU..
UMNO KE..PKR KE..
BAIK KORAANG KASI HABIS LA BELAJOR TU.......FAHAM KE TAK BUDAK2

Anonymous said...

weeiii admin upsikini...hahahaa..komen aku yg ade kaitan Zahar trus korg xpublish...pengecut punyer admin.xpayahle nak bmuke2..korg nak imej MP je baik, yg sekaki ngan korg (LMP)..apsal korg xjage.yg glamer LMP gak kan...aku rase LMP agy bagus dr korg (MP)...cam siyal..lau bab bcakap, perghhh mcm YB yg amat matang pikiran, tp habuk pon xda..baekke???ouucchh konfem korg kate kat aku.."ngko nie Tuhanke" nak adili org yg baik or buruk..hehehe..papepun tq la ye..sbb xpublish komen aku ttg zahar..yg pnting admin nie yg bace..pastue xpublish...ptuuiihhh ehhh tludah lak hahaha

Anonymous said...

ada pihak ckp..demo mlm tahun baru..demo aman..itu ka definisi aman yg korg bawa ye??haha..selagi adam tk dikeluarkn, upsi dan t.malim xkan aman..dorg nak upsi,vc,tnc di bawah kawalan dorg agakny..haha cadangan sy..bg adam jd vc..yuyu jd tnc..hihihi..siapa setuju???jom demo naikkn adam jd vc..hihihi..