January 14, 2012

GPMS UPSI: 'Hidup pengetua, buang semua '

Tanjong Malim, 14 Jan- Wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Mohammad Farhan (gambar) , dalam satu komennya hari ini dikatakan menyokong tindakan pengetua membuang dua mahasiswa Kolej Za'ba berhubung isu filem pendek 'Kau Nie' tempoh hari.

Dalam satu komennya di Facebook, Mohamad Farhan mengatakan " hidup hidup, pengetua, buang-buang, buang semua!..duduk luar sudah, lagi senang Mahasiswa Pendidik (MP) nak bergerak bebas kan? kahkahkahkahkah."

Katanya, Mahasiswa Pendidik hanya menjaga 'orang dia', mereka bukan pemimpin tetapi perlu lebih dipimpin lagi.

"Meh aku jawabkan, mereka jaga orang dia je la, mereka bukan pemimpin tapi perlu lebih dipimpin lagi, kahkahkahkah! Nasihat aku kat MP, nak jadi pemimpin, perjuangkanlah semua, tak kira org MP ke bukan " ujarnya ketika memberi komen yang menyebut masih ramai mahasiswa lain dibuang kolej tapi tak diperjuangkan mereka.

Untuk rekod, pengetua Kolej Za'ba dilaporkan telah membuang dua mahasiswanya kerana satu filem pendek bertajuk 'Kau Nie' yang menjelaskan tentang isu semasa dan AUKU.

2 comments:

♥ HeRWaNa HeRMan ♥ said...

kot2 dia terasa hati sbb dibuang kolej tapi xda org bela..tu yg melalut dlm FB

Anonymous said...

korang kalau berani lambung DS akan ku tusuk dengan keris. dia pejuang melayu tau