January 1, 2012

Demo UPSI: Junaidi ucap terima kasih kepada polis FRU

Tanjong Malim, 1 Jan- Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI, Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar (DDJ) mengucapkan perhargaan terima kasih kepada pihak polis kerana dikatakan berjaya mengawal demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik, mansuh AUKU dan pengguguran kes Adam Adli malam tadi.


Beliau menyatakan bahawa "satu titik hitam berlaku di UPSI pagi ini - demontrasi daripada mahasiswa-mahasiswa luar terhadap UPSI yang dibawa oleh Adam Adli dan kawan-kawannya.

“Alhamdulillah keadaan telah terkawal dan 14 orang pelajar ditahan polis. Pihak Pengurusan UPSI amat menghargai dan berterima kasih kepada pihak Keselamatan (Polis, pengawal keselamatan UPSI dan Suksis)"katanya.

Dalam peristiwa lewat malam tadi, pihak keselamatan FRU dikatakan bertindak kasar mencederakan dua mahasiswa disamping beberapa orang tercedera dan dikejarkan ke Hospital Slim River.


Dalam pada itu, lebih 17 mahasiswa termasuk Adam Adli dan Yuyu Luna dilaporkan masih ditahan dilokap Balai Polis Tanjung Malim untuk siasatan.

Dalam hal berkaitan, UPSIkini telah menghubungi Naib Canselor UPSI, Prof Dr. Zakaria Kasa, namun setakat ini beliau masih belum memberi apa-apa respon berhubung kejadiantersebut

11 comments:

TOKGURU86 said...

Gua pernah belajar di IPTA suatu ketika dahulu. Ketika itu mungkin ramai siswa yang reti bersyukur dengan nikmat yang ada. Maka sebab itu di tempat gua tidak pernah berlaku sikap kurang ajar siswa dan siswi. Kami tidak pernah di ganggu PDRM sebab kami tidak pernah buat kacau. Gua punya kawan skrg byk yg terlibat dalam politik walaupun pada zaman belajar hanya tumpu kepada akademik. Jika perkara yg dilakukan seperti Adam Adli and the gang, percayalah.. Hasrat negara untuk melahirkan golongan pencipta tidak tercapai. Sebaliknya hanya dapat melahirkan golongan pengguna sahaja di Malaysia. Jika benar Adam Adli orang yang ingin tuntut kebebasan mutlak, sila berikan hujah atau dalil nakli mahupun akli dalam Islam ttg kebebasan mutlak. Sedangkan Islam punyai peraturan dalam kehidupan kita. Gua harap, siswa yg berfikiran rasional lebih utamakan akademik berbanding demo jalanan yg tidak ada kesudahan. Konspirasi yang hebat di UPSI semalam tidak ada tujuan lain melainkan untuk memperlihatkan kepada umum bahawa PDRM kejam. Walhal, siswa yang bodoh huru harakan keadaan. PDRM hanya jalankan tugas dalam memastikan sesebuah kawasan aman tanpa ganguan. Semuanya berlaku adalah disebabkan Anwar Ibrahim yg merupakan pelopor kpd demo haram jalanan.

www.tokguru86.blogspot.com

Anonymous said...

study lagi bagus ... dpd lepak2 camni

adam adli fan said...

tokguru86,

beberapa bulan lepas beribu-ribu pelajar universiti britain berdemo akibat kenaikan yuran pengajian. orang putih tak kecoh pun. kalau itu contoh negara kafir, tahun lepas golongan mahasiswa dari mesir dan tunisia berarak menentang kekejaman. hipotesis anda bahawa budaya demo hanya akan lahirkan masyarakat pengguna dan bukan golongan pencipta sebenarnya tidak tepat. tahun 1968, demonstrasi pelajar di serata dunia berlaku. pelajar jerman dan jepun juga berdemo. kini, dua negara ini menjadi peneraju budaya r&d. saudara adam dan rakan-rakannya tidak menuntut kebebasan mutlak. mereka cuma mahu ruang kebebasan bersuara yang lebih besar sedikit. pada zaman khulafa rasyidin dan kerajaan bani umayyah sekalipun berlaku demonstrasi. khulafa ini tak pernah tak sekat. malahan saidina umar sendiri membenarkan kepalanya dipenggal sekiranya melakukan kesalahan. memang benar pencapaian akademik itu sangat penting. tapi cuba berfikir bak orang putih berkata "think outside the box". jangan hanya jadi ulat buku yang hanya berkata ya sahaja. tunku abdul rahman tidak mempunyai pencapaian yang cemerlang. beliau seorang pemimpin besar. adakah tun dr. mahathir yang memperkenalkan auku itu sendiri cemerlang akademiknya semasa di UM dulu? cubalah tanya Tun. sebenarnya mereka yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading adalah golongan yang pandai berfikir. mereka ditapis untuk masuk ke universiti. wajarkah kita gelar mereka sebagai mahasiswa bodoh. memanglah tugas polis untuk mengawal keadaan, tetapi sop tertentu perlu dipatuhi agar demonstrasi dapat berjalan dengan lancar. bukannya menibai ataupun menyumbat pelajar ke dalam lokap. akhir sekali, pelajar upsi yang berdemo, kenapa nak salahkan anwar ibrahim?

Anonymous said...

golongan bdk upsi pbangkang ni xtau bsyukur..suka ikt perasaan lbh nk tunjuk pandai nk tunjuk hebat..khebatan ana pada akedemik dh abis stdy nk politik sampai mati pn xpe...ni auku nk mansuh la 2 nak ni nak..yg myalak kuat sgt pasai auku pljr yg suka mgkritik xtentu pasal..ingt la darah daging anda pn ada duit kerajaan ni xtau malu..bodoh mcm adam adli

Anonymous said...

Tun Mahathir dulu pun gerakkan gerakan massa utk jatuhkan Tunku. Kalau tak silap sehingga pernah berceramah di pentas pas. Anwar pulak masa jadi menteri takde ambil inisiatif utk pinda AUKU. Hakikatnya org politik juga untung dlm apa jua isu. Cuma saya setuju bahawa FRU bertindak melampau kali ini. Hanya 70 pelajar universiti, takkan sampai kena pukul? Dengar cite sampai 8 org FRU belasah siswa yg koma tu. Perlu ke?

Anonymous said...

tokguru86..x perlu mem'bodoh'kan org lain kalau anda seorang yang bijak. rasulullah tidak suka orang yang mencaci org lain apatah lagi menggelarkan seseorang dengan sesuatu yang mereka tidak suka...wallahualam..

Putra Selatan said...

Kalau dah kemaruk sangat nak berpolitik habiskan pengajian tu...dah habis belajar dan dah ada kerjaya, nak berpolitik 48jam sehari...dan sampai matipun takpe...tiada siapa yang melarang....sekadar beremosi tanpa matlamat yang jelas dan rasional...hanyalah menelanjangkan kelemahan dan kebodohan diri sendiri....

Putra Selatan said...

Tutup saja UPSI, biar KPM ambil alih dan jadikan UPSI kampus IPG....Kalau macam inilah bakal2 guru yang akan dilahirkan oleh UPSI...alamat telingkuplah institusi sekolah2 kerajaan...rosak anak2 kita seawal 6-7tahun diadu domba dengan dontrin2 politik sempit.

adam adli fan said...

Anon January 1, 2012 7:49 PM,
Awak sembang kedai kopilah. Kenapa ahli akademik hebat macam Prof.Aziz Bari pun tak setuju dengan AUKU? Cuba baca Deklarasi Hak Asasi Manusia yang ada 30 fasal dengan perlembagaan Malaysia yang ada 183 perkara. Masalahnya AUKU bertentangan dengan perlembagaan. Apa-apa undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan perlu terbatal secara automatik. Dalam darah daging mereka ada duit kerajaan? Awak dah lupakah lepas tamat pengajian awak kena bayar balik duit ptptipu. Kalau awak ada rezeki belajar di Jerman, sudah tentu awak tak perlu bayar sebarang yuran pengajian. Cuma anak-anak Malaysia sahaja yang perlu berhutang lepas tamat pengajian IPTA.

Anonymous said...

Pelajar UPSI kah yg berdemo..dua tiga orang jer yg aku tengok..hahaha. Pelajar Universiti lain yang ramai. adakah dua tiga orang ini dilantik oleh pelajar-pelajar UPSI untuk mewakili mereka? Atau mereka yang perasan. Mana hilangnya beribu-ribu penyokong LMP. Kemain meriah membakar semangat menyokong perjuangan kononnya la.. atau sebenarnya yg ramai2 tu cuma seronok2 jer.. maklumlah mende free.. at their own free time.. kalau nak ikut berdemo tu 1000000 mrk pikir..

Anonymous said...

salam...

singgah sini nak tanya, pelajar yg koma tu dah mati ka belum? kalau mati elok sikit, kurang sorang pencacai negara. koma konon...

adam adli fan...

ko ni jadi peminat budah bodoh tu...apasal?