December 31, 2011

Wakil UMNO: Tak sama tokoh SITC dengan p'juangan mahasiswa biadab

Tanjong Malim,31 Dis - Ketua Bahagian UMNO Tanjong Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib semalam menyatakan bahawa perjuangan tokoh nasionalisme Melayu di SITC tak sama dengan perjuangan biadab seorang mahasiswa UPSI.

Memberi respon terhadap satu artikel kolumnis UPSIkini bertajuk 'Bebaskan Malim Sarjana, SITC saksi gerakan mahasiswa bermula', beliau mengatakan artikel tersebut mengelirukan pemikiran mahasiswa.

Katanya "InsyaAllah, saya akan memantau artikel-artikel yang cuba mengelirukan pemikiran mahasiswa seumpama ini."

" Mana mungkin nak dibandingkan pengorbanan tokoh nasionalisme Melayu di SITC yang berjuang membebaskan tanah air daripada penjajahan Inggeris, dengan perjuangan biadab seorang pelajar UPSI terhadap pemimpin negara.."

"Merelakan dirinya dijadikan alat untuk membela nasib seorang ahli politik yang semakin lemas dengan masalah peribadinya?, ujarnya ketika memberi komen kepada artikel tersebut.

Untuk rekod, Datuk Mohd Khusairi merupakan tokoh UMNO Tanjong Malim yang menggerakkan 'demo' serta menghantar memorandum kepada Naib Canselor UPSI tempoh hari. Beliau menuntut agar Adam Adli dikenakan tindakan.

20 comments:

Najib Razak said...

Wahai wakil UMNO...Apa beza penjajahan British dengan penjajahan Najib Razak?

Apa beza cara British kaut kekayaan negara kita dengan cara Najib Razak dan kuncu-kuncunya kaut kekayaan negara?

Lihatlah cara orang-orang Najib Razak seleweng wang rakyat persis penjajah British mengaut kekayaan bijih timah negara kita..

lihatlah kerakusan Sharizat dan Jamil Khir merakus duit NFC dan duit zakat persis penjajah british menjarah telaga minyak kita..

Apa beza cara penjajah kaut kekayaan negara kita dengan cara Najib Razak Al-perompaki merompak duit royalti rakyat Kelantan..

Tolol sungguh kenyataan Ketua Bahagian UMNO...

Nak beridelist dengan mahasiswa tapi jauh tersasar.. Berambus orang tua... Tempatmu tak setanding dengan mahasiswa... Layak hanya menjadi penjilat UMNO dulu kini dan selamanya..

x_upsi_student said...

Hosni Mubarak, Ben Ali, Kim Jong Ill dll pun pernah jadi pemimpin negara. Kalau tak ada siapa berani lawan pemimpin kejam macam mereka, sampai bila-bila rakyat tertindas.Datuk Mohd. Khusairi kalau hebat sangat cuba cabar Adam Adli masuk bertanding dalam pilihanraya lawan Datuk. Ada bran?

Anonymous said...

janganlah guna nama mahasiswa. saya mahasiswa UPSI jg, tapi tak sokong perjuangan politik sempit kamu Adam Adli..Good job tuan Khusairi Talib

Anonymous said...

Kipas, jilat, kipas, jilat, ampu, bodek, ya tuan, semua dh d uruskan oleh org2 kita tuan. Tuan jgn risau, insyallah kita boleh menang tuan.
mmg rakyat pecaya kt tuan....sokong membawa rebah

Anonymous said...

kerana telur sebiji riuh sekampung

Anonymous said...

saya mohon sekiranya nak berdemontrasi atau mengeluarkan sebarang komen...sila gunakan ayat yang berpadanan dengan taraf kita, mahasiswa pendidikan....kita seharusnya sedar, bhawa institusi kita kini ditahap bagaimana..jadi saya mohon jgn gunakan ayat2/perkataan yg nyata menonjolkan sikap anda...gunakan ayat berlapik/tersirat bukankah lebih sopan dan bagus? jgalah maruah anda, rkn2 anda dan juga sesiapa yg bergelar 'mahasiswa'

Anonymous said...

Nak jadi cikgu ke atau barua politik?
Peti undi kan ada, plilihan ditangan anda, sibuk-sibuk jer, kalau bangsa lain tu dah 80% remaja dia mendaftar untuk mengundi, jgn ghairah nak tukar kerajaan melalui demo-demo.....

Anonymous said...

rupernya ader udang di sebalik mee..

x-upsi said...

Selama pascamerdeka, warga SITC seolah didiamkan atau terdiam (?). Mungkin selama itu seperti sang naga, diam untuk kini bangkit, sejajar dengan pemikiran dan idealisme sepatutnya seorang pendidik, yang akan mencorakkan pemikiran anak-anak muda bangsa. Seorang pendidik harus peka-sedar tentang nilai-nilai kekejaman, penindasan, ketidakadilan, kemanusiaan. Syabas mahasiswa UPSI yang berani untuk bersuara dan bertindak. Tapi pastikan pengisian di bidang akademik juga tidak terabai.

Anonymous said...

demontrasi tak beradab mcm tu xde dalam Islam. Ikut cara kafir tu xde keredhaan

Anonymous said...

budak upsi semua. buat lah demo banyak2..nanti semua payah nk posting. hahahahaha....
ex-upsi . dah kje poon.... haha

Anonymous said...

adam adli ... jom study ..exam dah dekat.. dpd kumpulan sotong kurita

adam adli fan said...

anon January 1, 2012 9:34 AM
teluskah sistem pilihanraya kita? kenapa setiap kali pilihanraya, ada pengundi mati hidup balik? kenapa dalam sebuah pondok kecil boleh boleh duduk (berdaftar) berpuluh-puluh orang pengundi? siap ada nama melayu, india dan cina lagi. logikkah?

anon January 1, 2012 12:22 PM,
zaman khulafa rasyidin sendiri pun orang islam sudah berdemo. selepas saidina uthman affan dibunuh, penyokong saidina uthman menuntut pembunuh diserahkan kepada mereka.

anon January 1, 2012 12:31 PM,
tak dapat posting? jangan risau. umno takkan biarkan pembangkang buat isu menjelang pilihanraya. kalau buat juga, memanglah umno menjerut leher sendiri.

Anonymous said...

cuba lihat apa yang pelajar upsi perjuangkan. orang politik, diam aje-lah. teruskan dengan memakan rasuah wang rakyat sementara masa masih ada dan bersedialah untuk membakar semua dokumen sebelum kerajaan sekarang menjadi pembangkang nanti.

Anonymous said...

cukupcukupla tu wahai cikgu.. banyak perjuangan di sekolah yang ssedang menunggu.. bersatula..

Kekuatan Mentari said...

Salam Adam Adli, Mahasiswa & Mahasiswi,

Pertamanya, saya bersedih dengan kejadian di UPSI. Tapi saya ingin bertanya kepada yang semua, adakah anda telah senaraikan idea-idea bernas untuk diketengahkan? Bukan hanya menyenaraikan perkara untuk dimansuhkan?

Adakah AUKU menyekat anda menjadi manusia yang berguna?

Adakah AUKU menyekat anda dari mendirikan solat? atau pergi ke masjid?

Adakah AUKU menyekat anda dari mengundi?

Apakah senarai kezaliman yang dicanang yang disebabkan oleh AUKU?

Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.

Kepada "Najib Razak",

Adakah anda anak negeri Kelantan jika berbicara berkenaan Royalti Minyak?

Adakah anda terlibat dengan politik secara langsung? dan mengumpulkan bukti2 secara terus? atau anda hanya merujuk kepada blog2?

Kepada Pengerusi BEBAS dan penyokong,

Apakah sumbangan anda dalam akademik?

Sejauh manakah kejayaan anda dalam membangunkan anak2 bangsa? Terutama dikampung anda sendiri? (selain berdemonstrasi)

Sudahkah anda membalas kesusahan kedua ibubapa anda membesarkan anda dari kecil?

Sudahkah anda menjalankan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara?

Sudahkah anda menyempurnakan Rukun Islam & Rukun Iman dengan jayanya?

Panjang lagi senarai untuk ditulis, tapi adakah anda semua akan membaca dan mengkaji persoalan ini?

Wsalam.
Bekas Mahasiswa

adam adli fan said...

Salam Kekuatan Mentari,

Dengan pemansuhan AUKU sahaja, para akademik dapat mencambahkan idea-idea bernas tanpa perlu rasa takut. Tanyalah Prof. Aziz Bari, Terence Gomez, Cheah Boon Keng atau KS Jomo. Berkenaan soal menjadi manusia berguna, bergunakah gelaran seseorang profesor yang perlu terikat dengan AUKU dalam menyuarakan pandangan konstruktifnya yang kadang-kadangnya perlu mengkritik dasar-dasar kerajaan? Adakah AUKU halang umat Islam daripada masuk masjid bersolat? Masih ingatkah lagi ketika Himpunan Bersih dijalankan, masjid dijadikan kawasan larangan masuk apatah lagi untuk bersolat. Memanglah AUKU tidak menghalang mahasiswa mengundi, tetapi kalau berlaku penipuan dan ketidakadilan dalam pilihanraya seperti isu pengundi hantu, akta draconian seperti ISA dan AUKU biasa digunakan untuk menghalalkan tindakan kerajaan. Antara contoh kekejaman AUKU ialah seorang ahli demonstrasi yang koma dipukul polis di Tanjung Malim dan ketidakadilan dalam dunia akademik seperti pensyarah disekat daripada mengkritik kerajaan walhal pensyarah pembodek kerajaan diberikan kenaikan pangkat. Berkenaan isu minyak pula, kerajaan persekutuan tidak memberi royalti kepada Kelantan atas alasan telaga minyak melebihi 3 batu nautika. Kalau macam itu, tiada satu negeri di Malaysia pun yang layak menerima royalti persekutuan. Undang-undang piawai antarabangsa menetapkan bahawa wilayah yang berada dalam lingkungan 12 batu nautika daripada telaga minyak layak menerima royalti. Nampak sangat kerajaan persekutuan pimpinan UMNO Baru suka menipu orang yang malas membaca. Apa sumbangan mahasiswa dalam akademik? Sumbangan macam mana yang awak hendak? Adakah dengan membenarkan pensyarah mengambil idea tugasan untuk dijadikan bahan penulisan itu sumbangan? Adakah menjadi pembantu penyelidik dikira sebagai sumbangan? Atau adakah dengan memastikan ahli akademik bebas menyuarakan pandangan mereka setelah ketiadaan AUKU itu juga sumbangan? Pendek kata, sebenarnya dengan memansuhkan AUKU sahaja akan dapat memberi sumbangan kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara. Mahasiswa anak-anak Malaysia terpaksa berhutang PTPTpu selepas tamat pengajian walaupun sekiranya mereka berkesempatan untuk melanjutkan pelajaran ke Jerman tidak perlu membayar yuran pengajian. Itu belum termasuk hutang perumahan dan kereta kerana dasar kerajaan yang tidak adil. Cuba bayangkan jika wang yang digunakan untuk membayar hutang ini digunakan untuk pembangunan ummah bukankah lagi bagus? Keadilan sentiasa ditekankan dalam Islam. Sekiranya berlaku penyelewengan dalam pentadbiran, adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat untuk melawannya bukannya mendiamkan diri.

Juga bekas mahasiswa.

Kekuatan Mentari said...

1. Cuba bentangkan idea2 yg dikatakan bernas untuk dikomen dan dicabar. Pernah kah ia dibentangkan secara berhemah?

2. Perhimpunan Bersih tu bukan nya bersih. Hanya menjadikan Masjid yg suci sebagai alasan utk tidak di tangkap semata2. Masjid ditutup untuk menjaga kesuciannya. Jgn nak menghalalkan apa yg Bersih tu buat. Byk video dh terbukti pembangkang semuanya penipu & joker. Sendiri jatuh motor, kata Polis yg langgar. Dia yg kejar Polis, kata sebaliknya.tak kan tak bole terima kot?

3. Berkenaan budak koma kena pukul tu, sila tunjuk bukti rakaman video sb aku pun nak tengok. Buat masa ni semua video yg ada menunjukkan mahasiswa yg berlagak samseng jalanan malahan Adam Adli sendiri hanya pandai berteriak tapi pengecut.

4. Royalti Minyak. Ko rakyat negeri Kelantan ke? Ko tau ke cerita sebenar yg terjadi kt sana? Kerajaan negeri yg tak bagi tanah untuk dibangunkan mcm PAKA sedangkan penduduk di kawasan terlibat ingin berunding. Jadi nak bela rakyat negeri Kelantan ke Kerajaan Negeri? Cuba tanya mana2 rakyat negeri Kelantan, kenapa dari dulu sampai sekarang tak boleh bekerja dinegeri sendiri selain peluang yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan (penjawat awam). Bantuan kerajaan Pusat kepada Kelantan antara yang tertinggi jika dibandingkan negeri2 lain. Kemanakah duit2 tu? Selenggaraan kemudahan awam pun minimum, pelan pembangunan takde, pelan tindakan untuk mendapatkan pelabur2 asing pun takde...tolong lah jgn bercerita ttg yg ko tak tau sgt.

5. Cuba ko tengok contoh negeri2 pembangkang lain spt Kedah, Penang & Selangor. Apakah pembaharuan yg dibuat selain dari apa yg telah dijalankan oleh kerajaan sblm? Hak kaum Melayu sendiri pun dinafikan. Tanah2 Wakaf dirampas sesuka hati.

6. Bebanan hutang rumah dan kereta disebabkan oleh org2 yg bekerja tapi tak mampu tp berlagak. Cuba berbelanja secara berhemah. Mana2 rakyat yg nyata kurang mampu telah & sentiasa mendapat bantuan Kerajaan. Belum tau ke? Yuran sekolah pun dah dimansuhkan. Pernah berbicara dengan ibubapa yg kurang mampu semasa menghantar anak ke sekolah? Berapa ramai yg membayar zakat pendapatan?

7. Sehingga ke hari ini, tiada objektif ketara yang diperjuangkan terutama pemansuhan AUKU. Zaman aku belajar dulu ada je AUKU tp alhamdulillah aku bangga dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan negara aku. Yang penting adalah niat kita kena betul, perjalanan kita kena betul. jgn mudah dipergunakan oleh politik pembangkang yg hanya pandai komplen perkara2 tajuk tp takde pun pelan tindakan secara mendalam. Pada aku, AUKU elok untuk mengelakkan bdk2 hingusan daripada dihasut dengan benda2 bodoh sehinggakan tiada penggunaan akal fikiran utk menilai baik atau buruk sesuatu isu yg dibangkitkan.

Tolong lah perbetulakn diri sendiri dulu yer...jgn hanya pandai mengkritik.

Lastly, jangan hanya nampak kuman diseberang lautan, gajah depan mata tak nampak. Aku bukan sokong mana2 politician yg buat salah tp jgn ingat pembangkang tak buat salah yg sama. Dah dibuktikan pemimpin PKR ada akaun luar negara. di Israel pulak tu. Tak boleh terima ke?Terang2an pemimpin Israel memuji kutu PKR tu, tak kan sokong juga? Dah tentu Kerajaan Pusat daru dulu sampai sekarang tidak mengiktiraf Israel.

Kita menolak kemungkaran, tapi apakah diri kita sendiri bersih daripada nya? Ramai mahasiswa yg terlanjur tp adakah itu salah kerajaan? Kita sesama bangsa & beragama Islam perlu lebih peka terhadap suasana sekeliling bukan berdemonstrasi tapi mencegah yang tak elok.

Wsalam.

adam adli fan said...

Mentari Kita,

1. Bolehkah kita beri ruang bersuara yang lebih luas kepada ahli akademik seperti Prof. Aziz Bari untuk mengupas apa sahaja isu di negara ini tanpa perlu dikenakan tindakan tatatertib?

2. Perhimpunan yang menuntut keadilan dalam pilihanraya tak bersih? Habis tu, takkanlah pengundi yang dah meninggal boleh hidup balik untuk membuang undi itu bersih? Macam mana pula dengan lebih 50 orang yang berdaftar dengan alamat sebuah pondok kecil yang sama? Bagaimanakah pula dengan pengakuan askar sendiri yang mengatakan undi pos dimanipulasikan UMNO Baru? Warga Malaysia yang mahu mengundi tetapi berada di luar negara pula tidak boleh mendaftar sebagai undi pos. Macam mana pula tu? Masjid ditutup buat apa? Orang nak bersolatlah. Bukan nak bom masjid, buat maksiat atau minum arak dalam masjid. Macamlah polis tak boleh tangkap orang salah dalam masjid.

3. Mula-mula kata Anwar tumbuk diri sendiri. Lepas tu Teoh Beng Hock jerut leher sendiri. Sekarang ni, Safwan Anang cederakan diri sendiri. Tapi si polis yang bernama Fazli sendiri mengaku polis ada memukul mahasiswa tempoh hari. Mahasiswa samseng? Habis zaman Dato Onn Jaafar memimpin demonstrasi menentang Malayan Union, takkan demonya senyap je kot?

4. Isunya berkenaan kelayakan Kelantan mendapat royalti minyak. Apasal merapu bab lain pula? Saya anak Kelantankah? Hujah apa ni? Sepatutnya tanya UMNO Baru kenapa pemberian royalti minyak dihentikan lepas PAS membentuk kerajaan di sana pada tahun 1999? Kenapa kerajaan persekutuan menggunakan syarat jarak 3 batu nautika kalau undang-undang di negara lain 12 batu nautika daripada telaga minyak? Kalau ikut syarat yang ditetapkan kerajaan persekutuan sendiri pun, sepatutnya tiada negeri di Malaysia yang layak menerima royalti tersebut. Dan kalau betul Kelantan seperti yang digambarkan oleh awak, macam mana pengundi Kelantan boleh terus memberi mandat kepada PAS untuk berkuasa hampir 22 tahun ya? Itupun pilihanraya tidak adil sentiasa berlaku di Kelantan. Itupun Tok Guru Nik Aziz tak perlu mengugut pengundi untuk mengundi PAS.

5. Negari mana yang mengambil inisiatif dahulu untuk memberi air percuma sambil diikuti negeri-negeri lain? Negeri mana yang memperkenalkan hari tanpa beg plastik juga diikuti negeri-negeri lain. Kenapa Ketua Audit negara tak ada pun melaporkan sebarang salahlaku di negeri-negeri Pakatan, malahan memuji negeri-negeri ini atas kecekapan menguruskan ekonomi mereka? Transparency International melaporkan indeks persepsi rasuah Malaysia merudum tetapi memuji usaha Pulau Pinang dalam pembanterasan rasuah. Apa sudah jadi dengan Khir Toyo dan Shahrizat?

adam adli fan said...

6. Agak-agaknya berapakah harga terendah sebuah rumah yang layak dibeli golongan kelas menengah? Kenapakah ada rumah yang berharga sehingga 15 tahun gaji tahunan sedangkan piawaian antarabangsa menetapkan 5 tahun gaji tahunan. Patutlah kena bayar ansuran rumah sampai 30 tahun? Agak-agaknya pula, adakah sistem pengangkutan awam di seluruh negara baik? Perlukah orang Malaysia membeli kereta walaupun tahu bahawa harga kereta menjadi dua kali lebih mahal sebab dasar perlindungan automatif? Itupun harga kereta nasional masih mahal. Nak buat macam mana? Nak buat kereta sendiri pun tak pandai lagi. Cuma tahu rebranding sahaja kereta Jepun. Yuran sekolah dihapuskan? Yakah? Jangan cakap macam tu. Nanti kecil hati Pak Lah. Tahun 2008 mantan PM itu sudah mengumumkan pemansuhan yuran sekolah ketika Belanjawan 2009. Tapi ibu bapa masih perlu bayar yuran-yuran lain. Memang betul Datuk Najib dah suruh pihak sekolah jangan kutip sebarang yuran yang telah dimansuhkan. Kenapa yuran MUET dinaikkan daripada RM 60 kepada RM 100? Itupun setahun tiga kali ujian tersebut dijalankan. Kerajaan BN beri RM 500 kepada rakyat susah. Tetapi sedarkah bahawa kerajaan sudah bentangkan belanjawan defisit selama 14 tahun? Apa maksud ini semua? Maknanya Malaysia banyak buat pinjaman luar menyebabkan kita terpaksa berhutang. Hutang Malaysia telah pun mencecah lebih RM 400 bilion. Datuk Idris Jala sendiri telah membayangkan kemungkinan Malaysia akan muflis. Kerajaan pinjam, rakyat bayar. Baguslah tu.

6. Baguslah kalau awak rasa telah banyak menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. AUKU memberi kebebasan mahasiswa bersuara. Bukannya menjadi tukang angguk sahaja. Kenapa Prof. Aziz Bari diambil tindakan oleh pihak pengurusan UIA? Takkan nak berdiam sahaja kot kalau pensyarah sendiri diperlakuan sedemikian rupa?

Pemimpin pakatan ada simpanan di bank Israel? Rupa-rupanya blogger UMNO Baru menipu. Lepas dikantolkan oleh Tun Mahathir sendiri, blogger substandard ni cuma copy paste maklumat fitnah mereka dengan menukarkan nama dan jawatan daripada ahli keluarga Tun Mahathir dengan maklumat Nurul Izzah.