December 11, 2011

Siri Keempat: Operasi pembersihan Islam di UPSI bermula untuk pusingan kedua


Siri ketiga yang lepas, penulis mengutarakan keraguan masyarakat Tanjong Malim dan Ketua Adat Melayu tentang kelayakan DD.., untuk menerajui HEPA. Keraguan ini mula muncul apabila DD… begitu asyik berhibur tanpa mempedulikan baik buruknya kepada UPSI.

Dalam siri keempat ini penulis akan mengulas isu “pembersihan” di UPSI. Kerana DD…dengan bangganya menyebut bahawa dia dihantar ke UPSI adalah untuk membersihkan UPSI. Cuma persoalannya ialah layakkah “Dato’ Dandut” membersihkan UPSI. Persolan yang kedua ialah apa yang sebenarnya hendak dibersihkan oleh DD..?

Sebagaimana misi lantikan TNC HEPA yang kedua pada era 2005 - 2007, misi lantikan DD… juga adalah untuk membersihkan UPSI. Apakah sebenarnya yang ingin dibersihkan oleh DD…? Menjawab persoalan tersebut, penulis mempunyai ulasan di bawah. Walau bagaimanapun, yakinlah wahai warga UPSI yang dikasihi, apa yang ingin dibersihkan oleh DD… adalah ISLAM. Beliau hanya menggunakan isu politik untuk membersihkan ISLAM. Penulis mempunyai beberapa hujah berikut:

1. DD… telah mengarahkan Kuliah Insaniah yang diadakan sekian lama dalam kalangan kakitangan HEPA dihentikan serta-merta. Soalan penulis kepada pembaca. Pernahkah pembaca mendengar bahawa penceramah kuliah tersebut berpolitik dalam kuliahnya? Saya yakin jawapannya TIDAK. Penceramah hanyalah menyampaikan ilmu Islam untuk membina watak baik dalam kalangan kakitangan HEPA. Jadi apabila DD… mengarahkan kuliah ini dihentikan, bermakna DD… mahu penyebaran Islam dihentikan. Sekali lagi ditegaskan bahawa apa yang ingin dibersihkan oleh DD… adalah ISLAM.

2. DD… dengan bongkaknya telah mengarahkan Program Penggerak Ad-Din ditangguhkan. Walau pun akhirnya terpaksa membatalkan arahan tersebut kerana kebangkitan pelajar. Layakkah program yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan Eksekutif dan dilaksanakan melalui amanat yang diberikan oleh Naib Canselor melalui Mesyuarat Penyuburan Islam ditangguhkan oleh seorang individu bernama DD…?

Saya yakin tanpa sokongan daripada mahasiswa dan kakitangan UPSI, program ini akhirnya akan dimatikan oleh DD… dan juak-juaknya. Kerana itulah antara resolusi bengkel pengetua dan felo baru-baru ini antaranya ialah untuk mematikan Program Penggerak Ad-Din secara terancang. Iaitu dengan cara melambat-lambatkan pelaksanaan program ini, menyusahkan pelajar untuk melaksanakannya dan menyalahkan pelajar andainya program ini gagal. Kalau pembaca tidak yakin dengan apa yang diutarakan oleh penulis. Penulis mohon agar bertanyakan kepada mana-mana felo jujur yang menghadiri bengkel tersebut. Takut-takut penulis tersilap mendengarnya.

Persolan kedua, penulis ingin utarakan pernahkah pembaca terdengar bahawa penceramah daripada program itu adalah datangnya daripada mana-mana parti politik? Saya yakin jawapannya adalah TIDAK. Yang ingin dibersihkan oleh DD… adalah ISLAM bukannya politik. Isu-isu politik hanya dijadikan alasan untuk membersihkan ISLAM

3. Sebagaimana langkah yang diambil oleh TNC HEPA yang kedua di era 2005- 2007, DD… mengambil langkah pertama yang sama iaitu mengarahkan felo dan pengetua memantau aktiviti surau-surau universiti. Soalan penulis kepada pembaca semua, pernahkan pembaca terdengar nama-nama tokoh politik yang pernah dibawa berceramah di surau UPSI sebelum ini? Penulis yakin bahawa jawapannya juga TIDAK.

Jadi apabila DD… mengarahkan pemantauan dilakukan oleh pengetua dan felo, apa yang ingin dipantau adalah penyebaran ISLAM. Untuk memastikan penyebaran Islam tidak berlaku, maka program surau dikurangkan seboleh mungkin. Lihatlah apa yang berlaku di Surau KUO dan KHAR. Aktivitinya jauh berkurang daripada biasa. Kecuali surau Al-Falah di Proton City, itu pun kerana pengetua tiada kuasa untuk menamatkan program yang ada.

4. Apa yang lebih memedihkan hati sebahagian daripada felo-felo yang menghadiri bengkel di Kota Bharu baru-baru ini ialah kebiadapan DD… yang secara jelas menyebut bahawa beliau dengan sengaja menangguhkan pelaksanaan program Islam di UPSI bagi memastikan pelajar baru tidak menerima Islam. Katanya “freshie” mempunyai sifat mudah terima. Oleh itu program Islam akan ditangguhkan pelaksanaannya termasuk tidak akan ada apa-apa program Islam dalam program minggu suaikenal untuk pelajar baru.

Wahai saudaraku warga UPSI, sedarlah apa yang sedang dilakukan oleh DD… dan juak-juaknya untuk membersihkan ISLAM di UPSI. Andainya anda masih lena, jawaplah di hadapan ALLAH nanti. Untuk memastikan maklumat ini sampai kepada semua warga UPSI, penulis dengan ini MENGIZINKAN semua pembaca yang prihatin untuk meyebarkan kepada semua warga UPSI dengan menggunakan apa-apa saluran maklumat yang ada. jangan jadi orang yang tidak berbuat apa-apa untuk menghalang operasi PEMBERSIHAN ISLAM tajaan DD… dan juak-juaknya terus dilaksanakan di UPSI. Jangan lupa untuk sampaikan penulisan ini kepada pengundi-pengundi di Kuala Krai agar DD… lebih mudah dikorbankan di sana nanti.

Andainya penulisan ini sampai kepada Y. B. Menteri Pengajian Tinggi. Penulis secara jujurnya menghormati Y. B. Dato’ Seri sebagai peneraju utama institusi pengajian tinggi di Malaysia kerana penulis yakin Y. B. Menteri mempunyai misi dan matlamat yang jelas dalam aspek pembangunan pelajar di universiti bagi mendepani era globalisasi. Cuma Y. B. Dato Seri mungkin tersalah pilih orang yang sesuai bagi meneruskan misi dan visi Y.B. Menteri. Mungkin juga Y. B. sendiri tidak pernah merestui lantikan DD… sebagai TNC HEPA di UPSI.

Andainya artikel ini sampai kepada pengetahuan Y. A. B. Menteri Pelajaran Merangkap Timbalan Perdana Menteri (TPM). Bukanlah niat penulis untuk melawan kepimpinan Y.A.B Tan Sri. Cuma kami sebagai pelajar dan kakitangan UPSI menuntut hak kami untuk diberikan seorang pemimpin yang layak memimpin dalam hal pembanguan sahsiah pelajar. Andainya Islam yang sedikit ini, yang masih kekal dalam jiwa anak muda sebagai warga pendidik ingin dikikis oleh DD… Apa lagi yang ada untuk menjadi benteng terakhir kepada keruntuhan nilai dalam kalangan remaja hari ini?

Nantikan siri kelima yang akan mengulas isu pembersihan kakitangan di HEPA….

5 comments:

Anonymous said...

Saya merasakan bukan hanya DD sahaja dipersalahkan tetapi MPE itu sendiri. Apakah MPE tidak mempunyai kuasa untuk menghalang. Besar sangat ke kuasa DD sehingga semua yang ada diatas itu terpaksa tunduk dengan arahan beliau. Ini secara tidak lansung MPE juga tidak menjalankan amanah dan tanggungjawab. Seharusnya MPE sudah mengambil tindakan pada DD, malang sekali MPE tidak ambil peduli selain dari memastikan poket mereka senantiasa penuh dan bergembira dengan segala kemudahan yang ada.

Menjadi tanda tanya ialah bagaimana Kursus Pengetua dan Felo boleh berlansung ditengah2 semester? Tatkala kuliah sedang berlansung dan kolej penuh dengan pelajar. Menurut perkhabaran dari seorang teman, kursus spt tersebut hanya boleh dijalankan sewaktu cuti semester dimana pelajar sedang bercuti, ini adalah disebabkan jika berlaku sebarang kecemasan, pengetua, felo dan pegawai-pengawai HEP dpt mengambil tindakan yg sewajarnya. Andai berlaku kecemasan tempohari, mungkin ramai pelajar menjadi mangsa kerana pengetua, felo dan pegawai-pegawai HEP sedang sibuk berkursus di sebuah hotel bertaraf lima bintang terletak di Kota Baru Kelantan yang menurut cerita yang dipalu dari UPSI cawangan Hulu Selangor, kursus ini ditaja sepenuhnya oleh sebuah syarikat yg mendpt tender pembekalan perabut utk kolej yg sedang dibina.

Penyalahgunaan kuasa, korupsi, tipu claim, mengelapkan duit sponsor dan mensabotaj kakitangan untuk kepentingan kroni2 adalah perkara biasa di UPSI. Bertahun-tahun sudah perkara ini berlaku, tiada sebarang tindakkan yang boleh diambil kerana ramai yang berada diatas itu terlibat. Maka ianya dipendamkan demi nama baik UPSI.
Maka tidak hairanlah jika mereka akan cuba sedaya upaya untuk menghalang aktiviti spt RPA kerana aktiviti spt ini akan menganggu gugat mereka. Kalau ramai yg punyai kesedaran Islam, susah mrk nak meneruskan kerja-kerja yg sudah menjadi darah daging mereka ini.

DD HANYA KAMBING HITAM SEBAGAIMANA TNC HEP YANG TERDAHULU. HANTU BESARNYA ADALAH DIKALANGAN PENTADBIR BERSTATUS TETAP DAN BERPENCEN... MRK INILAH YANG HARUS DIBERSIHKAN TERLEBIH DAHULU. VC & TNC DATANG DAN PERGI MRK TETAP DISITU MENANTI KEHADIRAN KAMBING HITAM YANG BARU.

Anonymous said...

Terbaek la Upsikini...nyah ko dari sini DDJ!meluat aku tgk ko kt UPSI nie..

Anonymous said...

Kesian nasib warga UPSI...

Anonymous said...

DD la ni dah selamat dibawah naungan Geng Cik K**h... buang masa ja hangpa duk attack DD ni, dia betambah kebai dengan bantuan GCK (kalau disaluran Astro Ceria ada Geng Bas Sekolah aka GBS, UPSI ada GCK). Janganlah hangpa duk buang masa buat pendedahan, depa semua ni kebai sekebai kebainya. Kepakaran GCK ni tersohor dikalangan warga kerja UPSI. Depa ni umpama geng underground yg menentukan halatuju kerjaya warga UPSI. Kepakaran depa ni sabotaj kenaikan pangkat, salah guna kepala surat UPSI utk sessi bercuti2 malaysia geng depa, songlap duit sponsor atas nama universiti tapi untuk aktiviti depa. Paling depa terer menghilangkan surat aduan yg berkaitan dengan ahli2 GCK.
Jadi cukuplah2 hangpa buat pendedahan, kami ni nak kerja aman damai, ramai dah jadi mangsa depa ni. Kerajaan pun tak ambik peduli hal UPSI ni, hangpa ja duk sibuk buat pendedahan. Takda sapa pun nak siasat. Yg duk jadi rakan SPRM tu pun kaum kerabat depa jugak, maklumat sampai dulu kat depa.. Niat baik hangpa nak buat perubahan diUPSI kena simpan dulu la, tunggu depa pencen dulu.. DD tu pun kontrak ja cukup time dia blah la. Baik hangpa konsentrate cerita lain ka yg lebih menarik.

Aku SAYANG DD... said...

Aku Rasakan DD ni rela anak dia dibesarkan dalam suasana "Jahiliyah" kot...sepatutnya dah dapat Peluang BUAT BAIK kat UPSI ni..dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya..Wahai DD..ALLAH sedang mengujimu dengan NIKMAT KESENANGAN...AWAS ! ! ! Jika Engkau KUFUR..ingatlah BALASAN ALLAH Amatlah pedih..Niat datang Ke UPSI tu biarlah jelas Untuk dapatkan REDHA ALLAH..klu masih x jelas..rajin2lah ke kuliah Majlis ILMU..merata kat TANJUNG MALIM nih..