November 30, 2011

Siri Ketiga: Layakkah “Dato Dandut” mengetuai HEPA?

Pada siri yang lepas, penulis telah mengulas isu penentangan beberapa pihak di UPSI berkaitan lantikan dan beberapa salah laku “Dato’ Dandut” sebagai TNC HEPA yang keempat. Penulis menggunakan nama “Dato’ Dandut” kerana itulah “panggilan manja” yang diberikan oleh masyarakat sekitar Tanjong Malim dan Ketua Adat Melayu yang secara kebetulan mengadakan program di UPSI sewaktu kali pertama TNC HEPA memalukan UPSI dengan masjlis keramaian yang di adakan di Dewan Za’ ba. Majlis yang menggunakan tema ramah mesra telah berlanjutan mencecah jam 2 pagi. Majlis yang diisi dengan karaoke, lakonan dan joget lambak benar-benar memalukan UPSI di mata masyarakat. Sehinggakan membangkitkan keraguan masyarakat setempat terhadap UPSI. Soalnya adakah layak “Dato’ Dandut” untuk memimpin satu jabatan yang akan menerajui pembangunan sahsiah pelajar. Apa yang lebih malang majlis tersebut dilaporkan telah menggoyahkan rumah tangga salah seorang daripada kakitangan HEPA. Suami mana yang tidak marah jikalau isterinya malam buta meninggalkan rumah tangga dan anak-anak semata-mata untuk melayan “Dato Dandut” berkaraoke dan berjoget lambak. Selepas ini penulis akan menggunakan singkatan nama DD.. bagi menggantikan nama Dato Dandut ... penulis rasa semua pembaca tahu huruf apa yang hendak diisi di tempat kosong yang ditinggalkan oleh penulis.

Penulis sebenarnya tidak berniat dan berminat untuk memburukkan seseorang individu. Kalau DD… tidak memegang apa-apa jawatan di UPSI, penulis tidak akan membuang masa untuk menulis di ruang ini. Tetapi DD… adalah orang yang berkuasa dalam memutuskan dasar untuk pelajar di UPSI dan dilihat banyak mengganggu pentadbiran universiti. Dengan sebab keperluan umum dan sebab-sebab yang telah penulis utarakan pada siri yang kedua lepas. Inilah ruang yang penulis perlu gunakan untuk sedikit sebanyak diharapkan mampu memperbaiki keadaan di UPSI.

Nantikan siri seterusnya yang membongkar operasi PEMBERSIHAN ISLAM di UPSI…

16 comments:

azwa amani said...

Allahu rabbi...macam2

Anonymous said...

admin2 tu jela keje ko..bpe ramai sgt yg minat mahasiswa pendidik ni..asyik cr salah org je..ko tgk pemimpin yg bangang korg naikkan tu bodoh..mane diorg...mase program mane diorg..fucking la admin...ckp xserupa bikin ma...mana mau letak muka akhirat nnt ma...lu ckp mcm seme student tak suka tp lu ade wat survey ke ma?haiya....FUCK MAHASISWA PENDIDIK....berhentila ckp psl org bersihkan lu punya org dulu la br mau bersih org len...lu punya org busuk punya hati.

Anonymous said...

sesi pembersihan ISLAM???
adakah benar Datuk Paduka hendak membersihkan islam?haiya....kita interview sama dia la..lu dgr ckp org apa mau bikin..itu tidak sahih..klu org suruh lu terjun lombong MAHASISWA X BERPENDIDIK ni pon terjun jugala...mau bg info biar benar ma..kita org islam bkn org cetek pemikiran ilmu islam...hahaha...FUCK MAHASISWA PENDIDIK

Anonymous said...

sy baru ikut upsikini...sy rasa malu ada penulis yg semacam ini di UPSI.sudah2lah admin ttg tajuk ni.bertaubatlah sbb jika apa yg saudara tulis itu benar maka sdr telah mengumpat manakala jika tak benar maka sdr memfitnah.tidakkah saudara takut akan Hari akhirat,hari pembalasan di mana setiap kata2,perkataan,perbuatan hatta dehem batuk kita pun akan dipertanggungjawabkan.jika benar bagai didedahkan maka tanggungjawab kita utk tutup aib sdr seislam kita.jumpa dan bincang bukan dedahkan di sini.Ingat segala yg berlaku adalah dgn izin Allah yg menyebabkan beliau dilantik maka redhai perlantikan.Ada hikmah yg mungkin aqal kita yg terhad ini tidak nampak.Marilah bertaubat.wallahualam

Anonymous said...

ketua mahasiswa pendidik dengar khbrnya kawan rapat Dato paduka. kawan makan kawan la ni. apa kes ni mahasiswa pendidik. kata perjuangkan islam tp makan kawan sendiri.

Anonymous said...

Dato’ Dandut ermm I like.. tapi singkatan DD tu mcm tak bestlah, apakata ditukar kepada Dato’ D. Nampak komersial sikit, koman-koman boleh seglamer macam Dato’ K.
Berdasarkan coretan demi coretan yang terpampang diblog ini, nampaknya Dato’ Paduka Junaidi ini bolehlah dinobatkan sebagai TNC HEP yang paling buruk reputasinya sejak wujudnya UPSI.
Bagaimana nak memperbaiki sahsiah pelajar, TNC HEP dan pegawai-pegawai HEP sendiri sibuk bermaksiat. Apa yang lebih menarik lagi, aktiviti-aktiviti maksiat ini mendapat kelulusan dari pihak tertinggi. HEP tidak lagi berfungsi menjaga hal ehwal pelajar tetapi lebih kepada menjaga kehendak dan nafsu bermaksiat Dato’ D. Mana-mana pegawai yang tidak menyokong aktiviti maksiat beliau akan ditukarkan jabatan. Ramai pegawai-pegawai yang menjadi mangsa kerakusan kuasa beliau. HEP dipenuhi dengan pengikut-pengikut setia beliau, yang senantiasa sudi memenuhi nafsu maksiatnya. Maka tidak hairanlah jika ada rumahtangga yang retak. Lihat saja gambar pesta joget lambak anjuran HEP, amat menakutkan sekali pada semua para suami. Umpama beliau tidak mengerti wujudnya halal haram dalam ISLAM. Itu belum lagi berkaraoke sampai ke subuh bersama pegawai perempuan HEP sampai ada yang diusung ke hulu ke hilir tanpa rasa segan silu menjadi peneman karaoke beliau. Ini bukan omongan kosong tapi ramai yang terjumpa beliau berpesta karaoke di Dusun Bay bersama GRO part time yang merupakan kakitangan HEP, hinggakan ada dikalangan pegawai-pegawai lelaki bila terserempak dengan beliau, terpaksa lari mengikut jalan belakang.

Pada suami-suami pegawai-pegawai perempuan HEP minta luangkan sedikit masa untuk mengetahui pergerakkan isteri anda. HEP memang suka menganjurkan kursus dihotel-hotel besar jauh dari Tanjong Malim, berhari-hari lamanya yang mana kosnya menelan berpuluh ribuan ringgit. Sejak kebelakangan ini aktiviti HEP pasti ada aktiviti karaoke, tari menari, maka ianya harus dipantau sebaiknya, jangan pulak ada isteri-isteri anda yang “dipakai” pulak nanti. Kalau dah boleh dibawa berkaraoke dan berjoget lambak, up sikit lagi mau ke katil pulak. Kaum hawa ini kalau jadi perkara sebegini mana berani nak buka mulut, takut terus menjanda nanti. BUKAN NIAT NAK MENAKUTKAN TAPI AKTIVITI MAKSIAT INI DAH UMPAMA ROUTINE DI HEP. Itu sebab bila ada aktiviti keISLAMan di Masjid besar UPSI, mereka tak datang, paling bestnya TNCHEP muncul dikaca tv sedang terlonjak-lonjak di Gelora Bung Karno, Jakarta. HEP makin galak mengekang aktiviti-aktiviti berbentuk keISLAMan kerana dikatakan pro-pembangkang.
Dalam scenario yan penuh dengan kenegatifan terpancar sinar positif. Jika inilah jenis manusia yang dilantik menjadi TNC HEP maka secara tidak lansung menunjukkan yang berada diatas itu jauh lebih teruk dari beliau. Walaupun nyata tidak berkelayakkan namun dilayakkan juga untuk memenuhi kehendak Menteri yang senantiasa mendokong semangat MALAYSIA BOLEH… maka tidak hairanlah perkara seperti ini boleh berlaku. Secara positifnya kehadiran Dato’ D ini boleh diambil sebagai pembuka mata kepada mahasiswa dan segenap lapisan masyarakat. Ini satu bukti nyata kepada kita. Inilah yang berlaku bila yang tidak layak dilantik memegang jawatan dan berbekalkan kekebalan politik yang beliau ada maka tiada sebarang tindakkan boleh diambil. VC hanya mampu diam seribu bahasa, tunduk kepada kekuasaan Dato’ D. Secara logiknya, jika beliau boleh bermaksiat sesuka hati di UPSI dan masih mendapat sokongan dari Menteri, maka secara tidak lansung memberitahu kita bahawa yang berada diatas itu sama seperti beliau (kaki joget lambak, kaki karaoke), kemungkinan lagi teruk dari beliau. Inilah kemungkinan beliau dirasakan terbaik untuk dilantik menjadi TNC HEP kerana yang lain tu lagi teruk perangainya.

Anonymous said...

Apalah penulis ni..mesti tak pernah pergi kuliah2 di surau, masjid an nur dan mesjid biru upsi. Tu sebab hati jadi gelap dan banyak sangat dengki. Berlambak2 program keagamaan yg dijalankan. Tak kan tupun tak tahu. Nilah kalau banyak dengkinya..kat upsi tak ramai orng spt ko..kalau ikutkan 365 hari rasanya tak cukup rasanya aktiviti ke Islaman yg dijalankan. Cuma ko buta mata dan buta hati. Hati ditutup titik hitam sbb mungkin sekali sekala berjemaah kat masjid dan surau2 di upsi.(Maaflah kalau tak betul dan tersinggung) Ingat kalau tak betul nanti kau merangkak kat akhirat cari Dato Dandut yang sedap2 ko gelar tu. Carilah isu lain yang membina. Aku sbg student upsi malu. Apa yg ko perjuangankan kami tak tahu. Postingpun Orng lain yg perjuangkan. Ko asyik nak mengugut aje..nilai diri kita sdn apa yg kurang dan cuba perbaiki. Bukan asyik salah org aje.

Anonymous said...

teruskan membongkar. !

Anonymous said...

Jika ianya satu fitnah, pihak yang difitnah haruslah mengambil tindakkan yang sewajarnya. Negara ini punya undang-undang. Selain dari itu pihak HEP wajib dengan terbukanya membuat kenyataan rasmi bahawa apa yg ditulis tidak pernah berlaku diUPSI. Ini akan menjernihkan suasana. Jika didiamkan maka ianya akan berlarutan ATAU IANYA MEMANG BERLAKU!!!!

Anonymous said...

sudah2 lah tu penulis,jangan nak perburukkan org lain. jgn sebarang cakap penulis..terlajak perahu boleh di undur,tlajak kata padah jawabnya...JANGAN NAK MEMALUKAN NAMA BAIK UPSI!!!

Anonymous said...

Bagus dan terima kasih kerana mendedahkan. Kita tahu bahawa kalau cakap atau adu dsb, memang pihak pentadbiran UPSI tidak akan ambil apa-apa tindakan. Biar kita dedahkan perkara sebenar, agar sesuatu tindakan dapat diambil.

Itulah UPSI yang sentiasa naikkan pangkat seseorang tanpa bukti kukuh. Misalnya, terdapat ramai profesor yang dinaikkan tapi bila pergi tengok cv mereka yang ada pada direktori staf, memalukan sungguh! Ada yang penulisan jurnal boleh dikira dengan jari sepuluh manakala ada yang boleh dikira dengan jari seseorang yang putus satu tangan. Itupun belum lagi kita siasat sama ada jurnal itu mempunyai ISI.

Sekarang UPSI masih tertunggu-tunggu perlantikan TNCA yang baru.

Anonymous said...

Hang ni betui la.. anti sungguh dgn Datuk Paduka Junaidi... dia ni pelengkap HEP ja.. yg ada tu pun mmg dah hamlau sejak dulu lagi.. tipu claim, surat aduan dlm peti besi pun boleh hilang, kutip resit kosong, ajaq student tipu pelarasan, kaki komisyen 10%, songlap duit sponsor, tang yg ni hang takmau bongkaq pulak. Bukan Datuk Paduka Junaidi ja yg kebai.. depa ni lagi kebai dari Datuk Paduka.. bertahun-tahun duk kat HEP.
Tak payah nak pi nasihat laki depa la, kalau bini tak reti nak jaga maruah takkan hang pi salahkan Datuk Paduka Junaidi gak.. yg ada kat HEP tu background mmg dah haprak.. cuma mai sini ja berlakon jadi baik. Ada yg buat taik kat tempat kerja lama.. mai sini terus jadi besaq.. org penting teruih.. ada yg jadi perampas laki org, sanggup jadi bini no.2 dulu duk sorok laki..sbb laki tua baya pak dia, la ni kemain duk usung laki, yg tu tak menarik kut nak pi bongkaq.
Kalau dah yg ada tu mmg takdak maruah & bermoral.. takkan hang nak salahkan Datuk Paduka Junaidi jugak... pikiaq la..
Kalau mau cuci kasi bersih betui-betui la..masukan haprak2 ni sekali baru betui punya pembongkaran...ini tak duk salahkan Datuk Paduka Junaidi ja.. mana adil...ini bukan potong kepala semua isu selesai.. haprak2 ni akn duk situ tunggu kepala baru mai pulak.

Anonymous said...

merampas laki org pun ada.. tapi itu tak effect universiti.. tapi kalu tang tipu claim , tipu pelarasan memang tak boleh terima la. maklum la itu akan melibatkan duit kerajaan, duit pembayar cukai dan yuran2 pelajar. rasanya itu pun patut dibongkar.

Anonymous said...

seruan saya..boleh kerap-kerap ke Pejabat HEP..satu bangunan dengar dangdut(depa dok belatih band kot)..yang nak khusyuk solat jangan solat di surau bangunan HEP..memamng teruk betui dah TNC HEP ni..

Anonymous said...

berdasarkan komen-komen yang ada kat sini.. kita nampak saper yg salah.. ramai gak yg terlibat nampaknya.. aku salute pada admin sebab nak membongkarkan segala kemungkaran di upsi ni.. tapi jgn la sampai mengaibkan org2 yg tidak terlibat.. tapi kelakar pun ada.. femes la dato junaidi ni.. dato junaidi ni buat hep bertambah glamer.. hahaha.. kesan drpd isu2 ni.. nampaknya ada juga jabatan2 lain yang panas punggung dibuatnya. secara logiknya siapakah lagi yang terlibat dalam salah laku penipuan claim dan pelarasan, takkan bendahari tak perasan.. ketua jabatan pulak approve membabi buta. almaklumla kebel baik punya diorg pakai. rasanya kalau admin nak bongkar, elok la ke segenap jabatan dan pusat di upsi ni. masalah internet jaring yg tak selesai2 jugak, internet jaring tidak jugak ditamatkan. masih diteruskan pulak tertentu. saya cadangkan admin bongkar habis2, baru la telus..

Anonymous said...

manusia tidak pernah lepas mencari kesalahan orang lain.. biar lah masing2 ada buku masing2 jaga sudah la bukan lama nak hidup yang salah ke betul ke bukan kita hakim nya semua berbalik kepada ALLAH, kita pun bukan pasti esok2 kita macam mana.. kalu allah nak duga tetiba hati kita pulak terbalik buat jahat pulak... Hidup nie kena fikirkan diri kita sebab nak hisap di akhirat diri kita ajer.. kalu asik libatkan orang lain.. nak melangkah ajer dah sangkut sebab itu dan ini.. ini lah yang dinamakan manusia ikut nafsu... sudah2 lah penulis blog cubalah buat blog agama ke.. yang membina jangan asik nak hentam sana sini... jangan cari dosa dengan orang sebab susah nanti... nie semua baling batu sembunyi tangan.. berani cakap belakang tulis blog kenapa tak pegi interview Datuk Paduka dan semua yang terlibat.. tak elok macam nie.. kita orang ISLAM penuh dengan keimanan.. kalu orang islam hentam orang islam macam mana.. dah nampak tak bersatu padu.. blog nie kalu buat karangan gabung2 dah boleh jadi tesis atau buku.. harap2 cuba fikir2kan..