November 21, 2011

MDTM halang bas kitaran turunkan pelajar

Tanjong Malim, 21 Nov- Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) dilaporkan tidak membenarkan bas kitaran mengambil dan menurunkan pelajar di Pintu Timur.

MDTM dikatakan telah memberi kertas 'amaran' kepada beberapa orang pemandu bas kitaran kerana mengambil dan menurunkan pelajar di sekitar perhentian bas tersebut.

Tindakan itu telah melahirkan banyak kekeliruan di kalangan mahasiswa kerana sebelum ini tidak ada masalah yang timbul kerana 'bus stop' telah disediakan.

Menurut Amirul Afzan, Exco Kebajikan & Kemasyarakatan MPPUPSI, tindakan tersebut pelik kerana sejak sekian lama MDTM tak pernah ambil tindakan.

Namun begitu katanya "diharapkan semua sahabat mahasiswa dapat bertenang dengan masalah yang berlaku di pintu timur. InsyaAllah tengah diusahakan, isu berlaku kerana arahan daripada pihak MDTM yang melarang bas kita untuk mengambil dan menurunkan penumpang di pintu timur. "

Walau bagaimanapun , usaha sedang giat dilakukan bagi menyelesaikan masalah tersebut, ujar Amirul menerusi laman sosial Facebook pada pagi ini.

8 comments:

Anonymous said...

ape da MDTM...x kaji dlu ke...bebalisme...

Anonymous said...

bnyk tul dugaan upsi terima sem ni..mcm2 hahaha..larangan letak bas tu..ada kaitan dgn pihak peniaga tmn u..cuba siasat..

Anonymous said...

fuck off !!!
i'm staying at TU.. then. .where the heck do u think i should take the bus.. enuff said... loser...

Anonymous said...

Tau nak fuck off jer.. semak la dulu..member aku kat MDTM kata, bus stop tu bukan dlm kawasan UPSI, tempat awam. UPSI yg pandai-pandai sendiri buat bus stop tu tanpa kebenaran MDTM dan menyebabkan kesesakkan lalulintas org awam yg lain.
Siapa yang bongok dlm hal ni.. UPSI la..mcmlah Tanjong Malim ni UPSI yg punya..suka suka main bina jer. Sepatutnya bina dlm kawasan kampus, lagi selamat. Takde masalah ragut ke pukau ke.. Jangan nak salahkan MDTM jer.. nasib baik MDTM tak robohkan... UPSI dah kira menceroboh kawasan orang... pirahhh tau nak mencarut je...Mentaliti rendah betul.

Anonymous said...

siapa org awam? majoriti adalah bdk upsi.. xada upsi xadala kedai kt depan tu... MDTM pn satu npe dri dlu x amik tindakan skrg mulalah nk menyalahkan UPSI... sebal sungguh. Bro... salahkan org yg membina UPSI bukannya salahkan UPSI dan budak-budaknya.

Anonymous said...

kahkahkah!

Anonymous said...

upsi tk salah..plajar upsi pun tk salah..yg slh..tu pihak peniaga..anda semua perasan tak selalu ada pemunggahan barang kat dpn kedai..bila bas upsi datang..haa..di pun hon kuat2..pernah suatu kes..lori pemunggahan brg kena geser dgn bas upsi..pihak2 ni la yg buat laporan..

Anonymous said...

tak baik main salahkan pemunggah barang peniaga
dlm hal nie dulu.siasat dulu.kalu betul la mdtm halang kenapa masih lagi bas boleh hantar pelajar di luar kampus.korang tu yang bodoh.perjanjian pengangkutan bas upsi sepatutnya hantar kat dalam upsi,bkn di luar bangang.kenapa tak salahkan pentadbiran upsi yang pandai memutar belitkan keadaan.kalu tak puashati lagi naik kereta sendiri.tgk aku naik keta sendiri tak ada komplen pun.aku berterima kasih dkt pbt kerana memahami keadaan pengkritik yang otaknya cetek,..................................-