November 20, 2011

Wee Ka Siong: Keutamaan kepada IPG dan KPM

Tanjong Malim, 20 Nov- Datuk Dr Wee Ka Siong, Tim. Menteri Pelajaran 16 November lalu menyatakan bahawa penempatan graduan pendidikan akan diberikan keutamaan kepada IPG dan graduan yang memegang biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bermula tahun hadapan.

Kenyataan tersebut diberikan dalam perbahasan Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria.

"Berkaitan dengan isu penempatan bagi mahasiswa-mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu 5,000 mahasiswa ijazah sarjana muda yang merasakan mereka ini dianaktirikan oleh pihak kementerian"

"Jadi, minta perhatian kepada Timbalan Menteri ataupun Menteri untuk melihat isu ini kerana ada kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran yang mencadangkan agar mahasiswa UPSI untuk mencari kerja yang lain."


Menjawab soalan tersebut, Wee Ka Siong menyatakan bahawa "Pada tahun hadapan keutamaan kita yang pertama oleh kerana Kementerian Pelajaran ini kita menaja graduan-graduan atau lepasan dalam IPG. IPG Malaysia ada 27, itu secara khas untuk sekolah-sekolah kita dan priority kedua ialah IPTA.

"IPTA khususnya mereka yang terikat dengan perjanjian KPM ditaja oleh kementerian. Itu perlu kita selesaikan kerana kita telah membelanjakan banyak wang untuk melatih mereka. Ketiga graduan yang lain. Termasuk mereka yang datang dari IPTA. Jadi ada berperingkat kita buat."

17 comments:

Anonymous said...

Belajarlah berdikari oii pelajar UPSI. Asyik nak bantuan kerajaan je..

Anonymous said...

alahai bro ni bukan pasal bantuan kerajaan...laaa...itu pon xda beza kaa... x kan la ko belaja selama ni xda mintak bantuan mak bapak ko...

Anonymous said...

kesian pd mrk yg x dpt kpm. nanti ptptn nk byr dgn apa. Mrk yg tajaan xpela xperlu fikir nk byr hutang. semua kerajaan tanggung. bdk ptptn nk cekau kt mne duit berpuluh ribu nk byr hutang org. kerja skrg bkn mudah nk dpt. ckp semua senang saja. sptutnya bg peluang pd bdk2 ptptn dulu. Biar mrk selesaikan hutang ptptn yg berlambak tu.

Anonymous said...

Alahai bro..kalau mak bapak ko dah beri bantuan mengapa sibuk2 nak minta pinjaman ptptn @ kpm...tulah masalah ko...

Anonymous said...

wei bro yang tak tau apa2.. bantuan tu bukan semua boleh, KPM yang pilih bro.. kalau ikutkan sape nak ambik PTPTN bro.. bercakap jangan bodoh bro...

Anonymous said...

Pandai pinjam..pandai byr..kje je dlu ape2 pon..klu mls cr kje mmg xdptla.alasan mcm2..korang dah ade kelayakan utk mengajar.tggu jelah..doa byk2..xpayah nk mengeluh. bro....

Anonymous said...

haha. ajar sikit.

Anonymous said...

Tulah bro kalau cakap kang marah. Dah memang tak layak jadi cikgu mcm kpm nak bagi biasiswa. Kena sedarlah sikit bro. Lebih baik kmp dahulukan IPG dahulu. Yang lain kenalah banyakkan doa. Tak caya pada rezeki Allah ke.?

Amin Don Diego De La Vega said...

alamak. nak cakap bangang kang takut terasa. boleh ke kalau ada ijazah sarjana muda PENDIDIKAN nak apply kerja jadi engineer ? persoalan nye kat sini, pihak yang bangang menyerapkan GSTT dan KPLI yang ada kemampuan jadi engineer untuk jadi guru ? kalau lah kami ISMP ni boleh apply jadi engineer, tak hingin dah nak tebal muka menyorak isu posting. isu berdikari ? apa lah kepala bana sangat sempit otak anda ni. kami belajar terkontang kanting 4 tahun, bertungkus lumus macam orang gila, last2 GSTT/ KPLI dapat posting. cuba tanya apa cita2 pelajar UPSI ni. ada ke nak jadi pilot, engineer, CEO? mestila semua akan cakap nak jadi cikgu, sebab ini UNIVERSITI P.E.N.D.I.D.I.K.A.N. paham tak encik kepala bana ?

Anonymous said...

helo amin....amboi cantik bahasa... betulah kata awak... graduan ISMPkan ...patut kena jadi gurulah tak kan jadia balachie...bagi aku kan..senang je korang dapat kerja...itu surface semua org tahu...... tapi bro amin....kalau perancangan kerajaan dah lari...ko nak buat apa...kalau kerajaan tak nak amik ko....ko nak kata apa... suka hati mak bapak kerajaan pimpinnan jeng...jeng...jeng.. nak buat...lu ada otak...lu pikir mau hidup...tak kan mau suruh itu najib mahu suap sama lu...haiya bro...mentaliti mnyak rendah...kurang daya tahan ma...kalau lu nak salahkan org...lu tgk sama sapa lu punya mak bapak pangkah PRU 12 dulu....kalau lu berani hantar emel sama najib kasi tahu sama dia ....ada bran ka... apa dia mau jawab...

Anonymous said...

asyik2 ckp belajar pendidikan.. huhuhuhuh..... mengajo pun xpandai.

Anonymous said...

Kepala bana ko la amin..nak keje x nak kalah..nk jd engineer..pilot..ceo..mentaliti kelas bwh kaki kot lu ni...lu try jela cr keje lain dulu..rezeki masing2la..cr duit poket..tolong mak bapak lu..cr pengalaman hidup..kalau ye pun lu ade stpm je..klu lu rajin cr keje msti dptla wei..modalla sikit..gune rambut lu yg lurus tu.

Anonymous said...

World Ban Report entitled Malaysia Economic Monitor: Smart Cities.

Malaysia spends a lot on tertiary education, but its universities are not as good as others in Asia and many of its graduates are not equipped for the job market.

It said that 18% of university graduates were reported to be unemployed 18 months after graduation. “There is substantial evidence of mismatches between the skills produced by Malaysia’s universities and the skills demanded by the labour markets.”

It appeared that graduates lacked proficiency not only in technical and professional areas, but also in information technology and the English language.

Anonymous said...

byk keja blh mntk.. bkn setakat jd ckg ja.. politeknik, kolej komuniti, matrik, mrsm, ipts / ipta bersepah ad dlm malaysia ni.. bdk ptptn blh pa mtk kerja kat sana.. think outside the box..

Anonymous said...

Lain kali nak jadi guru masuk IPG..jangan masuk UPSI. IPG dapat elaun tak payah buat pinjaman kat UPSI tak dapat elaun kena buat pinjaman PTPTM..Kat IPG gerenti dapat posting..kat UPSI entah le belalang..Jadi nasihatkanlah pada mereka2 yang masuk UPSI tu supaya masuk IPG...

Anonymous said...

manja sangat budak2 upsi ni...semuanya nak berharap ngan kerajaan..macam la ijazah pendidikan tu laku kat sekolah-sekolah kerajaan ja..langsung taknak usaha..

Anonymous said...

jangan ja pandai rendahkan orang..kalau menasihat guna otak dan hati. Sometime words can destroy others feels.tq