Tanjong Malim, 12 Disember - Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria baru-baru ini sekali lagi menggesa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyelesaikan segera isu graduan pendidikan yang masih belum ditempatkan ke sekolah sehingga kini.
Beliau yang memberi kenyataan dalam akhbar Harakahdaily menyebut pelbagai masalah dan karenah melanda Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menular menjangkiti sektor pendidikan negara kita menuntut kerajaan menyelesaikan dengan segera beberapa kemelut yang berlaku.
Pertama. Isu penghinaan kepada mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Pendidikan dan di fakulti-fakulti pendidikan.
Menteri Pelajaran dilaporkan telah membuat kenyataan yang menghiris hati mahasiswa dengan mengatakan mahasiswa perlu mencari kerja lain berikutan tiada kekosongan jawatan. Ia telah membawa kepada perhimpunan aman yang telah dianjurkan di Universiti Perguruan Sultan Idris yang dihadiri oleh ribuan mahasiswa.
Kedua. Kementerian perlu menyatakan kesahihan dakwaan yang mengatakan berlaku kelewatan penempatan sehingga 7 bulan. Graduan ISMP seolah-olah dipermainkan dan diperbodohkan oleh KPM.
Persoalan yang timbul ialah apakah ia berpunca daripada tiada perjawatan ataupun kerajaan tidak mempunyai dana untuk membayar gaji pegawai pendidikan.
Apa tidaknya, dari bulan ke bulan menanti hingga sekarang borang online masih belum ada bayangnya. KPM hanya menjawab sila semak laman web KPM dari semasa ke semasa.
Ketiga. Menteri Kewangan membuat pengumuman umur persaraan dinaikkan daripada 58 ke 60 tahun lewat bajet 2012. Apakah kesan pertama dirasai oleh sektor pendidikan? Berlakunya pembekuan kenaikan pangkat dan pengambilan kakitangan baru seperti yang dibahaskan oleh saya yang dinafikan oleh menteri rupanya terjawab. Ia tetap melibatkan guru.
Keempat. Pengumuman dan kenyataan bersimpang siur KPM juga mengecewakan graduan. Termasuklah maklumat yang mengatakan graduan tidak perlu lagi mengisi borang. Tunggu sahaja dan mereka akan terus dipanggil temuduga. Termasuk juga persoalan pihak manakah yang sebenarnya menguruskan penempatan guru. KPM atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang menguruskan penempatan guru.
Kelima. Polisi KPM membingungkan. Bagi pengambilan 2007, berlaku di Universiti Kebangsaan Malaysia pengambilan dua kali mahasiswa untuk Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Tanpa perlu mengikut proses biasa; tidak perlu mengisi borang UPU, tanpa ujian kelayakan guru dan ujian sakhsiah. Hanya dengan borang yang disediakan KPM mereka terus bergelar mahasiswa dengan alasan unjuran KPM kekurangan guru untuk 2011. 80 000 dilaporkan memohon, 5000 dipilih. Akhirnya mereka diminta mencari kerja lain!
Keenam. Kenyataan terbaru berkenaan 5000 graduan sudah ditemuduga juga dilihat amat mengelirukan. Bangunnya ramai graduan ISMP yang mempertikaikan kenyataan beliau. Apa sudah jadi wahai KPM dan Timbalan Menteri. Janganlah buat kenyataan yang bertentangan dengan realiti.
Ketujuh. Kenyataan kerajaan yang ingin membawa 13 000 guru asing juga menambah serabutkan lagi polisi KPM. Kera di hutan disusukan, anak bini di rumah kelaparan dan dihina.
Kelapan, KPM wajar menstrukturkan semula kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau tutup sahaja fakulti dan Universiti Pendidikan sekirannya ia tidak perlu. Janganlah struktur itu akan menambahkan lagi kadar pengangguran warga Malaysia yang sudah dianggarkan 400 000.
Pemegang ISMP adalah amat sukar diterima oleh mana-mana majikan apabila tertera pendidikan. Majikan menolak kerana biasanya pemegang ijazah ini biasanya akan berhenti apabila dipanggil untuk bertugas di sekolah.
Kementerian wajib menyelesaikan segera isu ini. Kepada warga bakal guru yang menghabiskan empat tahun di universiti mempelajari ilmu pedagogi, falsafah, sosiologi, psikologi pendidikan. Seterusnya dua minggu menjalani Rancangan Orientasi Sekolah dan 14 minggu menjalani praktikum di sekolah. Fikir-fikirkan dan buat pilihan tepat dalam PRU 13.
Dalam hal berkaitan, Nasir Zakaria dilaporkan telah membahaskan isu penempatan ISMP diparlimen 16 November lepas, namun tiada sebarang respon positif diterima.

13 comments:
kalau tukar kerajaan sekalipun korang ingat bleh selesai ke isu ni???...lagi tunggang langgangla!..korang ingat isu posting ni je ke yang diorang nk tengok.banyak lagi isu yang akan timbul kalau tukar kerajaan..bersabar jelah..takde istilah 'belum cuba belum tahu' dalam politik macam ni...dah bagi mandat PR perintah 5 negeri pun banyak isu xselesai..ape lg kalau dah perintah malaysia..kalau PAS sendiri tu pun ikut telunjuk DAP..baik lupakan hasrat nak tukar kerajaan..jangan jadikan malaysia seperti singapura..nk azan pun xboleh guna speaker..
'Pemegang ISMP adalah amat sukar diterima oleh mana-mana majikan apabila tertera pendidikan. Majikan menolak kerana biasanya pemegang ijazah ini biasanya akan berhenti apabila dipanggil untuk bertugas di sekolah..' - kenape aku boleh je dpt keje walaupun ade status ISMP...ayat2 di atas tu bg ISMP yang malas berusaha.bukan semua yang tak terima.rajin2lah cari peluang.ok! (kalau nak makan nasi pun nak orang lain suapkan, memang laparla perut tu sampai bila2)
sekurang-kurangnya ilmu yang dipelajari itu tidak disia-siakan. apa guna jika anda belajar empat tahun tetapi tidak diaplikasikan. adalah amat rugi jika ilmu itu disimpan sahaja. semua ibu bapa mahukan anak mereka berjaya. jika masalah ini tidak selesai perlulah cari penyelesaiannya.isu politik sepatutnya diketepikan dalam hal ini. seharusnya rakyat didahulukan.
Salam admin. Ape cer skug?xde ke crite sal student kite kat bangunan KPT aritu, smpi cabut bndera PM..kate anda penyokong gerakan mahasiswa...xkan xde komen pape..konferm komen aku korang xpublish sbb korang takut kan..hahahaha

nak posting guana wei saing baik demo sahabat seperjuangan sedemo g buat hal di KL.kalu jadi gapo2 kawe xkan maafkan dia!
Aku x fahanmla dengan pengomen yang pertama...apsal ko reti tengok yang buruk je...cuba ko tengok penambahbaikan yang dah dibuat oleh orang yang jalankan AMANAH dia...klu aku senaraikan kat sini confirm x cukup ruang..satu lagi ko leh kata "BERSABAR JE LAH"...dah lama sangat duk bersabar dengan kerenah ORANG YANG X JALANKAN MANDAT YANG DIBERIKAN Oleh RAKYAT nih...Rakyat baru beri mandat kepada 5 negeri bawah PR..ce tengok apa yang YB2 PR dah buat..untuk PRU 13 nih cuba kita bg mandat 14 Buah NEGERI under PR...n tengok apa hasilnya...orang nak buat bende baik kena sokong Bro ! ! !
Aku pelik la dengan pengomen yang pertama...apasal ko reti tengok salah n buruk orang je...sedangkan banyak dah kebaikan yang orang (YB2 PR) dah buat..lagi 1..yang aku x tahan..ko leh kata.."Bersabar je lah"...lama sangat dah duk bersabo ngn kerenah Be END nih..sekarang nih Rakyat baru beri mandat kat 5 Buah Negeri....ce tengok ap penambahbaikan yang diorang dah buat...Fuh..banyak Bro !..masuk u dapat Rm1000..(itu yang aku dah rasa lah)bil air pulak perh...klu bayar mesti x sampai Rm10.. nampak mcm kecik..tp brapa ratus ribu orang yang dah rasa nikmat nih.. Ada orang Be End wat bende nih kat negeri laen?????? pikir cara orang DEWASA la Bro ! ! ! ce bagi sekali peluang kat PR dalam PRU 13 nih..confirm..banyak lg Manfaat yang akan dinikmati Oleh RAkyat
Aku pelik la dengan pengomen yang pertama...apasal ko reti tengok salah n buruk orang je...sedangkan banyak dah kebaikan yang orang (YB2 PR) dah buat..lagi 1..yang aku x tahan..ko leh kata.."Bersabar je lah"...lama sangat dah duk bersabo ngn kerenah Be END nih..sekarang nih Rakyat baru beri mandat kat 5 Buah Negeri....ce tengok ap penambahbaikan yang diorang dah buat...Fuh..banyak Bro !..masuk u dapat Rm1000..(itu yang aku dah rasa lah)bil air pulak pergh...klu bayar mesti x sampai Rm10.. nampak mcm kecik..tp brapa ratus ribu orang yang dah rasa nikmat nih.. Ada orang Be End wat bende nih kat negeri laen?????? pikir cara orang DEWASA la Bro ! ! ! ce bagi sekali peluang kat PR dalam PRU 13 nih..confirm..banyak lg Manfaat yang akan dinikmati Oleh RAkyat
adakah tukar kerajaan boleh mempostingkan graduan yg belum posting? aku nk tanya sikit. ada buat kajian perlaksanaan manifesto pakatan rakyat yg dpt memerintah kelantan, kedah, selangor dan p.pinang? adakah ianya berjalan lancar? atau rakyat di negeri2 yg aku sebut td umpama lepas dari mulut buaya masuk mulut naga? kata bebaskan universiti dari politik tp tindak tanduk sentiasa berbau politik. adam, kalau demam, cepat2 makan ubat sebelum melarat membawa maut!!!
apalah nk jd dgn negara malysiaku tersayang...ahli2 politik sibuk nak jd pemimpin...sibuk nk mnaggung tnggungjwb...sdgkn tnggungjwb itu besar...xpenah pk k diorg kesan kt akhirat nnt...
Bagus la. Xnk jd mcm singapura konon, aku rasa kadar buang bayi negara ni lg tinggi drp singapura yg diperintah oleh org bkn islam... Kalau dh buta ati tu buta ati le jugk... Trus lah sokong barisan nasional. Nk urus 1 kementerian pelajaran pn xlepas nk urus negara. Pegi mampos la... Ni la pemikiran pnyokong umno. Dh sah2 taik dpn mata pun masih cakap wangi..

Post a Comment