December 20, 2011

Isu bendera: Aziz Bari tak lihat apa-apa kesalahan

Tanjong Malim, 20 Dis- Pakar perlembagaan negara yang juga pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Profesor Dr Abdul Aziz Bari hari ini menyatakan bahawa Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan BEBAS tidak boleh dan tak perlu dikenakan tindakan berhubung isu penurunan bendera Najib Razak Sabtu lepas.

Menurut Aziz, beliau tidak melihat apa-apa kesalahan dilakukan oleh mahasiswa berkenaan. "Saya tidak nampak mereka melakukan apa-apa kesalahan, mereka tidak merosakkan harta benda..tidak, mereka menurunkan dan kemudian menaikkan semula bendera"

“Mereka hendak siasat di bawah undang-undang apa? Nak ambil tindakan di bawah peruntukan apa?” ujar beliau kepada laman berita online, the Malaysian Insider.

Sebaliknya kata pakar perlembagaan ini, Najib selaku perdana menteri perlu menerima mesej yang disampaikan oleh kumpulan mahasiswa berkenaan, yang mengadakan demonstrasi memprotes Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Dalam hal berkaitan, Jawatankuasa Tatatertib UPSI keatas Adam Adli dilaporkan sudah memulakan perbincangan untuk mengenakan tindakan.

Namun, Jawatankuasa tersebut dilihat perlu berhati-hati dan adil dalam membuat keputusan tanpa dipengaruhi campur tangan politik kepartian dalam hukuman yang bakal dikenakan terhadap Adam Adli.

2 comments:

Seiryuu Ai said...

Saya bersetuju dgn apa yg dikatakn oleh Aziz Bari. Pendekatan yg dimainkan oleh kumpulan mahasiswa ini adalah untuk memperjuangkan hak mahasiswa serta berpadanan dgn ciri-ciri mahasiswa yg baik. Pada pandangan saya, pihak pengurusan sudah berjaya melaksanakan komitmen dalam menyuarakan kehendak para mahasiswa, mewakili kami; para pelajar yang berada di seluruh Malaysia. Keberanian dan kelantangan mereka wajar diambil teladan, kerana berlangsung dlm suasana aman; tidak seperti perhimpunan2 terdahulu yg jelas menganggu gugat kesejahteraan negara. Namun begitu, saya berpendapat bahawa setiap masyarakat hanya boleh memerhatikan dan menilai perkara ini dalam konteks kasar. Perkara ini sebenarnya lebih mudah diselesaikan secara aman, tanpa apa2 spekulasi lain. Pandangan n pemikiran setiap manusia berlainan, malah tidak dinafikan tindakan Adam agak keterlaluan, tetapi apa niat sebenarnya ketika itu? Semuanya bergantung pada niat yang terlintas difikirannya dan mengapa dia berkelakuan demikian. Malah sebagai seorang yang bakal dewasa, saya kurang bersetuju dengan tindakan pihak2 berkenaan yang agak 'sempit'pemikiran, dengan menggunakan kekerasan dan ugutan. sebagai daun yg lebih tua, sepatutnya mereka lebih arif dan professional dlm mengendalikan kes ini. Mungkin juga apa yang beliau lakukan adalah satu kesilapan yg sebenarnya tidak sengaja dilakukan kerana desakan fikiran/keadaan ketika itu. setiap manusia ada kesilapan, dan inilah kesilapan tersebut. Maafkan dia, tetapi janganlah berkeras. Kita semua sudah matang untuk mentafsirkan apa yang patut, dan apa yang tidak.

Anonymous said...

Bangga dengan kebangkitan mahasiswa sekarang...semoga perjuangan anda diberkati Allah!