June 26, 2009

SMU sudah tiada hala tuju, wajar dimansuh

Tanjong Malim, 26 Jun – Sahabat Mahasiswa Universiti (SMU) yang sebelum ini aktif dalam Minggu Suaikenal semakin kabur hala tujunya apabila tugas tersebut kini dilaksanakan oleh Sakretariat Minggu Suaikenal yang dianggotai oleh beberapa mahasiswa daripada persatuan dan kelab termasuk SMU.

Berikutan itu, timbul cakap-cakap mengatakan SMU sudah hilang hala tuju dan wajar untuk dimansuhkan kerana penubuhannya sebelum ini adalah bagi membantu pengendalian MSK dan proksi merekrut calon aspirasi (kini dikenali pro kualiti) menjelang pilihan raya kampus.

Sejak sesi pengambilan sebelum ini, SMU tidak lagi diberi mandat penuh untuk membantu pengendalian MSK dan tugas tersebut diserahkan kepada Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK).

Pada sesi kali ini sekali lagi SMU tidak diberi mandat penuh dan membawa sedikit perubahan dalam tugas membantu pengendalian MSK kepercayaan diberikan kepada Sakretariat Minggu Suaikenal (SMS) yang dikelolakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Melihat kepada perkembangan ini, rata-rata pemimpin mahasiswa di peringkat persatuan dan sebahagian wakil MPP melihat hala tuju dan peranan SMU sudah tiada dan wajar untuk dimansuhkan.

Seorang mahasiswa yang mahu dikenali sebagai Din, memberi pandangan bahawa SMU sudah tidak mempunyai hala tuju dan skop yang jelas dalam berpersatuan seperti persatuan-persatuan yang lain. Beliau yang turut memegang jawatan penting dalam sebuah persatuan di sini tidak menolak pandangan yang mengatakan SMU hanya sebagai proksi kepada Pro Kualiti.

“Saya berpendapat SMU sekarang memang sudah hilang hala tujunya dan pandangan untuk dimansuhkan SMU ini juga saya rasakan wajar”,ulasnya.

Beliau turut menambah,”lebih baik rasanya kalau tugas membantu pengendalian MSK ini dibuka kepada semua ahli persatuan-persatuan yang ada di UPSI dan tidak perlu untuk menubuhkan satu kelab lain semata-mata untuk MSK”.

Pro Kebajikan yang diminta memberi pandangan tentang isu ini enggan memberikan sebarang komen buat waktu ini.

SMU mula ditubuhkan semasa Prof. Abdullah Hadi memegang kerusi TNC HEP selepas MPP beberapa sesi sebelumnya dikuasai oleh wakil bukan Pro Aspirasi.

10 comments:

Anonymous said...

bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah syukur dpanjatkan ke hadrat Allah swt atas nikmat dan rhmat yg dikurniakan dptla sma2 kte menikmati khdupan dibumi Tuhan.selawat dan salam ke ats junjungan bsar nabi Muhammad saw dn para shbt handai baginda.

pertama2nya, satu pesoalan yang timbul dikotak fikiran sy.mengapa dan kenapa org yg beragama islam sentiasa busuk hati, tiada persefahaman, sering bergaduh, sentiasa menyebarkan fitnah dan sentiasa memburukan antara umat islam? dan rata-rata kelakuan ini semata2 untuk memperjudi diri sendiri bagi mendapatkan sesuatu.ingatla bahawa hadith sahih dr Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi yang bermaksud "Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi."
sememangnya kita sebagai umat islam perlu saling hormat menghormati, tolong menolong dan membangunkan bangsa kita sendiri. tp drp pandangan sy sendiri, sy melihat blog ini ingin menjatuhkan bangsa mereka senndiri malah agama islam. hadis sahih nabi muhammad yang diriwatkan oleh imam Tarmizi, "Sebaik-baik sahabat ialah orang yang paling baik akhlaknya terhadap sahabatnya".

persoalan yang ingin sy timbulkan di sini kpd saudara dan saudari admin:-
i) apakah tujuan anda membuat blog spt ini?
ii) adakah anda ingin melobi org lain dgn mempercayai penulisan anda smata2 untuk kepentingan sendiri?
iii) adakah anda yakin, smua keterangan yang diberikan adalah benar?
iv) adakah anda bersedia menerima hukuman Allah sekiranya penulisan anda adalah fitnah?
v) adakah anda berhak untuk menghukum, membuat keputusan dan yang sewaktu dengannya ke atas setiap penulisan anda?
vi) adakah anda yakin sekiranya sesuatu isu ftnah ke atas seseorag itu mendapat keampunan dr mereka sendiri?
vii) adakah anda seorang yang beragama islam dengan memperjudi bangsa dan agama anda sendiri?
viii) adakah anda yakin akan mendapat kerusi majoriti untuk pilihan raya kampus akan dtg dgn penulisan2 dlm blog ini?

Penyelesaian:
Tepuk dada tanyala iman..

ingt hukum hakam Allah,
semua hamba2NYA akan menerima balasan dengan setiap perbuatan yang dilakukan walaupun sebesar zarah.

sekian, wassalam.
ukhwah fillah abadan abada.

Anonymous said...

salam..
tengok masa MSK nanti dalam aktiviti yang dijalankan..siapa yang jatuhkan Islam..Anda jangan bercakap soal umat kalau anda sendiri hanya duduk dan melihat..Anda jangan bercakap soal umat kalau maksiat depan mata dan bersekongkol lalu mengatakan itu penyatuan umat..Anda jangan bercakap soal umat kalau tidak benar-benar memahami sirah nabi memperjuangkan Islam..

Anonymous said...

salam..
terima kasih atas respon yg diberi.barangkali respon yg dberi itu dtgnya dr golongan2 shbt admin.

pertama2nya, persoalan atas komen pertama sy msih lagi tidak berjwb.. smua pelayar laman blog ini msih lg menantikan jwpn kpd persoalan yg dberi.sy mewakili pelayar2 lman blog ini mahukan jwpn yg tulus ikhlas drp saudara/i admin.

melihat drp kacamata sy terhdap respon yg dberi kpd sy, barangkali saudara terlalu emosi apbla berbicara. ingtla bhawasanya, nabi muhammad saw sentiasa berkelakuan baik kpd seluruh umat manusia tidak kira bangsa ataupn agama.tutur kata nabi ckup indah dan sopan.itu yg perlu kita ikuti.

menjawab persoalan anda itu,
i) siapa yg menjatuhkan islam?
jaw: anda. krn anda sendiri beragama islam. islam akan jatuh jika tiada perpaduan dan persefahaman sesama umat islam.islam akan jatuh andai fitnah sering dilemparkan ke atas umat sesama islam. islam akan jatuh jika orang yang dianggap alim menjauhi umat2 islam yg hanyut dgn dunia.
Penyelesaian: pupuklah perpaduan ant umat sesama islam, elakkan fitnah menfitnah, dn dampingila org2 yang hanyut dgn dunia agar kita smua tetap kuat dan teguh sbg umat islam d atas bumi Tuhan. Singkap smula pnulisan2 yg telah anda lakukan. sepengetahuan sy, byk fitnah2 yg telah anda lemparkan.adakah dgn cara ini boleh memantapkan lg perpaduan umat islam??sy yakin anda beragama islam tp syg, fikiran anda ckup senteng.fkir2kanla..

ii) jgn bckp soal umat, jika hny duduk & melihat.

jaw: andai sy duduk dan melihat, tidak mgkin ada penulisan sy di sini.sy cube sdaya upaya untuk mbntu umat islam agar tdak berpecah melalui pnulisan2 sy. sy sygkn islam. utk itu, sy tmpil utk merapatkan jurang yg hmpir terpisah jauh ant umat2 islam hari ini.sy melihat dan menilai andai beginila sikap dan sifat umat islam hari ini, xmustahil negara akan dijajah smula.sy bntu apa yg termampu.

iii) mksiat dpn mata & bersekongkol lalu menyatakan itu penyatuan umat.

jaw: fikirkan smula kata2 anda itu. sudah terang lg nyata jawapan kpd persoalan pertama sudah mberi jawapan kpd soalan anda yg ini. fahami sedalam2nya jawapan sy itu.

iv) tidak benar2 memahami sirah nabi mperjuangkan islam.

jaw: jika anda bnar2 memahami sirah perjuangan nabi memperjuangkan islam, penulisan anda bukan spt ini. dan penulisan anda juga tidakla berunsurkan fitnah.fikirkan dahulu dgn apa yg telah anda lakukan sblm tampil dgn lontaran persoalan ttg islam. jgn jd org yang terlalu sombong dgn diri sndiri memperkatakan anda memperjuangkan islam andai sbnarnya anda yg akan menjadi api kpd pepecahan dan perbalahan sesama islam.

ingtla, org kafir sentiasa mencari ruang dn pluang utk menjatuhkan umat islam. jd bangkitla sama2 kita memupuk perpaduan ant umat islam agar kita kuat dan bersatu padu.

ukhwah fillah abadan abada..

wsalam

Anonymous said...

Asslamualaikum..
saya tahu siapa yang menghantar komen pertama dan ke tiga. saya kenal benar gaya penulisan kamu.
selama ini saya memerhati kamu walaupun tidak berada dalam satu organisasi.kamu bercakap memang bagus.soal islam kamu tahu.tapi setakat mana kamu amalkan dan sampaikan kepada kawan-kawan kamu.bagaimana dengan pergaulan kamu dan kawan-kawan kamu?adakah menurut kehendak syarak.pergaulan lelaki dan perempuan macam mana?saya rasa berdasarkan komen kamu,kamu mengetahui hadis2 nabi.sekali dgn riwayat sekali.saya nasihatkan kamu kaji hadis yang menyatakan ttg ikhtilat lelaki perempuan dulu.kamu fikir2kanlah.

kedua,kamu sayangkan smu nampaknya..kalau xnak dimansuhkan,ubahlah ahli smu 2 kepada yang lebih baik.

kamu kene ingat,bagaimana kamu melihat orang yang kontra dengan kamu itu, sama lah mereka melihat kamu dan kawan-kawan kamu.

ambillah islam itu secera keseluruhan.

Anonymous said...

Asslamualaikum..
saya tahu siapa yang menghantar komen pertama dan ke tiga. saya kenal benar gaya penulisan kamu.
selama ini saya memerhati kamu walaupun tidak berada dalam satu organisasi.kamu bercakap memang bagus.soal islam kamu tahu.tapi setakat mana kamu amalkan dan sampaikan kepada kawan-kawan kamu.bagaimana dengan pergaulan kamu dan kawan-kawan kamu?adakah menurut kehendak syarak.pergaulan lelaki dan perempuan macam mana?saya rasa berdasarkan komen kamu,kamu mengetahui hadis2 nabi.sekali dgn riwayat sekali.saya nasihatkan kamu kaji hadis yang menyatakan ttg ikhtilat lelaki perempuan dulu.kamu fikir2kanlah.

kedua,kamu sayangkan smu nampaknya..kalau xnak dimansuhkan,ubahlah ahli smu 2 kepada yang lebih baik.

kamu kene ingat,bagaimana kamu melihat orang yang kontra dengan kamu itu, sama lah mereka melihat kamu dan kawan-kawan kamu.

ambillah islam itu secera keseluruhan.

Anonymous said...

Asslamualaikum..
saya tahu siapa yang menghantar komen pertama dan ke tiga. saya kenal benar gaya penulisan kamu.
selama ini saya memerhati kamu walaupun tidak berada dalam satu organisasi.kamu bercakap memang bagus.soal islam kamu tahu.tapi setakat mana kamu amalkan dan sampaikan kepada kawan-kawan kamu.bagaimana dengan pergaulan kamu dan kawan-kawan kamu?adakah menurut kehendak syarak.pergaulan lelaki dan perempuan macam mana?saya rasa berdasarkan komen kamu,kamu mengetahui hadis2 nabi.sekali dgn riwayat sekali.saya nasihatkan kamu kaji hadis yang menyatakan ttg ikhtilat lelaki perempuan dulu.kamu fikir2kanlah.

kedua,kamu sayangkan smu nampaknya..kalau xnak dimansuhkan,ubahlah ahli smu 2 kepada yang lebih baik.

kamu kene ingat,bagaimana kamu melihat orang yang kontra dengan kamu itu, sama lah mereka melihat kamu dan kawan-kawan kamu.

ambillah islam itu secera keseluruhan.

sayang UPSI said...

Salam. Yang Hangpa dok sibuk2 nak mansuhkan SMU kenapa? Ingat kami nie xdak Perlembagaan ker? Belajar sekerat jalan dah nak tunjuk terror. Terrorist saya rasa adalah. Dalam blog bukan main lagi. JIHAD! JIHAD! JIHAD! Ape yang hangpa dok jihadkan??? Kalau setakat penulisan nak memecahbelahkan umat baik hentikanlah. Buat ape nak bagi orang bergaduh. Memang dasar busuk hati. Tak boleh tengok orang senang. X boleh nak tengok orang lain lebih kedepan. Berapa ramai yang baca bog kamu ini yang sentiasa medoakan agar kehidupan kamu dan sekutu-sekutu kamu tidak akan merasa senang. Ingatlah ALLAH sikit bang. Kalau x puas hati sangat g la jumpa berdepan. Memang kamu sengaja mencari isu lapok yang menyakitkan hati orang lain supaya blog kamu ini sentiasa mendapat hit dan dibaca. Tp apa yg dibaca? Hanya FITNAH semata - mata. Masya Allah. DUDUK DIAM DAPAT DOSA (4D)> Sambil tengok keadaan sekeliling pastu wat ulasan dalam blog nie. Tapi apa kerja yang hangpa dok buat? Goyang kaki. Hentikanlah publisiti murahan tue. Cuba tgk kawan2 kita yang lain bertungkus lumus buat kerja. Berjaga siang dan malam, tp hangpa semua wat apa? Dok buat fitnah dalam blog. Kesimpulannya disini, ALLAH itu Maha Adil. Dan apabila sesuatu berlaku atas diri kamu, maka ingatlah bahawasanya kamu pernah menganiaya orang lain dengan menabur fitnah dan tohmah. Zaman sekarang nie Allah bayar TUNAI di mukabumi lagi. Wallahualam. Assalamualaikum... Hangpa dok baca kan komen orang2 lain. So nilaikanlah dimana diri saudara/i. Islamkah saudara/i dengan cara begini. Bertaubatlah. SMU x pernah pun membuat fitnah sebegini rupa. Dan x pernah utk mengadu domba dan berhasad dengki adanya. Sekali bersahabat Selamanya Bersahabat.

tiganaga said...

SMU???

SMU stands for???

Siapa Macam Ungka?
Sahabat Masuk Utan?
Seorang Mahasiswa Universiti?

atau...

Support Manik Urai???

KAHKAHKAH

Sepanjang yang aku tau la, banyak kawan2 SMU ni bajet best aje. baru pegang jawatan dalam SMU, mengalahkan MT UMNO. hahahaha

Takpe. kepimpinan melalui tauladan.
teruskan. teruskan.

Anonymous said...

Salam...saya cukup tertarik dengan pandangan komen yang pertama. Saya pun banyak persoalan yang terfikir sampai dapat hasilkan satu penulisan...layari http://pemudaagama.blogspot.com/2009/07/yang-mana-satu.html .....mungkin boleh di kongsi dan di fikirkan lagi.

Anonymous said...

.........