June 16, 2009

GERAK KERJA MSK BERMULA

Tanjong Malim 16 Jun 2009 - Sekretariat yang terpilih terlibat dalam MSK telah melaporkan diri pada hari ini. Mereka akan terlibat dalam "Bengkel Gerak Kerja Sekretariat MSK" selama seminggu sehingga 21 Jun 2009. Selepas itu mereka akan bergerak kerja selama seminggu dan seterusnya menyambut pelajar baru pada 28 Jun 2009. Upsikini difahamkan MSK kali ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu Ijazah Sarjana Muda Pertama (DPLI) dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).

Sebagaimana yang telah dilaporkan sebelum ini, ternyata MSK kali ini benar-benar melibatkan 'orang luar' dalam merangka dasar sekretariat. Saudara Hairi telah 'menjemput' SMU-SMU secara rasmi, malah mantan SMU yang telah tamat praktikum dilihat turut serta dalam taklimat bengkel malam ini. Dibimbangi "masalah sosial" yang telah berlaku dalam MSK lepas akan terus membarah dalam MSK kali ini.

"Nampaknya, perubahan yang sering diungkapkan Hairi hanya untuk menyedapkan hati kami sahaja" kata salah seorang ahli MPP. Beliau terkilan kerana tugas yang sepatutnya di berikan kepada ahli MPP diambil alih oleh SMU. "Kami dipaksa menjadi peserta seperti sekretariat lain. Jika benar MPP yang menguruskan MSK kali ini, perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Tak sangka 'double standard' ini terus berlaku dari awal pembentukan kabinet MPP sehingga hari ini".

Saudara Zulhilmi, Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan MPP ketika dihubungi berkata "Pihak kami telah membangkitkan aduan pelajar tentang MSK sebelum ini. Kami telah memohon agar dikhususkan waktu solat untuk pelajar baru dan dimansuhkan hiburan melampau seperti MSK lalu. Encik Muzammil sendiri pun mencadangkan agar diadakan tazkirah selepas solat".

Upsikini akan tetap meneruskan tugasnya melaporkan perkembangan terkini pelajar UPSI ke seluruh dunia khususnya buat tatapan rakan-rakan dari kampus lain di seluruh negara dan seterusnya melakukan 'check and balance' kepada aktiviti tersebut. Beberapa orang wartawan upsikini yang turut terpilih menyertai sekretariat MSK kali ini akan melaporkan gerak kerja mereka dari semasa ke semasa.

12 comments:

Anonymous said...

MASALAH SOSIAL??? YANG MCM MANA TU

(D)asar(A)tas(P)agar said...

bro boring ah..
ni ade cite best..
try g risik2 kt KAB
ade kabar bdk JMK berselisih paham ngan bdk2 SPB(skim pljr bkrja).
g ah balun kpale sekor2.
dok satu kolej pon nk gaduh.
camni mampos la harapan 1malaysia si Najib Al-Tantuya

Anonymous said...

Saya cadangkan sdr menyertai kumpulan MSK (tawarkan diri) kalau sdr benar-benar mahu melihat kejayaan minggu suaikenal nanti. Penglibatan secara langsung begini lebih baik daripada sdr menjadi penonton di luar dan kemudian membuat komen. Kalau boleh, saya mencadangkan sdr jadi ketua kumpulan MSK. Saya berminat nak lihat prestasi kerja sdr. Mana tahu lebih baik ataupun mungkin lebih buruk. Seperkara lagi, nak buat komen tak mengapa. Tetapi jangan fokus kepada keburukan/ kelemahan dan mengenepikan kebaikan/kelebihannya. Insan yang tidak mulia akan hanya mencari kesalahan/kesilapan orang lain sahaja. Pandangan terakhir, alangkah mulianya diri sdr sekiranya sdr bertemu dengan pihak-pihak yang terlibat dengan gerakan MSK (HEP dan MPP umpamanya). Dalam pertemuan itu nanti, sdr boleh mengemukakan pandangan dan cadangan/ idea-idea sdr untuk memperkemaskan lagi perjalanan MSK nanti. Selamat bermuhasabah dan selamat berjuang

Anonymous said...

poyo la upsikini..

Anonymous said...

knapa perlu fokus kpd SMU sahaja? ada jugak persatuan2 lain kat SMS tu kan? x adil la...
lagipun, kalau SMU tu boleh buat kerja, apa salahnya diorang datang tolong. kalau korang ada 'orang' yang boleh buat kerja, suruhlah diorang datang tolong. jangan menyalak di balik bukit je..tu orang penakut namanya...
MPP pun bukannya semua nampak muka. asyik muka yang sama je. tu pun macam main nyorok2. kejap ada, kejap tak ada...
to upsikini...jomlah sekali join bengkel. mesti kurang 'masalah sosial'...kan?
setakat hantar orang, apa kes? takut ke nak bdepan dengan orang2 di pihak kebenaran?ke korang memang dah tahu yang korang akan kalah?

o0o0oppsss....sori
terlaser plak

Anonymous said...

Salam. Saya ingin merujuk kepada posting sdr terdahulu ini "MSK : MPP Terpaksa Ambil Alih?" . Saya menyokong saranan salah seorang pengulas yang mencadangkan sdr memohon maaf secara terbuka berhubung dengan tulisan sdr tersebut. Banyak perkara yang bersifat fitnah, andaian dan mengumpat dalam tulisan tersebut. Beberapa nama telah disebut dan dikaitkan secara jelas dengan fitnah sdr. Sungguh berani dan hebat sdr ini. Kumpulan SMU (melibatkan saya sebagai bekas ahli SMU) juga disabitkan dengan pelbagai fitnah dan tomahan. Dengan ini, saya dan rakan-rakan, atas sifat kemaafan, memohon sdr menarik balik tulisan sdr dan meminta maaf secara terbuka melalui blog sdr. Sekiranya selepas tempuh seminggu mulai hari ini (19/6/09-26/6/09), sdr tidak berbuat demikian, maka kami bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang (saman malu dan kerugian) terhadap sdr. Sekian.

Anonymous said...

Terima kasih ye Dasar Atas Pagar sebab wat fitnah..
aku tgk bdk2 JMK KAB ngan bdk2 SPB elok jer..
petang2 siap main bola tampar same2 lg..
diorg x gaduh la..
cuma ada salah faham jer...
n diorang ada jalan penyelesaian sendiri..
so ko kalau xtahu pape,jgn main tuduh2 ye..
jgn wat fitnah...
xpayah nak balun2...
penyelesaian secara baik jer sebab sume bleh fikir rasional,xpyh nak emosi..huhu
so pesan aku,ko xyah la nak menyibuk...
nnt Dasar Atas Pagar jadi Dasar Atas Neraka plak..huhu..
fikir2kan dan selamat beramal...
huhu

(D)asar(A)tas(P)agar said...

haha...
cam taik kuhcing la pelesit2 anonymous ni...
cam baling batu sorok tangan.

dah gua boring,
upsikini dok hantm brite xbest jek
buat la, cite2 sensasi lak.
lgpon klo xde angin
masakan pokok bergoyang...

kim slm je la eh kt YDP kab tu.

مَعهَدين الُمعلمْ said...

huhuhu...
biasela tu..
dah nama lagi kritik..
bukannya pujian..
terima la kritikan dengan berlapang dada dan jagn jadi xtentu hala bila dikiritik..

klau org kritik kita xterasa haram jadah ape kritik mcm tu. tgk kejayaan Tun Dr Mahathir membawa Malaysia.. kerana terkesan dgn keritikan PAS dia berjaya membawa Malaysia dengan lebih baik..
klau era Pak lah dan najib mcm haram jadah. nk kritik pun kena jail..

tgk plak era Nik Aziz di kelantan. menerima kritikan agar jgn rasuah. setelah 20 tahun memerintah tiada satu pun rasuah yg dilaporkn kepada BPR(SPRM) mngenai rasuah kerajaan kelantan.

so nk berjaya mesti berlapang dada menerima kritikan la..
da faham budak UPSI sekalian??

Anonymous said...

Dasar Atas Pagar ni mcm xpuas ati ngan YDP kab jer?
klu xpuas ati,g jumpe dia btl2..
face to face..
tp bkn utk bgaduh..
tp untuk berbincang ape2 yang xpuas ati tu..
jgn main tulis je..
nnt jd fitnah plak..
kita ada fikiran yang waras,so bleh setel cara elok..
xpyh nak gaduh2 k..huhu

Anonymous said...

huh.. klu la penulis blog ni brani sgt.. meh la face to face dgn kami bekas SMU.. ckp ape yg xpuas ati.. kami leh settle cara damai, xyah la sampai nak tabur2 fitnah xtentu hala..

(D)evelop(A)bove(P)overty said...

kwang3....
skati penulis ler nk tolis ape
dah blog die, bia le die tolis
kang die tolis psl resipi ayam masak cili kang, dah jd blog masakan lak nnt.
utk gua lak, gua just meluahkn isi ati ni je. dah blog ni boleh antar komen, so kite komen je la. bagi meriah2 skit