June 25, 2009

Tidak hadir mesyuarat bukan justifikasi tidak buat kerja

Tanjong Malim, 25 Jun – Tohmahan yang dilemparkan kepada Pro Kebajikan kononnya tidak menjalankan tugas semasa minggu gerak kerja Sakretariat Minggu Suaikenal (SMS) dijawab dalam satu sidang media tertutup bersama pimpinan Pro Kebajikan selepas mesyuarat bulanan Majlis Tertinggi Pro Kebajikan malam tadi.

Dalam sidang media tersebut, Ketua Penerangan Pro Kebajikan menjelaskan ketiadaan dalam mesyuarat bukan menjadi justifikasi bahawa Pro Kebajikan tidak mengambil bahagian dalam MSK kali ini.

Beliau turut menempelak beberapa pihak yang hanya menjadikan mesyuarat sebagai ukuran kerja seseorang sedangkan tidak melihat kerja sebenar yang patut dilaksanakan.

Menjawab beberapa persoalan yang dilontarkan, Pro Kebajikan menyatakan meskipun ada beberapa mesyuarat yang tidak dihadiri oleh semua wakil Pro Kebajikan namun Pro Kebajikan turut menghantar wakil dan menyampaikan maklumat tersebut kepada semua ahli yang lain.

“Kami ingin menegaskan bahawa Pro Kebajikan tidak meletakkan justifikasi buat kerja hanya dengan hadir mesyuarat”jelasnya ringkas.

Tambahnya lagi,”Pro Kebajikan sentiasa menjunjung amanah semua pengundi yang memberikan undi mereka kepada kami dan tetap berpegang kepada prinsip menjaga kebajikan mahasiswa seluruhnya termasuk pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar nanti”.

Terdahulu Pro Kebajikan memberi jaminan walaupun ada wakilnya yang sedang berpraktikal pada semester ini namun mereka tetap akan bersama menjalankan tugas sedaya yang mungkin semasa MSK nanti.

Pro Kebajikan sebaliknya mempersoalkan mengapa Setiausaha Agung MPP, Mohd Razik Khalid diberi pelepasan daripada memegang sebarang tugas dalam MSK kali ini atas alasan sedang berpraktikal sedangkan ahli Pro Kebajikan tetap diberikan tugas walaupun sedang berpraktikal.

“Kita nak tanya kepada mereka mengapa Razik diberi pelepasan dan tidak ada namanya dalam senarai tugas MSK dengan alasan sedang berpraktikal sedangkan kita juga di pihak Pro Kebajikan mempunyai wakil yang sedang berpraktikal namun tetap bersedia menggalas tugas yang diberikan”soalnya.

Di akhir sidang tersebut, Pro Kebajikan bertekad akan memperkukuhkan gerak kerja pada semester akan datang bagi memastikan semua perancangan berjalan sebaik mungkin.

MSK kali ini dilihat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya apabila disertai wakil Pro Kebajikan dan penukaran nama AJK pelaksana MSK daripada Sahabat Mahasiswa Universiti (SMU) kepada Sakretariat Minggu Suaikenal (SMS).

4 comments:

Anonymous said...

Walaupun sedang menjalani latihan industri,Setiausaha Agung MPP tetap muncul pada waktu malam sedangkan wakil dari Pro-Kebajikan tidak hadir dan memberi macam2 alasan sedangkan waktu kerja orang yang menjalani latihan praktikal adalah lebih singkat berbanding mereka yang menjalani latihan industri.Jadi,kesimpulannya,jalankan amanah yang di berikan oleh pengundi dan bukannya mengeluarkan kenyataan membela diri di dalam blog.Tanggungjawab.Tanggung amanah dan jawab di akhirat.Jika MSK pun sudah tidak mampu memberikan komitmen,cermin2 diri dulu sebelum berniat untuk menjadi pemimpin masyarakat seperti yang di gila2 kan sangat tu..

Anonymous said...

X sangka yer MSK pun boleh buat PJJ..buat kerja dari jarak jauh..pakai jin ka?

Anonymous said...

yang datang mesyuarat pun x buat keje,yang tak datang tu lagi lah..maklumlah,cita2 je tinggi,tapi keje,habuk pun tadak sebab TAK RETI,TAK TAHU DAN X MAHU TANYA!!!

(D)evelop(A)bove(P)overty said...

hmmm...dtg xdtg, sme jek....
tdo kt umah, buat air liur lg best