June 30, 2009

Pro Kebajikan : Kajian kekurangan pelajar lelaki akan dibuat

Tanjong Malim, 30 Jun – Kekurangan pelajar lelaki yang mengambil kursus pendidikan menjadi perhatian Majlis Tertinggi Pro Kebajikan dalam satu kenyataannya hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, Pro Kebajikan sependapat dengan Naib Canselor UPSI bahawa kekurangan pelajar lelaki dalam bidang ini harus dipandang serius kerana boleh memberi kesan kepada sistem pendidikan negara yang memerlukan kaum lelaki.

Berikutan itu, Pro Kebajikan mengambil langkah untuk membuat satu kajian berkenaan perkara ini memandangkan peratusan yang begitu ketara antara lelaki dan perempuan di UPSI.

Ketua Biro Kajian dan Penyelidikan Pro Kebajikan selepas membentangkan statistik pengambilan pelajar baru sesi ini kepada Majlis Tertinggi Pro Kebajikan malam tadi memberi pandangan kekurangan pelajar lelaki pada kali berkemungkinan kurangnya permohonan daripada kaum itu untuk melanjutkan pelajaran mereka ke UPSI dan kajian mengenainya harus dibuat.

“Dalam pemerhatian kami, kami berpendapat kekurangan ini bukan kerana kelayakan tetapi kerana kurangnya permohonan daripada kaum lelaki untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ini dan puncanya harus kita selidiki”,ulasnya.

“Oleh itu, InsyaAllah kita akan membuat satu kajian berkenaan perkara ini dan hasilnya akan kita sampaikan kepada pihak berkaitan untuk diambil tindakan”,katanya lagi.

Pengambilan pelajar baru Ahad lalu mencatatkan hanya 25% pelajar lelaki ditawarkan ke UPSI daripada sejumlah 2414 pelajar.

2 comments:

Fadh said...

Ketua Biro Kajian dan Penyelidikan Pro Kebajikan selepas membentangkan statistik pengambilan pelajar baru sesi ini kepada Majlis Tertinggi Pro Kebajikan malam tadi - HAHAHAHAHA YO2 JO KO NI,MAU BIKIN GEMPAK X HABIS2..DAH2 LA TU

Fadh UniversouL said...

aik??kat sini pn ade org nk menyamar aku??pelik betul??geng2 suke mencarut tu ke ni??herm..jage ye mult tu wahai "abang2" sekalian..

korang yang hasad dengki dgn aku xpyh la nak bacul jd stalker aku..tu je aku nk cakap..